| Harakahdaily Wed | Apr 23, 08 | 2:36:11 pm MYT | |
| KUALA LUMPUR, 23 April (Hrkh) - Tindakan pihak pentadbiran Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya (APIUM), menaikkan yuran pengajian 75 peratus bagi setiap jam kredit mata pelajaran yang diambil mereka dirasakan membebankan para pelajar. Pandangan tersebut disuarakan seorang mahasiswa Universiti Malaya, Mohd Salman Hamid menerusi satu emel yang dihantar kepada Harakahdaily. "Kenaikan ini secara tidak langsung membebankan para pelajar kerana para pelajar terpaksa menanggung bebanan yuran kolej yang tinggi iaitu kira-kira RM 800 bagi kolej tanpa peruntukan makanan dan RM 1400 bagi kolej yang menyediakan peruntukan tersebut," katanya. Hal ini meninggalkan kesan besar kepada pelajar kerana rata-rata para pelajar APIUM mempunyai latar belakang keluarga yang sederhana dan kurang mampu. Malah jelasnya, terdapat juga di kalangan kawan-kawan beliau yang terpaksa bekerja bagi menanggung kos pengajian mereka memandangkan mereka berasal daripada keluarga yang kurang berkemampuan. "Yang menjadi kebimbangan saya ialah apabila kadar yuran ini akan menyebabkan ramai mahasiswa tidak dapat meneruskan pengajian mereka," katanya. Salman menyatakan harapan beliau terhadap pihak pentadbiran universiti tersebut agar mengambil kira situasi mahasiswa yang telah sedia terbeban dengan pelbagai kekangan dan masalah. "Pegawai-pegawai pentadbiran yang rata-ratanya berpendapatan menjangkau empat angka setiap bulan seharusnya memikirkan nasib golongan bawahan seperti kami kerana matlamat utama kami ke Universiti tidak lain hanyalah semata-mata mahu belajar. "Janganlah susahkan kami dengan bebanan kewangan kerana ianya akan merencatkan proses pembelajaran kami," demikian ujarnya lagi. - mr HJ - Dalam masa BN 'kalah teruk' pun yuran universiti masih naik, apakah kerajaan mahu menjadikan universiti sebagai institusi perniagaan yang bermotifkan keuntungan? Wahai rakyat Malaysia, wahai rakyat bangsaku... apakah kalian tidak melihat lagi, bukti-bukti kezaliman kerajaan UMNO/BN dan kegagalan mereka memerintah. Berbanding PR yang dengan jelas akan melaksanakan yuran pendidikan percuma sehingga ke universiti. Bagaimana mereka boleh menaikan yuran tak sampai 3 bulan selepas PRU. Celik-celiklah... |
Pengumuman
Thursday, April 24, 2008
Kenaikan Yuran Universiti - Kerajaan Masih Tidak Serik?
Wednesday, April 23, 2008
Penipuan SPR Terbukti!
Manusia tertua sambut hari jadi ke-115
LOS ANGELES -Rakyat Amerika Syarikat Edna Parker, manusia yang dikenali sebagai tertua di dunia, meraikan hari lahirnya yang ke 115 kelmarin. Pencapaian beliau diiktiraf oleh Buku Rekod Dunia Guinness Ogos lalu selepas kematian seorang wanita Jepun yang empat bulan lebih tua darinya. Terdapat hanya 75 orang yang hidup 110 tahun dan ke atas dan 64 daripadanya ialah wanita dan 11 orang lagi adalah lelaki, menurut Kumpulan Kajian Gerontologi, sebuah organisasi berpangkalan di California yang mengesahkan laporan mengenai lanjutan umur.
HJ - Lihatlah rakyat Malaysia khasnya penyokong-penyokong BN/UMNO yang 'tidak melihat kebenaran', bagaimana dalam PRU12 baru-baru ini terbukti begitu ramai pengundi yang berumur lebih 120 tahun. Mengapa tidak termasuk ke dalam buku rekod dunia? Sedihnya pendedahan ini tidak membuka hati-hati yang dah mati...
Tuesday, April 22, 2008
Inikah PM Malaysia Yang Jadi Imam Itu?
Sebanyak-banyak gambar yang memualkan dan mengganggu fikiran saya tentang pemimpin ini adalah gambar di atas. Gambar ini saya copy dari blog No2umno. Cuba anda lihat pakaian Datuk Michelle Yeoh tu. Apakah wajar PM bermesra dengan beliau seperti sepasang kekasih? Cuba lihat bagaimana gelagat mereka. Apakah seorang pemimpin utama negara Melayu Islam boleh bertabiat seperti itu? Ini BUKAN BUDAYA KITA!! Bagaimanakah perasaan anda jika saya meletakkan gambar anda di situ sedangkan anda seorang imam dan anak ulama'? Walaupun ramai di kalangan kita yang melihat perkara itu perkara biasa, kerana faktor budaya, suasana dan iman seseorang, namun bagi saya ia sangat menjijikkan. Lebih-lebih lagi kerana saya banyak melihat posting-posting tentang mereka berdua.Cukuplah rakyat dipermain-mainkan untuk menutupi nafsu rakus pemimpin sepertinya. Rakuskan harta dunia, rakuskan pangkat dan rakuskan nafsu syahwat! Kenapa harus bersenda gurau dengan perempuan ini sedangkan ramai lagi hadirin dalam majlis itu.
Malaysia yang menggelikan hati : BPR Akan Jadi Badan Bebas
Semalam (21 April 2008) dalam laporan Bernama, Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi meneruskan kempen reformasinya dengan mengumumkan Badan Pencegah Rasuah (BPR) akan menjadi sebuah badan bebas. Beliau bercakap demikian dalam sidang media selepas menyampaikan ucap utama pada Dialog Intergriti Asean. Baca lagi...
Bukankah ini berita yang sangat melucukan? Rakyat Malaysia telah sekian lama tertipu dengan mainan dan sandiwara pemimpin-pemimpin UMNO/BN dalam kerajaan. Ini membuktikan bahawa selama ini badan yang menjaga dan memerhatikan agar penimpin-pemimpin kerajaan tidak rasuah adalah tidak bebas!! Berapa banyak rasuah yang telah mengkayakan pemimpin-pemimpin UMNO/BN selama ini? Bagaimana kekayaan Tun Daim Zainuddin diperolehi, DS Rafidah Aziz melalui AP-nya, Khairy Jamaluddin (menantu PM), Kamaluddin Abdullah (anak PM), DS Khir Toyo, Pegawai-pegawai tinggi pasukan polis, DS Najib dengan kapal selam Scorpene-nya, PM sendiri dengan isu jet dan kapal layar 'Turki'-nya dan terlalu panjang senarainya kalau nak disenaraikan. Kalau selama ini pembangkang seperti PAS dan PKR yang bermati-matian mendedahkan perihal rasuah dan BPR yang tidak bebas, kini semuanya telah dibuktikan bahawa BPR memang tidak bebas.
Dengan pengumuman itu, harapan baru kepada rakyat Malaysia, agar ianya bukan hanya kerana tujuan politik malah ianya benar-benar dilaksanakan. Apabila dilaksanakan kelak, rakyat Malaysia mendesak agar buka semua fail-fail yang telah dilaporkan dahulu dan dakwa semua 'jerung-jerung' yang rasuah selama ini. Bersihkan mereka di mahkamah. Biar mereka buktikan bagaimana mereka laburkan elaun tetap sebagai wakil rakyat itu sehingga menjadi berjuta-juta. Biar rakyat tengok betapa pandainya pemimpin-pemimpin mereka melaburkan duit untuk rakyat ikuti agar tidak ada lagi rakyat Malaysia yang miskin dam merempat.
Sedikit demi sedikit mereka membongkarkan pekung mereka sendiri. Kini kita nak tengok bagaimana cerdiknya rakyat Malaysia memilih pemimpin mereka dalam pilihanraya akan datang...
"Kembalikan royalti minyak" - MB Terengganu
| Oleh Bernama | |
| Isnin, 21 April 2008 | |
| KT: Menteri Besar Terengganu Datuk Ahmad Said meminta Kerajaan Persekutuan supaya menyerahkan kembali pengurusan wang royalti minyak atau yang dikenali sebagai Dana Khas Kerajaan Persekutuan (DKKP) kepada kerajaan negeri. Beliau berkata sudah tiba masanya wang royalti minyak sebanyak lima peratus, yang ditarik balik semasa PAS memerintah Terengganu pada tahun 2000 dan kemudiannya digantikan dengan DKKP, diserahkan sepenuhnya kepada kerajaan negeri bagi membolehkan lebih banyak projek pembangunan dijalankan untuk rakyat di negeri ini.
