Pengumuman

Tuesday, April 15, 2008

Manusia Tidak Bertanggungjawab Dalam Kerajaan Khir Toyo

Roslan SMS

Siang tadi Edward Rajendra melaporkan dalam mstar.com, kenyataan EXCO Kerajaan Tempatan, Kajian dan Penyelidikan Selangor, Ronnie Liu berkenaan peruntukkan tahunan wakil-wakil rakyat kerajaan lalu bagi tahun 2008. Menurut Ronnie kerajaan Selangor (bawah Khir Toyo) yang lepas telah meluluskan RM500,000 peruntukkan pembangunan kecil setiap seorang ADUN BN untuk digunakan di kawasan masing-masing bagi tujuan kerja-kerja peneylenggaraan dan projek-projek kecil sepanjang tahun 2008.

Ketika itu BN mempunyai 54 orang ADUN, bermakan kerajaan negeri telah memperuntukkan sejumlah RM27 juta bagi tujuan ini.

Apa yang memeranjatkan adalah apabila kerajaan negeri Pakatan Rakyat mendapati bahawa dalam tempoh 50 hari, kesemua RM500,000 bagi tiap-tiap ADUN ataupun keseluruhan RM27 juta itu telah habis digunakan oleh ADUN-ADUN BN (termasuklah ADUN Sg. Panjang - Khir Toyo)!

Kini kerajaan negeri terpaksa memohon kelulusan baru bagi ADUN-ADUN Pakatan Rakyat yang menang dalam PRU 8 Mac lalu. Menurut Ronnie, MB Selangor telah mengarahkan agar surat-surat dihantar kepada semua ADUN-ADUN BN berkenaan (ketika itu) untuk menjelaskan kemana dibelanjakan duit peruntukkan itu kerana rupa-rupanya ia dibelanjakan tanpa rekod yang tersusun.

No comments: