Pengumuman

Showing posts with label Mahathir. Show all posts
Showing posts with label Mahathir. Show all posts

Saturday, January 24, 2009

Semua petunjuk menandakan Umo akan hancur

(Dr. Mahathir Mohamad)
Harakahdaily

Rencana ini telah ditulis semasa pilihanraya sedang berjalan. Saya pilih untuk tidak menyiarkannya pada masa itu supaya tidak dituduh mencuba mempengaruhi keputusan. Saya telah dikritik oleh seorang ahli Umno kerana rencana saya berkenaan dilema pengundi. Rencana ini adalah sebagai jawapan kepada pengkritik saya.
More...
Saya telah nyatakan pendirian saya dalam pilihan raya kecil ini iaitu saya tidak memihak kepada sesiapa.

Bahawa bagi sesetengah ahli Umno pilihan raya ini penting, itu adalah pendapat mereka. Bagi saya pilihan raya kecil ini penting kepada Umno jika ahli-ahli dan pemimpinnya dapat faham dan mengambil iktibar dari keputusannya. Saya tidak yakin mereka akan faham. Mereka akan nafi segala kesalahan mereka seperti dengan prestasi buruk pilihan raya Mac 2008.

Saya adalah bekas ahli Umno dan saya amat sayang kepada Umno yang ditubuh oleh pejuang-pejuang kebangsaan dahulu. Tetapi parti yang ada sekarang bukan Umno dari segi semangat dan perjuangannya. Yang ada ialah parti yang utamakan kepentingan diri, terutama pemimpin-pemimpinnya.

Kata pepatah Melayu, "Sayang isteri tinggal-tinggalkan, sayang anak tangan-tangankan."

Sayang yang buta tuli bukan sahaja tidak baik bagi yang sayang tetapi juga yang disayangi.

Umno di bawah pemimpin Dato' Seri Abdullah sudah menyimpang jauh dari jalan yang lurus, dan perjuangan Umno yang sebenar.

Dengan itu ahli-ahli Umno pun tidak lagi pegang kepada matlamat perjuangan Umno untuk bangsa, agama dan negara.

Majoriti ahli Umno setia dan patuh kepada pemimpin tanpa mengambilkira apa yang dilakukan olehnya. Pepatah Melayu sekali lagi memberi pengajaran. "Raja adil Raja disembah, Raja zalim Raja disanggah". Kesetiaan rakyat pada Raja ada batasannya. Demikian juga kesetiaan ahli pada pemimpin harus mempunyai batasan.

Sesungguhnya banyak kesalahan dan dosa yang telah dilakukan oleh pucuk pimpinan Umno dan konco-konconya.

Saya boleh senaraikan semua kesalahan yang dilakukan oleh Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi, Presiden Umno dan Perdana Menteri. Tetapi ia terlalu panjang. Memadai jika saya sebut beberapa sahaja yang menyebabkan saya tolak Umno sekarang:

a) Sanggup meletak wilayah negara sendiri dibawah kuasa Singapura apabila mendakwa pembangunan dalam wilayah Malaysia perlu dapat persetujuan Kerajaan Singapura.

b) Memberi kuasa kepada anak dan menantu dalam urusan parti dan Kerajaan sehingga calon-calon PRU 12 ditentukan oleh mereka. Hampir semua dari mereka ini kalah.

c) Penglibatan anak menantu dalam perniagaan yang dikuasai oleh Kerajaan. Bantuan Kerajaan kepada perniagaan mereka. Umpamanya pengambilalihan Avenue Asset oleh ECM Libra.

d) Kegiatan beberapa pembantu khas yang ditempatkan di tingkat 4. Mereka lebih berkuasa dari Kabinet.

e) Penjualan M.V. Agusta yang dibeli dengan harga RM300 juta, tetapi dijual dengan harga RM4.00. Pembeli M.V. Agusta ini kemudian menjualnya dengan harga RM500 juta - untung RM499,999.96 juta.

f) Mengguna wang secara terbuka untuk mendapat sokongan dari cawangan-cawangan Umno. Apabila didakwa oleh ketua bahagian, ia digantung. Laporan polis dan BPR yang dibuat oleh veteran Umno tidak dipedulikan.

Kesan dari kepimpinan yang rasuah dan tidak bermoral ialah perkembangan menyeluruh politik wang semasa pencalonan oleh bahagian-bahagian.

Orang yang diketahui umum terlibat dengan rasuah berjaya mendapat cukup bilangan undi untuk jadi calon dalam pemilihan yang akan diadakan pada Mac. Sekaligus ternampak jelas yang ahli-ahli Umno utamakan duit dan bukan perjuangan untuk bangsa, agama dan Negara.

Besar kemungkinan orang yang guna wang ini yang akan dipilih dalam pemilihan bulan Mac oleh wakil-wakil yang telah disogok.

Sudah tentu mereka ini akan mengetuai Kerajaan kemudian.

Kita akan dapat Kerajaan Umno yang tidak bermoral dan rasuah.

Umno di bawah pimpinan Abdullah telah jadi begitu lemah sehingga dikecam sewenang-wenangnya oleh kaum-kaum lain dan parti mereka.

Apabila dikecam pemimpin Umno pohon maaf dan tunduk kepada pengecam. Sebaliknya jika orang Umno mengecam parti lain, mereka digantung.

Semua isyarat menunjuk bahawa Umno akan ditewas dan hancur dalam Pilihan Raya Umum ke-13.