Selepas PAS mengambil alih pemerintahan di Terengganu apabila memenangi pilihan raya umum 1999, Kementerian Kewangan pada 5 Sept 2000 mengumumkan menggantikan bayaran royalti sebanyak lima peratus kepada kerajaan Terengganu dengan program wang ehsan yang disalurkan terus kepada rakyat menerusi projek pembangunan, dan tidak lagi disalurkan melalui kerajaan negeri. Selepas PAS mengambil alih pemerintahan di Terengganu apabila memenangi pilihan raya umum 1999, Kementerian Kewangan pada 5 Sept 2000 mengumumkan menggantikan bayaran royalti sebanyak lima peratus kepada kerajaan Terengganu dengan program wang ehsan yang disalurkan terus kepada rakyat menerusi projek pembangunan, dan tidak lagi disalurkan melalui kerajaan negeri. Mengulas lanjut Ahmad berkata, sejak DKKP diperkenalkan semua projek yang menggunakan dana itu disalurkan terus kepada kementerian yang melaksanakannya tanpa merujuk kepada kerajaan negeri menyebabkan banyak projek yang dilaksanakan gagal memberi impak kerana tidak mengambil kira keperluan rakyat. "Ada projek yang kita rancang... kita akui. Tetapi ada projek yang kita tidak rancang. Tiba-tiba sahaja kita dengar ada projek yang kita dapat. Buat jalan dalam hutan dengan kos hingga RM50 juta hingga RM60 juta. Kita hanya mengetahui tentang projek itu apabila ia mempunyai masalah seperti tanah ditarik balik dan sebagainya. "Ini yang menjadi masalah... sebab terlalu banyak pihak yang menguruskan wang royalti kerana ia adalah wang ehsan. Mereka menggunakan wang kita, jadi apabila kementerian yang buat ia adalah berasaskan kepentingan kementerian semata-mata tanpa mengambil kira perasaan dan kehendak rakyat Terengganu. "Ini menimbulkan masalah kepada kerajaan negeri. Saya cakap terus terang ada sesetengah projek yang saya sendiri secara peribadi tidak berpuas hati kerana dengan kos yang tinggi, tidak memberi keutamaan kepada rakyat sebaliknya orang lain tentukan bukan kita, sedangkan kita tuan rumah," katanya. Ahmad berkata jika Kerajaan Pusat menyerahkan kembali hak pengurusan DKKP, ia akan memudahkan kerajaan Terengganu membuat perancangan tentang projek pembangunan yang hendak dilaksanakan berbanding keadaan sekarang yang memerlukan permohonan dikemukakan terlebih dahulu. Katanya kerajaan negeri mempunyai keutamaan sendiri dalam menentukan projek yang harus dilaksanakan terlebih dahulu dan jika wang itu ada pada kerajaan negeri, bajet dan perancangan akan menjadi lebih mudah. HJ - Terbongkar sudah segala penipuan yang dilakukan oleh UMNO apabila mengatakan bahawa royalti adalah ehsan kerajaan sahaja sehingga dinamakan sebagai wang ehsan. Allah Maha Berkuasa ketika menjadikan segala perancangan dan kezaliman yang dikenakan ke atas PAS, akhirnya memakan dirinya sendiri. Kita lihat pula bagaimana MB Mat Said memerintah tanpa Wang Ehsan. Kita lihat juga bagaimana PM Pak Lah akan menjawab isu ini. |
Sunday, April 20, 2008
Kapal Layar Abdullah Badawi!
Malaysian Prime Minister here to see his boat
17 Dec 2006
Malaysian Prime Minister, Abdullah Ahmed Badawi arrived in Bodrum yesterday to see his boat which he ordered four months ago. Badawi arrived in Bodrum at 1.30 am with a private jet that belongs to Malaysia Airlines.
The head official of Milas, Bahattin Atci, and Malaysian businessman Ananda Krishnan, who is the sixth richest man in Asia , welcomed Badawi. Kamil Sezgun, who is the director of Kobra Yachting and Tourism Ltd Co, was also present.
Badawi and his friend Krishan went to Gokova for fishing with a luxury motor yacht belonging to Kremala Holding, which was brought over here from Malta . The luxury yacht "Obsessions" is 40-meter long, made in the Netherlands and the captain of the yacht is Cavit Kabak. The yacht was anchored in Milta Marina.
Badawi said he loves Bodrum and south Aegean and the Mediterranean so much. It's a great pleasure for him to be here fishing and resting on the line (horizon) that connects blue and green (ocean and land).
The boat will cost 8 million dollars
The boat is made of Akaju, Maun, Sipo and Brimanya's tree which is imported from South Africa . It is expected to be completed in 16 months. Some 60 people are involved in the construction of the boat. The boat will be delivered after 12 months (since he ordered it four months ago). The capacity of the boat is for 14 people and the length is 44 meters. The boat will cost 8 million US dollars.
Wednesday, April 16, 2008
Terbongkar : Lihatlah Siapa Yang Akan Membunuh MAS Dan KLIA
(Translated Letter)
28 Februari 2008
Kawan-kawan, saya mengetahui sesuatu tentang apa yang sebenarnya berlaku dalam pentadbiran Abdullah Badawi. Hari ini saya mendapati bahawa ianya bukan sekadar berita angin, tapi ianya sudah jadi berita panas. Anda mungkin perlu tekan butang ‘eject’ selepas mendengar berita ini.
Pertamanya, pemegang saham melibatkan Kamaluddin bin Abdullah Badawi, Kalimullah Maseerul Hassan, Khairy Jamaluddin, Tony Fernandez, dll. Kita semua tahu tentang kejayaan Air Asia yang kita sangka merupaka cerita “Dari Kemiskinan ke Mercu Kejayaan”, tetapi rupa-rupanya ia adalah sebuah kisah rahsia tentang Si Kaya.
Apabila MAS memasuki fasa penstrukturan semula kira-kira 3 tahun yang lalu, Air Asia, melalui Tony Fernandez masuk dengan pantas.
Sebelum kita pergi jauh, kita mesti bertanya mengapa MAS perlu melakukan penstrukturan semula? Ini merupakan satu kisah yang lain, tetapi perlu diingat bahawa adik Abdullah Badawi, Ibrahim, adalah pemilik syarikat katering (Skychef?) yang membekalkan air mineral dengan harga RM35 sebotol kepada MAS. Dengan harga yang sebegitu tinggi, pastilah MAS perlukan penstrukturan semula.
Apapun, Air Asia telah melangkah masuk dan mendesak kerajaan agar membuat pengagihan bagi laluan penerbangan domestik di
Apabila MAS telah kehilangan hak untuk penerbangan sudah tentulah kakitangannya kehilangan pekerjaan. Jadi MAS terpaksa membuat penyusunan semula kakitangannya dan terpaksa memberikan VSS kepada sebahagian mereka. MAS telah menuntut kepada Air Asia untuk bertanggungjawab kepada keadaan ini. Semua orang bersetuju agar kerajaan dan Air Asia melakukan pembayaran kepada MAS. Tetapi Air Asia tidak melakukan pembayaran walau sesen pun! Akhirnya kerajaan (err...anda dan sayalah, Encik Pembayar Cukai) telah membayar gantirugi kepada MAS dengan jumlah gantirugi antara yang tertinggi dalam sejarah!!
Setelah setahun, Air Asia mendapati penerbangan
Semasa mereka mengambil-alih penerbangan Sabah dan Sarawak, Air Asia telah mengambil 7 buah kapal terbang daripada MAS dalam keadaan yang ‘sempurna’ (MAS mempunyai rekod keselamatan antara yang terbaik di dunia). Walau bagaimanapun, semasa Air Asia mengembalikan semula kapal terbang tersebut, hanya satu saja yang boleh digunakan sedangkan 6 lagi tidak sesuai diterbangkan dan tidak boleh terbang lagi!
Rupa-rupanya, Air Asia telah mengambil bahagian-bahagian tertentu dari keenam-enam buah kapal terbang tersebut untuk digantikan ke dalam kapal terbang yang satu lagi itu bagi membolehkan ianya terbang. Sekali lagi ia telah dibantah oleh MAS tetapi pemimpin kerajaan BN meluluskannya dengan menyalahgunakan kuasa. Ia telah menyebabkan MAS terpaksa membelanjakan lebih dari RM 50 juta untuk membaiki kerosakan agar semua kapal terbang itu boleh terbang semula. Ini merupakan subsidi terus yang diberikan kepada Air Asia oleh kerajaan Abdullah Badawi.
Kemudian, Air Asia mula mengimpikan perjalanan KL-Singapura. Kisah ini benar-benar menyebabkan anda tersentak. Kali ini mereka menggunakan cara yang agak jauh. Mereka menyatakan bahawa mereka ingin melakukan penerbangan antarabangsa. Mereka telah melakukannya sebelum ini tetapi ianya agak sukar. Mereka melihat bahawa sektor penerbangan KL-Singapura telah menghasilkan keuntungan RM40 juta kepada MAS, jadi Air Asia sangat-sangat menginginkannya. Kali ini bukan Zaki, Abdullah Badawi, Khairy, Kalimullah atau Kamaluddin dapat menjadikan impian mereka menjadi kenyataan.
Jadi mereka membuat permintaan.. Kali ini ia menjadi kenyataan.. Kita lihat bagaimana mereka melakukannya. Air
Permohonan tersebut ditolak kerana 2 sebab utama:
i. Menjelang 2009 seluruh negara-negara ASEAN akan menjadi laluan udara terbuka. Penerbangan boleh dilakukan ke seluruh bandar-bandar di ASEAN tanpa sekatan. Jadi, apa perlunya membuka laluan berganda KL-Singapura?
ii. Jika budget penerbangan dibenarkan antara KL-Singapura, KLIA akan mati dengan sendirinya. KLIA akan menjadi lapangan terbang ‘feeder’ untuk lapangan terbang Changi di Singapura. Orang-ramai akan terbang ke Singapura dan melalui Singapura, mereka akan terbang ke seluruh dunia. MAS akan mati dengan sendirinya. Jadi, permohonan itu telah ditolak.
Kemudian Abdullah Badawi balik dari percutian. Dia telah meminta Tengku Adnan Menteri Pelancongan, untuk menyiapkan kerta-kerja tentang pelancongan yang menghubungkan MAS, Air Asia, SIA, dll,untuk para pelancong mendarat.. Dalam mesyuarat berikutnya yang dipengerusikan oleh Abdullah Badawi, dia telah meminta Tengku Adnan membentangkan ‘kertas-kerja kabinet’ tersebut.
Dari sumber dalaman menyatakan bahawa kertas-kerja tersebut telah keluar dari agenda, ia mengejutkan setiap orang. Tetapi Si Dungu itu telah meluluskan kertas-kerja tersebut. Air
Sekarang, kita lihat di sinilah pembunuhannya. Sebaik sahaja Air Asia memulakan sektor penerbangan KL-Singapura, mereka mula memberikan sebanyak 300,000 tiket percuma, tiket 5 sen dan semua bentuk gimik. Singapura adalah dipercayai telah memberikan subsidi untuk semua kerja yang berharga itu.
Kepada SIA, kerugian RM40 juta (S$17 juta) dari sektor penerbangan KL-Singapura adalah kecil nilainya kerana balasannya, Air Asia telah memberikan puluhan ribu penumpang kepada Singapura dari KL ke Changi. Air
Kali ini Air Asia sedang membuat satu lagi permintaan – mereka ingin melakukan penerbangan terus dari Kuching, KK, P. Pinang, Alor Setar, Kota Bharu, dll ke Changi. Itu semua akan mendapat subsidi dri Singapura. KLIA akan merosot dan mati kemudiannya. MAS tentunya akan mati lebih awal lagi.
Inilah rupa-rupanya apa yang sebenarnya terjadi dalam kisah “Dari Kemiskinan ke Mercu Kejayaan” yang dicipta oleh Air Asia yang mana kita semua ingat bahawa Tony Fernandez adalah seorang yang hebat di sebalik kejayaan Air Asia. Pemegang saham Air Asia (samada secara langsung atau tidak langsung, melalui proksi dsb.) adalah termasuk Kamaluddin bin Abdullah Badawi, Kalimullah Maseerul Hassan, Khairy Jamaluddin, Tony Fernandez, dll.
Ya, kita percaya akan pertandingan dalam dunia terbuka, namun kawan-kawan Malaysiaku, inilah PM, anaknya, menantunya dan kroni-kroni mereka. Bagaimana mereka boleh menjual negara mereka sendiri? Tetapi inilah yang telah mereka lakukan.
Kawan-kawan, marilah barsama-sama, pada 8 Mac 2008 kita semua melakukan perubahan. Kita semua tekan butang ‘eject’ dan keluar dari kapal terbangnya sebelum ia musnah. Jangan berikan mereka walau satupun payung terjun yang membolehkan mereka menyelamatkan diri!!!
Lim Eng Ban
Email dari:
Professor Mohamed Zain
Professor of Technology & Strategic Management
College of Business & Economics
Tel:
From
From elsewhere: +974 5737941 (mobile# in
Tuesday, April 15, 2008
Himpunan Rakyat Di Stadium Perak
Himpunan Kerajaan dan Rakyat Negeri-Negeri Barisan Rakyat. Wahai UMNO dan BN lihatlah dengan mata anda, kehadiran kami bukan untuk memenuhkan poket tetapi hadir kami yang merakyat di sini kerana perjuangan untuk meruntuhkan kesombongan UMNO dan BN. Tahu kah kamu ?..faham ke tak faham...!


Najib Pembawa Zaman Gelap
| Posted by Raja Petra | |
| Tuesday, 15 April 2008 | |
|
Najib Razak ialah ibu kepada semua rasuah. Najib Razak ialah ibu kepada semua masalah. Najib Razak terlibat dalam kes pembunuhan Altantuya. DARI JELEBU Mahathir Mohamad telah memerangkap Tengku Razaleigh untuk membuka tirai – dengan mesyuarat agung tergempar - untuk mengetepikan Abdullah Badawi. Untuk entah ke berapa kali Razaleigh Hamzah telah dijadikan batu loncatan oleh Mahathir Mohamad. Razaleigh adalah perwakilan politik lama – politik era Tungku – politik ‘ the British clubby gentelman’ – di mana setiap kata adalah untuk di kota.Era dan zaman itu telah lama selesai. Kita sekarang dalam era peralihan dari zaman gelap ke zaman cerah. Bahayanya, Mahathir Mohamad inginkan kita rakyat Malaysia kembali ke zaman gelap, ke zaman ketakutan adan ke zaman autokratik. Justeru, Mahathir Mohamad sedang merancang untuk menobatkan Najib Razak. Seyogia perlu kita sama berwaspada dan mengetahui kenapa/mengapa Mahathir Mohamad memilih Najib Razak? Kita wajib memahami sebab musababnya agar kita semua akan bersedia menghadapi zaman gelap yang akan dibawa oleh Najib Razak. Kenapa Mahathir kini bermati-matian, dengan licik lagi penuh tipu muslihat sedang merancang untuk menaikkan Najib. Malah minggu lalu media arus perdana juga ‘terjerat’ dengan tipu helah Mahathir apabila melaporkan Najib Razak bukan lagi satu pilihan. Kenyataan Mahathir ini bertujuan untuk menaikkan syahwat Razaleigh Hamzah dan Muhyiddin Yassin agar mereka terus berkomplot menentang Abdullah Badawi. Sebenarnya ini ialah tipu helah jenis Kitul. (Siapa Kitul? Sila rujuk Sejarah Melayu kitab naratif kesejarahan oral orang-orang Melayu Melaka. Kita merujuk Sejarah Melayu untuk melihat yang lampau, memahami yang kini dan pedoman ke hadapan.) Untuk memahami siapa Najib Razak, kita melihat dan memahami kembali bagaimana Mahathir Mohamad memilih menteri-menteri kabinet dan para rottweiler yang mengelilinginya. Mahathir dengan selesa akan memilih orang-orang yang dikelilingi masalah besar. Lebih besar masalah itu lebih baik untuk Mahathir. Contohnya Rahim Thamby Chik dengan kes pecah pendaraan cinta berahi anak gadis di bawah umur adalah orang kepercayaan Mahathir. Arwah Megat Juned seorang kaki judi yang terlibat dalam kematian wanita pemilik kedai video adalah menteri setia Mahathir Muhamad. Shahidan Kassim terlibat dengan kemasukan beras secara gelap di Perlis adalah menteri besar Mahathir Mohamad yang setia. Rais Yatim sekor bangkai bernyawa telah diberi nafas oleh Mahathir hinggakan sanggup meminum air basuh kaki Mamak yang pada satu ketika dahulu dikutuknya. Rafidah Aziz rottweiler betina terlibat dalam agihan AP, manakala rottweiler jantannya ialah Nazri Aziz. yang terlibat dengan 600 permit teksi. Mereka adalah menteri setia dalam kabinet Mahathir. Para rottweiler–rottweiler ini akan terus menderam dan menyalak jika ada sesiapa yang cuba menghampiri Mahathir Mohamad. Lihat pula badan kehakiman dan badan kepolisian yang dirasuk rasuah dari hujung rambut hingga ke hujung kaki. Aktiviti rasuah ini dibiarkan oleh Mahathir kerana si perasuah ini akan terus bersetia kepada Mahathir. Apa sangkut paut semua ini dengan Najib Razak? Najib Razak ialah ibu kepada semua rasuah. Najib Razak ialah ibu kepada semua masalah. Najib Razak terlibat dalam kes pembunuhan Altantuya. Ini bukan tohmahan. Dalam mahkamah seorang saksi dari Mongolia telah menerangkan bahawa Najib pernah berjumpa dengan Altantuya. Najib Razak lebih bangkai bernyawa dari Rais Yatim. Najib Razak lebih banyak menyondol dari Rahim Thamby Chik. Najib Razak berjuta-juta kali menerima rasuah dari Rafidah Aziz dan Nazri Aziz. Manusia seperti Najib Razak ini adalah model (bukan model Mongolia) yang terbaik dalam bacaan politik Mahathir Mohamad. Manusia Najib ini akan menjadi sekor rottweiler yang paling setia kepada Mahathir Mohamad. Dalam congak politik Mahathir, Najib Razak akan meneruskan dinastinya. Sesudah Najib akan dimasukkan Hishammuddin Hussein, rottweiler katek si pembawa keris yang lidahnya belum sanggup menjelir panjang. Akhirnya, Mukhriz Mahathir akan muncul. Pada ketika ini si Mukhriz sedang belajar untuk menjadi rottweiler dengan salakan-salakan kecil menyerang Abdullah Badawi. Mukhriz inilah klon asli yang di cita-citakan oleh Mahathir Muhamad. Jadi siapa sebenarnya Najib Razak? Najib Razak ialah pembawa zaman gelap ke dalam budaya politik Malaysia. Najib Razak akan memadamkan semua lampu-lampu pencerahan yang baru ingin menyala di Malaysia. Dari segi pembudayaan Najib pasti akan lebih Islam dari Pas. Lebih lebai dari Lebai Kulup. Dengan latar belakang keilmuan yang cetek, Najib untuk membuktikan keislamannya akan melakukan apa sahaja yang ‘dianggapnya’ Islam. Najib Razak yang tidak memahami inti dan falsafah Islam akan hanya berjaya melihat pinggiran dan kulitan Islam. Ini bermakna Islam garapan Najib akan lebih kolot dan lebih menyusahkan hidup kita semua. Kulitan Islam a la Najib ini bukan lagi jantan di barisan lain dan betina di barisan lain, ia akan lebih dari itu. Keislaman Najib ini bukan hanya membuang patung-patung penyu seperti di Terengganu tetapi akan lebih dari itu. Buktinya: Tiga tahun dahulu ketika Hari Raya dan Deepavali berjalan serentak, seorang insan yang mengakui dirinya sebagai ‘ ilmuwan Islam’ telah mengeluarkan ‘fatwa bahawa orang Melayu/Islam TIDAK boleh berkongsi Deepavali degan penganut agama Hindu. Kenyataan yang kononnya fatwa ini telah di sambut dan di sokong oleh Najib Razak. Hanya tiga hari kemudian fatwa karut ini telah di sangkal oleh Abdullah Badawi. Ini contoh Islam kapal selam. Seorang insan yang terlibat dalam kes satu pembunuhan akan melakukan apa sahaja untuk membuktikan bahawa dirinya lebih suci dari Kaabah dan lebih putih dari sabun Breeze. Sila ingatkan kembali kenyataan-kenyataan Najib beberapa bulan dahulu. Hujan tidak guruh pun tidak tiba-tiba Najib menjadi Lebai Najib telah mula mengeluarkan ayat-ayat Furqan untuk membuktikan dirinya lebih Islam dari kapal selam. Rasuah? Rasuah itu adalah nama timang-timangan dan nama manja Najib Razak. Kalau polis menahan kita dan meminta baksheesh sepuluh dua puluh ringgit maka ini dianggap rasuah. Tetapi jika Najib membeli senjata, membeli kapal selam dan membeli jet pejuang ini bukan rasuah, mengikut kitab Najib. Duit berjuta-juta ini bukan duit rasuah tetapi mengikut fatwa Najib Razak ini wang komisen. Inilah dia susuk yang sedang di rancang dan sedang uli oleh Mahathir Muhamad untuk dijadikan perdana menteri. Kenapa Mahathir Mohamad mahukan Najib Razak? Mahathir Mohamad adalah kepala perompak yang mewakili Daim Zainuddin, Vincent Tan, Eric Chia, Ting Pek King, Ananda Krishan dan Lim Kok Wing antara nama-nama lanun besar . Ada ramai lagi lanun dan penjarah yang berpayung di bawah Mahathir. Mereka dengan bantuan kuasa Mahathir Muhamad telah merompak dan menjarah harta negara selama 22 tahun. Seperti filem seram Rosemary's Baby semua orang yang diharap-harapkan memberi bantuan rupa-rupanya adalah sebahagian dari jaringan lanun. Polis, kehakiman, media, badan pencegah rasuah, imam-imam – semuanya bersekongkol. Perompak dan lanun-lanun ini tahu jika era pencerahan yang di bawa oleh Abdullah Badawi ini dapat diteruskan mereka semua akan di dakwa di mahkamah. Polis dan para hakim, politikus rasuah, dan sesiapa yang menyalah gunakan kuasa akan juga di hadapan ke mahkamah. Adalah salah anggap jika kita percaya Mahathir mahukan Abdullah undur kerana legacy sedang di lupuskan. Menaikkan Najib tidak sangkut paut dengan legacy. Adalah salah bacaan politik jika menganggap bahawa Mahathir lebih sayangkan United Malay National Organisation. Mahathir mengharamkan United Malay National Organisation yang asal. Sejuta kali silap jika menganggap bahawa Mahathir membuat semua ini untuk orang Melayu. Mahathir Mohamad mahukan Najib Razak kerana Najib Razak akan menjadi bangkai bernyawa dan TIDAK akan membuat apa dakwa dakwi terhadap Mahathir Muhamad dan para lanun-lanun yang lain. Dua puluh dua tahun zaman ganas dan zaman gelap Mahathir akan di teruskan oleh Najib Razak. Kepada sesiapa yang memiliki ilusi tentang Najib Razak sebagai pilihan tepat Mahathir Muhamad, sila tanya diri sendiri. Sudah sampaikah masanya Malaysia menerima perdana menteri baru yang terlibat dalam kes pembunuhan? Apakah pembunuh boleh menjadi Perdana Menteri Malaysia. |
Rahsia Babi : Pembohongan UMNO Terbongkar Lagi
Rupa-rupanya wakil rakyat UMNO Tg Sepat dan seorang Ketua kampung Umno telah berlepas ke German untuk belajar dan menyelidik teknologi moden penternakan babi yang beria-ia mereka tentang sekarang.Alangkah kejinya pemimpin Melayu yang mendakwa memperjuangkan nasib Melayu di penempatan yang akan terlibat dengan projek itu dengan gambaran seolah-olah dirinya langsung tidak berkaitan sebaliknya sebagai pembela rakyat.

Akhbar The Sun hari ini yang mengutip laporan The Oriental Daily kelmarin menyebut, wakil rakyat BN-Umno itu, Datuk Karim Mansor, bersama seorang ketua kampung di situ turut bersama dalam rombongan ke luar negara
Syarikat mereka kemudiannya, yang terlibat dalam satu usahasama, bercadang menggunakan wang ( dilaporkan menelan belanja RM100 juta ) daripada sumber-sumber dana program alam sekitar Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) bagi melaksanakan teknologi tersebut.
Pendedahan oleh Ketua Biro Pertanian Tradisi MCA, Datuk Dr Lee Chong Meng itu telah meletakkan kedua-dua Malayu UMNO itu agak keji kerana lakonannya yang meloyakan yang terpapar di media perdana setiap hari.
Andai mereka berdua ada maruah dan harga diri, pasti mereka akan merasa malu pada rakyat yang mengundi dirinya dan kepada penduduk kampung yang diketuinya.
Tapi, oleh kerana kebanyakan pemimpin dikalangan Melayu UMNO sentiasa berebut-rebut untuk memimpin, perasaan malu apatah lagi terhina memang tiada dalam kamus hati mereka.
Saya pasti mereka berdua akan terus memimpin tetapi akan dikenang sebagai antara pemimpin UMNO yang hipokrit.
Manusia Tidak Bertanggungjawab Dalam Kerajaan Khir Toyo
Siang tadi Edward Rajendra melaporkan dalam mstar.com, kenyataan EXCO Kerajaan Tempatan, Kajian dan Penyelidikan Selangor, Ronnie Liu berkenaan peruntukkan tahunan wakil-wakil rakyat kerajaan lalu bagi tahun 2008. Menurut Ronnie kerajaan Selangor (bawah Khir Toyo) yang lepas telah meluluskan RM500,000 peruntukkan pembangunan kecil setiap seorang ADUN BN untuk digunakan di kawasan masing-masing bagi tujuan kerja-kerja peneylenggaraan dan projek-projek kecil sepanjang tahun 2008.
Ketika itu BN mempunyai 54 orang ADUN, bermakan kerajaan negeri telah memperuntukkan sejumlah RM27 juta bagi tujuan ini.
Apa yang memeranjatkan adalah apabila kerajaan negeri Pakatan Rakyat mendapati bahawa dalam tempoh 50 hari, kesemua RM500,000 bagi tiap-tiap ADUN ataupun keseluruhan RM27 juta itu telah habis digunakan oleh ADUN-ADUN BN (termasuklah ADUN Sg. Panjang - Khir Toyo)!
Kini kerajaan negeri terpaksa memohon kelulusan baru bagi ADUN-ADUN Pakatan Rakyat yang menang dalam PRU 8 Mac lalu. Menurut Ronnie, MB Selangor telah mengarahkan agar surat-surat dihantar kepada semua ADUN-ADUN BN berkenaan (ketika itu) untuk menjelaskan kemana dibelanjakan duit peruntukkan itu kerana rupa-rupanya ia dibelanjakan tanpa rekod yang tersusun.
Thursday, April 10, 2008
Terbongkar ! : Penyelewengan Terancang Kerajaan
Oleh: Ketua Perusuh
Komentar saya kali ini berkisar kepada beberapa insiden yang berlaku (boleh diklasifikasikan sebagai jenayah terancang) dalam sebuah organisasi yang diberikan kepercayaan mengendalikan maklumat peribadi semua rakyat Malaysia. Organisasi ini adalah Iris Corporation Berhad (IRIS).
Disini saya petik maklumat yang tersedia dilaman web Iris Corporation Berhad (www.iris.com.my);
“IRIS Corporation Berhad is a global security solution provider with core expertise in the area of securing government security documents i.e. National ID and Passport. Incorporated in 1994, IRIS is the first company in Asia to set up fully integrated manufacturing facilities for Contact and Contactless Smart Cards, Contactless Document Inserts and assembled Module in Tapes and Reels.
IRIS pioneered the world’s first electronic passport and national multiapplication smart card with the implementation of the Malaysian Electronic Passport in March 1998 and MyKAD - the Malaysian Government Multi Purpose Card in April 2001. These technologies are deployed in many countries across the Asia, Middle East and Africa regions.
IRIS also provides a full range of smart cards readers, integrated terminals, card personalization equipment and biometrics scanner to complement the application of its smart card solutions.
Other IRIS products include the Digital Conferencing System and Immigration Autogate.
IRIS Corporation Berhad is an MSC Status company and is listed on the Kuala Lumpur Stock Exchange.”
Apakah yang menjadi persoalan dibenak kita bila mendapat tahu bahawa Suruhanjaya Sekuriti telah “memfailkan saman terhadap lapan syarikat asing dan dua syarikat tempatan yang didakwa melakukan kesalahan manipulasi dan penipuan dalam pasaran saham Iris Corporation Bhd.”? Tentunya ramai yang terkejut bila mendapat tahu kejadian ini yang dikisahkan ini berlaku pada tahun 2005 dan 2006.
Persoalannya sekarang ialah kenapa Suruhanjaya Sekuriti (SC) begitu lambat bertindak sedangkan beberapa maklumat telahpun disampaikan kepada mereka oleh beberapa pihak yang perihati pada pertengahan tahun 2005 lagi. Adakah SC dihalang oleh pihak-pihak tertentu? Adakah pimpinan peringkat tertinggi dalam Kerajaan Malaysia yang menjadi penghalang kepada siasatan SC? Dimana perginya Badan Pencegah Rasuah (BPR)? Kenapa BPR tidak turut sama menyiasat perkara ini? Malah beberapa lagi kesalahan (boleh diklasifikasikan jenayah terancang) telah dikesan dilakukan oleh Iris Corporation Berhad (IRIS) termasuklah kegiatan mendedahkan maklumat peribadi yang terdapat dalam pangkalan data mereka kepada pihak ketiga.
Mengenai kes pemalsuan kad pengenalan (IC) yang mana terdapat beberapa petunjuk yang mengaitkan penglibatan beberapa pihak didalam IRIS dengan beberapa individu demi untuk mengaut keuntungan peribadi. Malah beberapa serbuan (yang disenyapkan daripada pengetahuan rakyat Malaysia) menunjukkan bahawa peralatan (perisan dan pekakasan) yang digunakan untuk membuat pemalsuan kad pengenalan dibekalkan oleh pihak IRIS.
Persoalan mengenai hak ekslusif mengeluarkan kad pengenalan MyKAD kepada Iris Corporation Berhad juga mengundang tanda tanya. Ini kerana pihak Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) telah diarahkan menggunakapakai khidmat IRIS tanpa tender terbuka. Malah ada pihak yang mendedahkan bahawa terdapat beberapa unsur rasuah berlaku dalam kontrak pembekalan MyKAD kepada JPN oleh IRIS. Telah dikenalpasti beberapa individu yang mengaut untung (laba) yang begitu besar atas perkhidmatan yang dibekalkan oleh IRIS kepada JPN.
Masalah keselamatan dalam negeri (akibat dari isu MyKAD dan Paspot Antarabangsa Malaysia) amat meruncing dan memerlukan satu kajiselidik dan penyelesaian cepat dan menyeluruh. Pendedahan kes saman oleh SC menunjukkan bahawa kesemua operasi dan perniagaan IRIS perlu disiasat dan diselidiki oleh Badan Pencegah Rasuah (BPR). Ini adalah untuk memastikan bahawa kebocoran maklumat data peribadi awam dan sebagainya tidak menjadi lebih ketara dan seterusnya dapat dikawal.
Terlalu banyak kepincangan dalam operasi IRIS dan badan-badan kerajaan yang berkaitan namun ianya masih lagi tersimpan dan tidak didedahkan. Saya amat berharap mana-mana pihak yang mempunyai maklumat lanjut mengenai kepincangan dalam operasi IRIS dapat mendedahkannya demi untuk menyelamatkan Malaysia.
Isu Babi : Khir Toyo Cuba Tutup Penyelewengan
Saya melihat dengan wajah selamba bekas MB Selangor Dr Khir Toyo terbit di Buletin Utama TV3 tadi. Kebetulan sekarang ini isu babi sedang hangat di Selangor, maka beliau pun turut tumpang menambah keruhkan lagi suasana. MB kini, Tan Sri Khalid telah menyatakan bahawa apa yang sedang dilakukan adalah meneruskan projek kerajaan terdahulu, manakala Khir pula cuba sedaya upaya bersilat kononnya tidak begitu, kerajaan beliau dahulu tidak pun luluskan, sekadar masih diperingkat kajian.
Apa pun Umno Selangor cuba sedaya upaya menggunakan isu ini, manalah tahu nasib-nasib kerajaan Pakatan Rakyat ini dapat tumbang angkara babi itu.
Apakah dengan mensensasikan isu babi ini maka Khir menyangkakan yang rakyat di Selangor akan melupakan segala-gala yang mendorong mereka menolak Umno/BN sebulan dahulu. Lupakan segala rasuah, penyelewengan dan salah guna kuasa, kronisma, nepotisma yang subur dizaman Khir? Bolehkah begitu?
Saya turunkan sebahagian dari petikan artikel R. Nadeswaran dalam akhbar The Sun:
At this juncture, Khir must explain how he and the then executive committee members alienated land meant for low-cost housing to the late Datuk Zakaria Mat Deros’ wife at far below market price, to build his 17-room, 21-bathroom palace in Kampung Idaman in Port Klang? For the record, even the premium collected was just 20% of the market price.
If that was not enough, prime land off Old Klang Road was alienated to a company controlled by former assemblyman and Petaling Jaya councillor, Datuk Captain Zahar for just 70 sen a square foot. That parcel of land was meant for a Tamil school and a sub-station for Tenaga Nasional Bhd. How did land meant for public utilities end up in private hands? It is interesting to note that such alienation and the structures on it are going to cost the state government a few million ringgit as compensation and costs to owners of property in Taman Desa Ria. Surely this was not done before your time because documents adduced in the civil suit showed that the minutes of the exco meeting were forged and it’s your signature on those minutes.
It is no use for Mohd Khir to adopt a "holier than thou" attitude" by wanting to declare his assets to the state secretariat. You should have done it while you were in office – not when you’re out of it.
Talking about land, the site where the current Petaling District office sits in Subang Jaya is valued at RM175 per sq ft. The state government concluded a deal two years ago to give up the site in return for new office complex in Sungai Buloh. Was any study done or was there any public consulation done? Zilch! Is it an equitable barter trade which benefits the state? Were any studies carried out? None. Then how come such an agreement was reached? Ever heard of the phrase "you scratch my back, I scratch yours"?
Babi, babi juga tapi segala penyelewengan dan salah laku dizaman Khir tidak akan terhapus dengan kes ladang babi yang sebenarnya pun berpunca dari zaman pentadbirannya. Kes ladang babi ini sebenarnya kini berpecah kepada dua versi, satu versi rasmi kerajaan negeri bersandarkan kenyataan MB Tan Sri Khalid, dan satu lagi versi seorang bekas MB yang baru sahaja hilang kuasa, dan sedang cuba sedaya upaya untuk naik kembali. Rakyat Selangor boleh menimbang untuk percaya dan yakin pada satu antara dua, Tan Sri Khalid atau Khir.
Siang tadi saya diberitahu oleh seorang pegawai kanan sebuah badan berkanun negeri Selangor bahawa majlis jamuan hari raya adili fitri Khir semasa menjadi MB yang dibuat di Komplek Belia Seksyen 7 Shah Alam menelan belanja ratusan ribu ringgit, dan siapakah yang membiayainya, jika tidak badan berkanun berkenaan (bukannya dari poket Khir)! Saya difahamkan isteri beliau juga boleh menelefon untuk mendapatkan bantuan badan berkenaan bagi membiayai konon-konon projek kebajikannya.
Sesungguhnya rekod yang telah ditinggalkan oleh Khir dan anak-anak buahnya dalam kerajaan negeri Selangor terlalu busuk, terlebih busuk dari bau najis babi dari mana-mana ladang pun di Malaysia! Dari Khir dan kroni-kroninya sibuk mengambil kesempatan dari kes ladang babi, yang tak kemana itu, lebih baik beliau menyediakan dirinya untuk menjawab darihal banyak kekurangan dan penyelewengan dizamannya yang pasti tidak terlepas dari pandangan kerajaan Pakatan Rakyat Selangor. Bawa dan telanjangkan mereka ini Tan Sri bukan hanya di DUN Selangor malah jika cukup bukti seret sahaja ke mahkamah, biar lepas ini kita sifar dari pembangkang yang kotor di Selangor ini!
Babi : Khir Toyo Tipu Melayu Hidup-Hidup
Dibakarlah kemarahan orang Melayu khasnya penduduk sekitar Ladang Tumbuk, Mukim Batu, Kuala Langat, Daerah Sepang kononnya kerajaan Pakatan Rakyat memang tidak lagi peduli pada sensitiviti orang-orang Mealyu. Kerajaan Pakatan Rakyat mahu bina ladang babi besar-besaran di kawasan mereka, dengan persetujuan PAS. Ini semua angkara tekanan DAP, kerajaan Selangor kini tunduk pada tekanan masyarakat Cina.
Sekurang-kurangnya itulah onar dan duri yang ditabur oleh pimpinan Umno Selangor.
Lalu ditajalah penduduk kampung untuk berkumpul di perkarangan SUK Shah Alam, lengkap dengan kain rentang babi berserban kononnya melambangkan babi pun sudah menunggangi PAS. Begitu sekali mahu menggambarkan kemarahan orang-orang Melayu. Harapannya supaya jatuhlah kerajaan ini, dan naiklah kembali kerajaan diterajui Umno di Selangor yang kononnya membela dan mempertahankan nasib orang-orang Melayu.
Benarkah begitu?
Menurut akhbar Berita Harian semalam, bekas MB Khir Toyo menafikan yang kerajaannya BN dahulu pernah meluluskan projek ternakan babi sebesar itu iaitu bernilai RM100 juta. Katanya mesyuarat EXCO yang beliau pengerusikan pada 30 Januari 2008 lalu ada membincangkannya tetapi meluluskan pembinaan ladang yang bersaiz kecil sahaja. Lokasinya pun belum diluluskan.
Benarkah begitu?
Bermakna BN Selangor bawah Khir ada lulus projek ini(bukan tak ada) tetapi bersaiz kecil, kecil itu saiznya bagaimana?
Dalam akhbar The Sun hari ini dimuatkan penjelasan MB Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim berkenaan projek ini. Kepada 200 orang lebih yang berkumpul di Bangunan SUK semalam termasuk seluruh rakyat Selangor khasnya orang-orang Melayu telitilah penjelasan ini baik-baik:
PERTAMA: EXCO Selangor BN pimpinan Khir telah meluluskan kertas yang dibentangkan pada 30 Januari 2008 lalu untuk pembinaan ladang babi ini.
KEDUA: Kerajaan BN Selangor turut MELULUSKAN tanah seluas 1,364 hektar di Mukim Batu untuk pembinaan ladang ini.
KETIGA: Semua kos pembinaan ladang itu nanti akan ditanggung sepenuhnya oleh sebuah syarikat persendirian dan perolehannya nanti akan dimasukkan ke dalam dana Unit Perancangan Ekonomi Negeri (UPEN)
KEEMPAT: Kerajaan BN Selangor telah pun melakukan kajian terperinci berkenaan projek ini terutama dari sudut kesan ke atas alam sekitar. Malah kerajaan Khir Toyo telah pun menghantar wakil untuk membuat kajian terhadap ladang babi jenis sama di Eropah
Bermakna kerajaan Pakatan Rakyat Selangor sekadar melulus untuk meneruskan projek ini, ia bukannya kelulusan baru, ia berdasarkan apa yang telah diluluskan tanpa tokok tambah, dan kini mahu dilaksanakan demi menyelamatkan alam sekitar Selangor. Semua ladang-ladang babi di Selangor nanti akan ditutup dan dipusatkan di tempat ini.
Lalu siapakah yang berbohong sekarang ini?
Selangor hari ini memiliki ladang-ladang babi yang tidak terkawal, malah sebuah ladang dan pusat peyembelihan babi kini berada berhampiran Batang Berjuntai iaitu berdekatan Sungai Selangor salah satu punca air terbesar negeri ini. Usaha kerajaan negeri ini adalah untuk menyelras segala rungutan dan sungutan rakyat, lalu melalui projek ladang ini semuanya boleh dipusatkan, dengan kawalan dan menjamin kesihatan rakyat dan kesan alam sekitar.
Khir Toyo dulu semasa MB pun memikirkan hal ini, malah beliaulah meluluskannya. Kini sudah tidak berkuasa, kerja dan usaha beliau sendiri beliau serang dan burukkan. Apa jenis manusia Khir ini?
