
Alangkah kejinya pemimpin Melayu yang mendakwa memperjuangkan nasib Melayu di penempatan yang akan terlibat dengan projek itu dengan gambaran seolah-olah dirinya langsung tidak berkaitan sebaliknya sebagai pembela rakyat.

Akhbar The Sun hari ini yang mengutip laporan The Oriental Daily kelmarin menyebut, wakil rakyat BN-Umno itu, Datuk Karim Mansor, bersama seorang ketua kampung di situ turut bersama dalam rombongan ke luar negara
Syarikat mereka kemudiannya, yang terlibat dalam satu usahasama, bercadang menggunakan wang ( dilaporkan menelan belanja RM100 juta ) daripada sumber-sumber dana program alam sekitar Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) bagi melaksanakan teknologi tersebut.
Pendedahan oleh Ketua Biro Pertanian Tradisi MCA, Datuk Dr Lee Chong Meng itu telah meletakkan kedua-dua Malayu UMNO itu agak keji kerana lakonannya yang meloyakan yang terpapar di media perdana setiap hari.
Andai mereka berdua ada maruah dan harga diri, pasti mereka akan merasa malu pada rakyat yang mengundi dirinya dan kepada penduduk kampung yang diketuinya.
Tapi, oleh kerana kebanyakan pemimpin dikalangan Melayu UMNO sentiasa berebut-rebut untuk memimpin, perasaan malu apatah lagi terhina memang tiada dalam kamus hati mereka.
Saya pasti mereka berdua akan terus memimpin tetapi akan dikenang sebagai antara pemimpin UMNO yang hipokrit.
No comments:
Post a Comment