Kerajaan negeri sekadar mahu melaksanakan apa yang telah diluluskan. Saya syorkan kalau 200 orang yang berkumpul di SUK itu masih marah-marah lagi, lepas ini bagus berhimpun di hadapan Ibupejabat Umno Selangor di Shah Alam atau di hadapan rumah Khior sahaja.
Orang Melayu kena banyak berfikir dan menghalusi perkara ini, jangan terlalu gopoh dan terus membakar apa sahaja tanpa kita mengetahui asal-usul dan puncanya. Yang penting jangan sampai tertipu dan dibodohkan oleh mereka yang hilang kuasa dan akan melakukan apa sahaja untuk mendapatkan kuasa itu kembali.
Sunday, April 6, 2008
Lihatlah Islam Memerintah Sebelum Menolaknya - Nik Aziz
Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menganggap kenyataan Pengerusi DAP Karpal Singh meminta agar PAS tidak memasang angan-angan untuk menunjangi Pakatan Rakyat kerana khuatir ia akan menegakkan negara Islam, sebagai memperlecehkan usaha membangunkan Islam oleh kerajaan Kelantan.Nik Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan meminta Karpal Singh memberikan bukti di mana kelemahan PAS yang telah mentadbir Kelantan mengikut acuan Islam selama 18 tahun itu.
Minggu lalu, Timbalan Menteri Besar Kelantan Datuk Ahmad Yaakob berkata PAS wajar menjadi tunjang kepada Pakatan Rakyat yang dibentuk oleh parti- parti pembangkang sekiranya ia mahu merealisasikan impian menubuhkan sebuah negara Islam.Ahmad berkata impian itu akan hanya tercapai akhirnya jika semua pihak memahami dan menerima konsep Islam yang sebenar, yang merupakan agama untuk semua umat manusia.
Nik Aziz menjemput Karpal Singh melawat Kelantan dan melihat sendiri pembangunan di negeri itu yang dibangunkan mengikut acuan Islam.
"Saya tanggung kos penginapan hotel. Tak payah jumpa saya pun tidak apa, jumpalah masyarakat bukan Islam di Kelantan dan lepas itu beritahu apa yang tidak baik dengan Islam ini," katanya.
Nik Aziz berkata sistem kewangan Islam yang diterapkan kerajaan Kelantan juga telah diikitraf oleh pakar-pakar ekonomi seluruh dunia dan sejak Kelantan di perintah PAS banyak penambahbaikan telah dilakukan termasuk penghapusan riba dan mewujudkan pajak gadai Islam."Bukan itu sahaja, masyarakat bukan Islam juga diberi hak dengan dilantik sebagai penyelia masyarakat dan saya nak tanya dimana tidak baiknya apa yang kami buat ini," katanya.
Beliau berkata masyarakat bukan Islam juga tidak pernah dipaksa untuk memeluk agama Islam dan sejak penerapan nilai Islam oleh PAS itulah menyebabkan kaum lain merasa selesa di bawah pemerintahan PAS.
Mengulas kunjungan Masahiko itu, Nik Aziz berkata duta itu tertarik dengan kerajinan wanita Kelantan mencari nafkah yang berbeza di tempat lain.
"Saya jemput duta itu untuk melawat Pasar Besar Siti Khadijah dan Pasar Borong Wakaf Che Yeh untuk melawat dari dekat kerajinan wanita Kelantan ini," katanya.
-- BERNAMA
Mahathir Pelaksana Strategik Paling Licik!
Sebenarnya, Mahathir itu sudah melakukan satu coup politik terbesar apabila dapat membawa Anwar masuk Umno dalam 1982, sekaligus melumpuhkan gerakan Islam serta kuasa pembangkang tempatan. Dengan Anwar berada di dalam, tidaklah Anwar boleh melakukan apa-apa kejutan politik misalannya menerusi PRU dalam tahun 1986 dan seterusnya. Anwar diberikan jalan mudah tetapi untuk asyik sibuk dalam menaiki tangga sendiri yang agak lebar tetapi panjang. Ini merupakan taktik paling SunTze yang saya dapat baca dari Mahathir. Tentu sekali sebagai strategis, beliau akan bersedia bagaimana kalau anak buahnya itu satu hari akan sampai duduk disebelah nanti? Maka saya percaya Mahathir tidak perlu persiapan yang banyak dan terus lepas tali layang-layang sahaja kerana ada beberapa taktik jangka masa yang SunTze sudah mengajar. Mahathir membenarkan Anwar mengumpul kroni-kroni beliau dan mengaut kuasa dan kewangan supaya tidak ada sebab Anwar akan tiba-tiba tidak puas hati dan menyerang awal.Dalam kitab SunTze, pelajaran yang pertama adalah berikut:
Satu hari Maharaja Cina terdengar tentang kehebatan SunTze lalu dimintanya supaya datang menghadap. Maharaja bertanya kepada SunTze,
"Apakah benar dengar awak boleh melatih sesiapa sahaja jadi tentera yang terbaik dan tertaat dalam dunia tanpa kira asal-usul, latar belakang dan pendidikannya?"
"Benar, Tuanku", dengan pantas dibalas SunTze.
"Baiklah, ambil gundik-gundik beta. Latih mereka dan buktikan kehebatan awak!"
SunTze pun menyuruh semua gundik beratur dikawasan padang sambil diperhati oleh Maharaja dari atas pentas yang tinggi. Namun gundik-gundik itu cukup longlai dan ketawa kecil-kecil kerana menganggap ini semua satu kelucuan.
SunTze pun bermula, "Dengar sini! Saya akan ajar awak semua berkawat. Apabila saya kata, 'Cepat jalan!' awak semua hendaklah buat begini.. naikkan tangan kiri serta kaki kanan ke depan serentak dan kemudian tukar sebelah lagi begini", sambil SunTze mendemonstrasikan langkah tersebut.
Selepas itu SunTze pun keluarkan perintah, "Cepat Jalan!"
Gundik-gundik pun cuba berjalan sedikit sambil berketawa kecil terhegeh-hegeh, tersipu-sipu dan berterahabuh tidak menurut perintah SunTze dengan sempurnanya.
SunTze pun diam dan menyatakan semula, "Nampaknya mungkin awak kurang memahami arahan saya tadi. Sekali lagi dengar sini saya akan tunjukkan". SunTze pun tunjuk sama macam tadi. Lepas itu dia pun keluarkan perintah,
"Cepat jalan!". Sekali lagi gundik-gundik lagi terhegeh-hegeh sambil berjalan dengan cara kegundikan mereka dan sekali lagi tidak bersifat macam tentera yang serius langsung. Maharaja yang duduk di atas pentas makin seronok berketawa bersama-sama para menteri dan pengiringnya.
SunTze pun mengarahkan pengawalnya untuk menarik keluar gundik yang paling cantik dan diminati Maharaja dari ramai-ramai gundik tersebut, lalu di suruh seorang pengawal lain untuk memancung kepalanya!
Lepas itu, SunTze pun berkata, "Mungkin tadi arahan saya masih kurang jelas. Sekarang saya akan tunjuk sekali lagi cara untuk berkawat" lalu SunTze menunjukkan bagi kali ketiga langkah-langkahnya.
"Cepat jalan!" Dengan pantas dan cukup teratur semua gundik pun berkawat tanpa melakukan apa jua kesilapan maupun terhegeh-hegeh macam dulu.
SunTze pun senyum dan menghadap kembali Maharaja, "Wahai Tuanku. Tentera tuanku sudah bersedia untuk pemeriksaan Tuanku!"
Maharaja yang sudah terperanjat itu, pun menjawab, "Eh, Beta sudah hilang selera. Takpelah, bubarkan saje pasukan itu".
Kisah ini betul-betul dilaksanakan oleh Mahathir dalam Operasi Lalang 1987 yang menangkap 107 rakyat Malaysia dari semua lapisan masyarakat tidak kira Umno ke tidak, Cina ke Melayu, Dato ke Ustaz ke atau orang biasa. Setiap lapisan ada wakil contoh gundik tercantiknya ditangkap tanpa notis dan secara tekejut padahal Mahathir sebelum itu agak diam dan tenang, dengan selamba mengeluarkan arahan dan nasihatnya. Selepas itu senyap semua, ada yang takut masuk balik negara pun ada.
(Masa itu saya berkerja dengan syarikat Khalid Samad, dan bersama dengan beliau di sebuah penempatan Petronas di Langkawi. Saya menghantarnya ke lapangan terbang untuk terbang balik ke Kuala Lumpur. Tidak lama kemudian saya dapat panggilan dari pejabat yang Khalid tidak sampai rumah. SB sudah kutip dia di Subang Airport. Malam itu kami tonton TV dan nampak namanya tersenarai dalam Operasi Lalang itu.)
Pada tahun 1997 ia berlaku sekali lagi. Cuma kali ini Mahathir menghadapi perang dari semua sayap. Ekonomi rantau terancam termasuk Malaysia. Serangan matawang merupakan yang paling dasyat kerana dirancang oleh kuasa Iluminati Zionis yang boleh menjatuhkan negara tanpa senjata-api tetapi bursa saham dan matawang secara sembunyi tangan.
Serangan teratur yang berlabelkan reformasi mula berlaku serentak dari dalam Umno. Ketua sayap Pemuda dan Wanita iaitu Abdul Rahim Thamby Chik dan Rafidah Aziz dijatuhkan oleh proksi Anwar. Laungan reformasi dimainkan dalam ceramah bukan dikampung tetapi diinstitusi pengajian tinggi, Dewan Bahasa & Pustaka, surat-khabar Berita Harian, Utusan Malaysia dan lain-lain. Anwar masa itu senyap dan tidak mengeluarkan kata-kata yang releven dan sifnifican untuk membantu maharajanya.
Pelbagai projek raksaksa Mahathir seperti KLCC, PutraJaya dan Proton mula terancam. Mesti berasa perit ditelan Mahathir yang dia walaupun sudah berada ditahta selama 17 tahun tetapi perjuangannya masih belum selesai. Macamana dia nak buat ni? Dia buka balik kitab SunTze lah.
"Apabila anda kuat, tunjuklah lemah". Itu yang Mahathir tunjuk. Seolah beliau lemah. Itu juga perlu kerana ingin melihat siapa sebenar musuh dalam selimut. Mesti dia mengarahkan SB untuk buka fail tertentu dan lengkapkannya.
"Serang musuh secara terkejut, dan secara mutktamad. Kasi final". Itu yang Mahathir lakukan dengan tiba-tiba melekatkan senarai semua kroni semua menteri di dalam dewan PWTC sebelum perhimpunan peringkat Pemuda UMNO. Mati stim Zahid Hamidi kerana nama dan kroninya pun ada. Bukan sikit, tetapi ramai. Mati stim juga Anwar apabila beliau bangun berucap dalam perhimpunan kemuncak sebelum Mahathir berucap secara mutlak dan muktamad.
Anwar dengan jelas hilang momentum yang begitu kuat sudah terbina sebelum ini dengan dibantu oleh kuasa dan suasana asing waktu itu. Suharto sudah jatuh dalam arus reformasi. Mengapa Mahathir tak lentur tetapi makin kuat pulak? Anwar tidak dapat mengeluarkan kerisnya untuk memberi tikaman maut kepada Mahathir dalam perhimpunan tersebut. Anwar cuma berpantun dan berhegeh-hegeh pulak dalam ucapan pentingnya. Anwar simpan balik semua keris.
Selepas Anwar selesai, giliran Mahathir pulak. Mahathir pun bermula lebih kurang begini, "Saya tidak pandai berpantun. Saya bukan pendidikan sastera. Saya doktor, saya tahu penyakit yang ada pada Melayu..." Sebiji-sebiji dengan selamba Mahathir tamatkan setiap keris yang mungkin bersedia untuk menikam beliau.
SunTze menasihati, "Apabila jelas siapa musuh, rancang betul-betul secara senyap dan serang mereka dengan muktamad. Walaupun mereka kalah dan minta ampun, pancung atau potong tangan kaki mereka supaya musuh awak lenyap dengan muktamad dan yang lain tak akan berani lawan awak lagi". Itulah yang diamalkan oleh Attila The Hun dari Barat Mongolia menuju Eropah. Tidak cukup orang menyerah. Hendaklah dicincang-cincang dengan dasyat seluruh kampung dan dilepaskan dua tiga survivor balik untuk cerita betapa dasyat dan punahnya untuk melawannya. Dengan itu mudah Attila mara sehingga ke Perancis.
Sebaik sahaja mengakhiri perhimpunannya dan kelihatan musuh sudah kucar-kacir, Mahathir memainkan kad-kadnya. Daim Zainuddin dibawa masuk balik dalam kabinet sebagai penasihat khas ekonomi. Barisan editor dua tiga media massa disuruh turun. Ada seekor yang cepat-cepat berlutut menangis meminta ampun. Dia pulak diampunkan. Itulah Melayu, kesiannnn.
Gabenor dan Timbalan Gabenor Bank Negara bersara awal. Zeti Akhbar mengambil alih. Abdul Kadir Jasin interbiu Mahathir yang mengumumkan langkah mengantung atau mengunci musuh penyerang matawang di pintu masuk Malaysia. Semua matawang ringgit akan dipulangkan dalam masa sebulan. Tidak lagi diperdagangkan dipasaran luar. Semua pembelian impot akan dibiayai secara barter trade dengan hasil ekspot. Kunci perdagangan pun selesai diletak tanpa boleh mana-mana penyerang Zionis samada menerusi sistem pembankan maupun sistem perdagangan.
Kuncu-kuncu Anwar mula panik. Mesyuarat tergempar kedengaran di kem Zahid. "Apa kita nak buat datuk? Apa akan jadi dengan bos kita Anwar?"
Anwar dipanggil masuk pejabat Mahathir. Agaknya fail-fail mengenai kes Anwar dikeluarkan. Dengan selambanya Mahathir bagi tahu Anwar, "Please resign. Or else".
Anwar dikatakan bertempik keras dan menghentak meja. Agaknya dia mengeluarkan semua hujah yang cuba mempertahankan dirinya. Segala taktik oratis dan senjata lisan yang dikenalinya sejak dari bangku sekolah dan mengelilingi dunia dikeluarkannya untuk mempertahankan diri. Selesai Anwar berucap, Mahathir pun berkata, "You are fired".
Surat pun dipersembahkan ke Yang diPertuan Agung untuk dimaklumkan tuanku tentang pemecatan tersebut. Itulah perogatif atau kuasa mutlak Perdana Menteri. Itulah undang-undang. Rukun negara kita sebut 'Kedaulatan Undang-undang'. Jika tak ikut, tak dapat gaji, pasal tak ade rang undang-undang bayar gaji jika bos sudah pecat.
Anwar pula terpaksa buka plan B iaiu merancang tindakbalas. Masa itu saya dapat panggilan dari kawan untuk turun ke Bukit Damansara tempat tinggal peribadi Anwar supaya berkumpul. Tetapi saya jawab kembali,
"Apa yang hang semua ni merancang, hahh? Demo ke? Berarak ke? Tahukah anda semua yang Mahathir tu sudah ada plan C ke Z? Jika awak keluar rumah, dia ada LSF. Jika awak berhimpun dia ada FRU. Jika awak mara, dia ada tentera. Ish! You orang adake segala jawapan berdepan dengan semua itu, hahhh?"
Saya terus rihat tidur kat rumah saya dan memerhati perjalanan politik buat beberapa hari sebelum baru turun padang untuk memeriksa keadaan aftermath.
Apa yang berlaku selepas itu sudah menjadi sejarah. Bagaimana betapa hebatnya krisis dalaman dan luar dapat Mahathir hadapi malah mengatasi dengan menyakinkan itu. Mahathirlah pemimpin peringkat dunia. Bill Clinton pun kalah. Wawasannya tepat dan akhirnya berjaya. Selepas itu dia pun merancang Plan B nya yang sebenar. Iaitu seperti cara British dahulu memberikan kemerdekaan supaya tidak disepak keluar sambil mengekalkan kuasa atau kunci dalaman. Yang kunci tersebut boleh dikeluarkan balik apabila perlu. Sekarang sudah tiba masanya.
Saturday, April 5, 2008
SULIT!!

Terjemahan:
Perdana Menteri,
Jabatan Perdana Menteri,
Blok Barat, Aras 3,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 Putrajaya,
Malaysia
------------ --------- ---- ------------ --------- ---- ------------ --------- -
SULIT
No Ruj: PM/Pers/AHO/ 01/121 Jld 1
Tarikh : 16 Ogos 1999
Yang Dihormati Encik Ehud Barak,
Pertama-tamanya bagi pihak UMNO, Barisan Nasional dan Kerajaan Malayisa dan juga bagi seluruh Rakyat Malaysia, Saya ingin menyatakan setinggi-tinggi tahniah dengan pemilihan tuan sebagai Perdana Menteri. Walaupun terlambat sedikit, kami mendoakan kejayaan tuan dalam kerjaya pada masa kini dan pada masa akan datang.
Sepertimana yang tuan sudah maklum, Menteri Luar saya, Encik Syed Abdul Hamid Albar akan menemani saya pada sessi yang seterusnya di Mesyuarat Agung Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu yang akan berlangsung di New York pada bulan September. Saya dengan tulus ikhlas berharap satu perjumpaan dapat diatur dengan Menteri sejawat dengannya iaitu Encik David Levy untuk membincangkan pengumpulan dana untuk parti saya bagi menghadapi pilihanraya umum di Malaysia. Saya percaya, melalui kecekapan dan kwibawaan pihak tuan, kita boleh berhubung dengan 'Tabung Clinton' untuk tujuan menghancurkan Perjuangan Para Pejuang Islam di Malaysia.
Adalah terlalu awal untuk menyatakan ini tetapi ingin saya menyatakan sekali lagi kesetiaan saya pada perjanjian yang telah ditandatangani dan dipersetujui pada tahun 1985 yakni pihak tentera US boleh menggunakan pengkalan tentera kami pada bila-bila masa sebagai balasan kepada bantuan kewangan ini. Adalah diharap agar pihak tuan dapat menyampaikan mesej ini kepada Yang Dihormati Puan Madeleine Albright.
Adalah menjadi satu harapan saya jika dapat membentuk pendekatan baru dalam menubuhkan perhubungan diplomatik dengan Tel-Aviv walaupun saya terpaksa meyakinkan anggota-anggota kabinet dalam kerajaan dan juga rakyat untuk mengelakkan wujudnya penentangan yang tidak diingini.Dengan ini, saya menghargai kerjasama dan harapan yang diberikan oleh Jabatan Negeri Amerika Syarikat.
Sekali lagi saya bagi pihak parti, mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan mendoakan kejayaan tuan.
Yang benar
tt. mahathir
............ ......
s.k. Duta Malaysia ke USA
Friday, April 4, 2008
Kekal Berkuasa: Jangan Lupa Taktik Mahathir!
Apakah yang paling aku respek sekali pada mahadet ini selain daripada kebolehannya menipu dunia dengan mengatakan DSAI menumbuk matanya sendiri? Tidak lain dan tidak bukan ialah keupanyaannya mencipta musuh untuk meletakkan dirinya kelihatan sebagai hero.Keupayaan ini sangat teserlah semasa dia menjadi pm dahulu. Israel, amerika, singapura, yahudi, pemimpin pembangkang, dan boleh kata semuanya dia buat musuh. Dia secara berani mengkritik sesiapa sahaja yang dirasakan sesuai untuk memberikannya milage sebagai seorang hero. Formulanya sangat senang; sesiapa sahaja yang rakyat rasa tak senang, ianya boleh "diserang" habis2an sehingga menimbulkan kebencian. Dengan menggunakan "agenda melayu" dan "survival", mahadet selama lebih 20 tahun memerintah tanpa segan silu menghalakan tembakan kepada sapa saja yang dia rasa perlu.dan bila rakyat sudah benci kepada musuh2nya, maka ianya boleh dipilih pada bila2 masa untuk "dilawan" dengan penuh sokongan.
Tak perlu sesiapa menyerangnya dahulu. Dia boleh bangun dan serang sehingga membuatkan orang yang diserangnya tertanya2 apa sudah jadi? Walaupun orang yang diserangnya lansung tidak ada kena mengena dalam urusan negara malaysia, ataupun agenda melayu, ataupun Islam, mahadet akan mencari seribu satu alasan untuk mengaitkan mereka. Dan rakyat malaysia, dan melayu khususnya akan melihat dia sebagai jaguh. Dia tidak pernah bersemuka dengan musuh2nya, tetapi cukpu sekadar baling batu sembunyi tangan. Jika tidak, dah lama disahutnya cabaran soros untuk berdebat isu "penyangak matawang".
Inilah yang aku respek pada mahadet. Boleh mem"perasan"kan dirinya pada bila2 masa dia suka!
Sekarang dia sekali lagi mula menjadi jaguh bangsa melayu dan parti ameno dengan melemparkan tuduhan dan serangan tanpa henti kepada mereka yang tak pernah menyerangnya. Dengan kekalahan teruk ameno dalam pru yang lalu, mahadet kelihatan "ketagih perasan" sekali lagi dengan cuba menjadi "hero umat". Tanpa segan silu, dia mengkritik secara terbuka tentang kepimpinan pak lah dan jugak mereka yang lemah di sekelilingnya. Malah melakukan lebih dari itu dengan menyebut nama dan juga membuat serangan peribadi. Sesuatu yang sangat sinonim dengan "jaguh bangsa melayu" ini.
Dan sebahagian kecil umat melayu sekonyong2 mengangkatnya menjadi hero dalam krisis pru kali ini. Walaupun dengan pandangannya yang tidak konsisten, sebahagian kecil ahli ameno yang projek2 mereka hidup di atas proksi mahadet masih dan terus merasakan bahawa mahadetlah jaguh dan hero yang patut di bawa masuk semula ke dalam ameno. Mungkin menjadi penasihat seumur hidup, sepertimana yang dibuat oleh negara yang sangat mereka benci, singapura.
Sekarang, ameno melihat musuh ciptaan mahadet yang terbaru, kj, sebagai satu entiti yang harus digempur habis2an. Bagi mereka apa yang dibicarakan mahadet adalah firman yang harus diikuti. Kj harus dihapuskan, dan paklah harus turun meletakkan jawatan. Inilah seruan mahadet, dan itulah yang dikokokkan bersama oleh penyokong2nya. Mahadet tidak pernah tersilap dalam mencari lawan. Siapa sahaja lawan yang mahadet cipta, itulah lawan mereka bersama.
Mereka akan terus segera melupakan siapakah punca kepada terbubarnya ameno pada tahun '88. Merka juga tak ingat siapakah yang menjahanamkan ameno sekali lagi pada tahun '99 bilamana MCA dan MIC menyelamatkan BN bilamana ameno di bawahnya mendapat undi tidak percaya paling teruk dalam sejarah malaya. Mungkin mereka tak pernah diboikot ceramah, dan disenyapkan mulut, atau ditangkap dan disumbat ke dalam lokap dek kerana berpendirian untuk menegur kerajaan, atau digelapkan dari media seperti yang telah, sedang, dan terus berlaku kepada pembangkang, tetapi mereka sangat bersetuju dengan apa yang telah dilakukan kepada mahadet adalah zalim walaupun kesemuanya tadi telah dilakukan dengan zalimnya oleh mahadet ke atas rakyat dimasa zaman pemerintahannya!
Yang membuatkan rakyat menolak ameno ialah kezaliman mahadet, yang membuatkan rakyat membenci BN adalah kronisme, nepotisme, dan korupsi yang disuburkan oleh mahadet. Yang membuatkan rakyat berpatah arang dengan kerajaan ialah kesombongan dan kebongkakannya menunding jari kepada orang lain untuk mengaburkan kesalahan sendiri!
Itulah yang menyebabkan mahadet tersungkur pada tahun '99 dan seterusnya terpaksa akur meletak jawatan beberapa tahun selepas itu. Bukan disebabkan ameno sayangkannya. Bukan disebabkan BN sangat2 kuat dan selesa untuk dia meninggalkan pejabat. Ianya tidak lain dan tidak bukan disebabkan oleh sikapnya yang boleh menjadikan pilihanraya 2004 sebagai pilihanraya terakhir untuk karier politik seluruh umat BN.
Ameno sangat tahu bahawa mahadet adalah liabiliti. Bn tahu dia merupakan masalah besar kepada sokongan rakyat. Malaysia tahu ia tidak boleh bergerak kehadapan dengan lebih terbuka di bawah pemerintahan autokratik mahadet, maka dengan itu mahadet dipaksa melepaskan jawatannya. Dalam pada masa yang sama dia mengambil jalan mudah untuk mencuci tangan dengan meletakkan pengganti yang lebih lemah hanya untuk dia dilihat sebagai pemimpin yang lebih hebat!
Mahadet tidak "perfect" seperti yang dipuja2 oleh penyokongnya. Mahadet terus2an mengatakan bahawa dia salah memilih anwar. Dia juga berkata salah memilih pak lah. Sekarang dia juga mengaku bahawa najib yang diangkat2nya dahulu juga bukan pilihannya lagi. Tetapi penyokong2nya tetap melihat mahadet sebagai seorang negarawan yang hebat, yang berfikiran jauh ke hadapan, dan manusia yang bijak.
Dan kenyataan itu mestilah timbul daripada perbandingan yang dibuat oleh penyokong2 mahadet. Dan aku mungkin bersetuju dengan pandangan penyokong2 mahadet sebab memang benar mahadet hebat, berfikiran jauh, dan bijak - dibandingkan dengan mereka. Jika tidak, masakan boleh ditipunya mereka ini hidup2?
Cuma "mereka" yang tinggal sekarang ini dah boleh dikira dengan jari. Dan kalau "mereka" ini hendak kelihatan bijak, berfikiran jauh dan hebat semula, mungkin mereka boleh menggunakan formula mencipta musuh baru untuk diangkat sebagai hero semula oleh rakyat. Mereka boleh memilih mahadet.
Kerana, sepertimana israel, amerika, dan KJ, rakyat juga telah lama membencinya.
Matkeri
Http://www.jahilgoblog.net
Thursday, April 3, 2008
UMNO Teruskan Dasar Pecah Belah Dan Hipokrit
Hang Jawa - Patutkah UMNO membenarkan kewujudan 'kerajaan dalam kerajaan' seperti ini? Dengan adanya JKKK di bawah Jabatan Pembangunan Persekutuan (JPP), ini bermakna Kerajaan UMNO Pusat tidak mengiktiraf kerajaan negeri yang juga merupakan sebahagian daripada kerajaan Malaysia. Cuba kamu jawab, duit peruntukan untuk JKKK Persekutuan itu ambik dari mana? Duit dari UMNO? Bukankah kamu mengambilnya dari duit kerajaan yang diterima dari semua rakyat Malaysia? Mengapa kamu senang-senang mengagihkannya kepada ahli-ahli UMNO melalui JKKK itu seolah-olah wang itu hasil dari simpanan bapak-bapak kamu dalam UMNO? Bukankah ini satu lagi bentuk penyalahgunaan wang kerajaan yang jelas salah di sisi hukum dan undang-undang?
Kepada para JKKK semua, tidakkah kamu merasa malu untuk menerima jawatan itu? Tidak adakah di antara kamu yang celik dan faham tentang perkara asas sebuah kerajaan? Iaitu wang kerajaan adalah hasil dari rakyat, ianya adalah untuk rakyat tidak kira mereka UMNO ke PAS ke siapa ke. Kerajaan yang menang dalam pilihanraya hanyalah sebagai pengurus. Selepas menang menjadi kerajaan, maka pimpinan kerajaan bukan lagi pimpinan parti. Mereka perlu melayan rakyat secara sama-rata. Harta kerajaan bukan harta kamu, wang kerajaan bukan wang kamu, pembangunan yang dibuat oleh kerajaan bukan pembangunan UMNO. Apakah semudah inipun kamu tak faham?
Kewujudan kamu tentunya hanya akan memecah-belahkan masyarakat. Sudahlah selama ini kamu sentiasa menganak-tirikan rakyat yang juga merupakan saudara-saudara kamu dan rakyat Malaysia yang sah. Kini, kamu teruskan perbuatan hodoh dan hipokrit kamu dengan terus merompak duit rakyat untuk kepentingan kuasa kamu yang telah ditolak oleh rakyat. Sedarlah... mengapa kamu mahu ikut lagi pemimpin UMNO yang dah rosak itu? Kelak, di akhirat, kamu akan tanggung semuanya di hadapan Allah SWT.
Semua JKKK Kedah diarah lepas jawatanALOR STAR 2 April – Kesemua 1,938 ahli UMNO yang memegang jawatan dalam Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) dan juga ahli dalam pihak berkuasa tempatan (PBT) di negeri ini telah diarah melepaskan jawatan ekoran kekalahan Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya umum 8 Mac lalu.
Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata, peletakan jawatan itu diputuskan pada mesyuarat perhubungan UMNO Negeri malam tadi dan ia berkuatkuasa semalam.
Ekoran peletakan jawatan tersebut, katanya, kesemua yang terlibat telah dilantik untuk memegang jawatan dalam JKKK Persekutuan yang baru dibentuk di negeri ini.
‘‘Kesemua mereka yang memegang jawatan bagi tempoh dua tahun iaitu 2007 dan 2008 telah melepaskan jawatan masing-masing untuk memudahkan kerajaan campuran Pas dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) melantik JKKK mereka sendiri.
‘‘Bagaimanapun, selepas ditauliahkan sebagai JKKK Persekutuan, mereka akan memulakan tugas seperti biasa iaitu memberikan perkhidmatan kepada masyarakat di kampung masing-masing dengan dibayar elaun yang sama seperti diterima sebelum ini oleh pihak Jabatan Pembangunan Persekutuan (JPP),” katanya. Berita seterusnya.