Saya akui saya yang pilih Dato Abdullah, Mr Clean. Saya akui juga saya tidak pandai pilih. Lihat sahaja Tun Musa Hitam, Anwar Ibrahim dan ramai dari Menteri-Menteri yang mengutuk saya apabila sahaja saya tidak jadi PM lagi.

Memilih semasa saya tidak tahu perangai seseorang adalah tidak bijak. Tetapi meneruskan sokongan apabila saya sudah tahu keburukan yang dilakukan oleh orang pilihan saya adalah perbuatan yang tidak bertanggungjawab.

Saya tidak cari untuk saya disukai ramai. Saya bertindak atas pendirian yang pada hemat saya adalah baik walaupun saya akan jadi tidak popular.

Hanya kerana saya dahulu menjadi pemimpin Umno tidak bermakna saya mesti terus menyokong Umno setelah Umno menyimpang dari perjuangan asalnya dan sudah jadi parti milik perasuah yang hanya utamakan kepentingan diri masing-masing, yang hanya menyertai Umno untuk dapat duit sogokan, mendapat peluang perniagaan, menjadi Menteri dan Perdana Menteri.

Percayalah, apabila dalam Mesyuarat Agong Mac ini calon-calon yang diketahui menyogok wang kepada wakil ke mesyuarat agong menang, Umno akan dipandang jijik oleh rakyat semua kaum dan Umno akan kalah pada PRU 13. Selepas itu Umno akan terkubur dan mereka yang membawa kehancuran pada Umno kerana wang dan keuntungan bagi diri sendiri akan dikutuk oleh orang Melayu turun temurun.

Biarlah kekalahan Umno di Kuala Terengganu menjadi pengajaran pada Umno. Janji-janji memberi wang untuk pembangunan tidak lagi berkesan kepada pengundi umum. Sesungguhnya rakyat termasuk orang Melayu meluat melihat sikap ahli dan pemimpin Umno. - chedet.co.cc/chedetblog _

Thursday, May 22, 2008

Selamatkan Kerajaan BN - Pilihanraya Semula?

Harakahdaily

Wan Nordin Wan Yaacob

Thu | May 22, 08 | 10:12:26 am MYT

KUALA LUMPUR, 22 Mei (Hrkh) - Krisis perbalahan elit Umno sudah sampai ke tahap yang akan melimpah ke peringkat bawahan yang menyebabkan Umno hilang fokus dan kredibiliti untuk menjadi tunggak kerajaan Barisan Nasional.

Demikian kata Setiausaha Agung Parti Keadilan Rakyat (KeADILan), Dato' Salehuddin Hashim berhubung isu tindakan bekas Presiden Umno, Tun DR Mahathir Mohamad keluar Umno dua hari lalu.

Menurut Salehudin, sungguh aneh melihat mereka yang kononnya sedang sibuk memupuk perpaduan Melayu, hari ini memulakan langkah yang akan memecah-belahkan bangsa dan negara.

"Umno sudah hilang kewibawaan untuk memperkatakan apapun mengenai perpaduan.

"Langkah Tun Mahathir adalah reaksi beliau berikutan keputusan kerajaan untuk menyiasat semua yang terlibat dalam skandal video VK Lingam," dakwanya.

Justeri baginya, rakyat diingatkan agar berhati-hati dan menolak sebarang tindakan mereka yang tersepit untuk menjejaskan keselamatan negara dengan mengapi-apikan sentimen perkauman sempit.

Sementara itu Ahli majlis Tertinggi Umno, Dato' Shahrir Samad, yang juga Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna dalam satu kenyataannya berkata, keputusan Dr Mahathir amat mengejutkan.

Keputusan itu juga katanya mungkin mendorong ramai lagi turut meletakkan jawatan dan sekaligus mungkin memaksa Perdana Menteri, Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi mengadakan pilihan raya umum baru.

Keputusan Dr Mahathir itu, boleh mengakibatkan situasi di mana ramai ahli Parlimen Umno mungkin turut meletakkan jawatan, katanya.

Jika itu berlaku, Shahrir yang juga ahli Parlimen Johor Bahru melihat, kerajaan tidak mempunyai pilihan, kecuali menubuhkan sebuah kerajaan baru atau mengadakan pilihan raya umum baru.

Dalam komentarnya yang disiarkan dalam agensi berita AFP, Shahrir berkata, perkembangan tersebut pastinya tidak membantu keadaan dalam Umno sekarang,

Lebih-lebih lagi ketika pemimpin pembangkang, Dato' Seri Anwar mengatakan beliau boleh menarik ahli parlimen BN melompat parti, kata Shahrir.

Perkembangan tersebut boleh mengurangkan jumlah ahli parlimen Umno yang menjadi parti memerintah sekarang, katanya.

HJ - Begitu bernafsu sekali Tun Dr. Mahathir (TDM) untuk kononnya menyelamatkan UMNO sedangkan beliau sendiri telah menegaskan dalam banyak ucapan-ucapannya bahawa selagi kepimpinan tidak ditukar, UMNO tidak akan dapat dipulihkan. Persoalannya, kepimpinan tu apa? Pak Lah sorang-sorang ke? Atau seluruh bala tentera general-general UMNO yang telah terkenal di seluruh dunia sebagai kaki rasuah tu? Kalaulah Pak Lah berundur, apakah Najib boleh menggantikan beliau sedangkan kes Najib yang sangat besar setelah didakwa terlibat meletupkan Altantuya masih belum selesai? Malah ianya semakin jelas dengan pendedahan yang berani oleh RPK. Kalaulah saranan TDM tu diikuti, apakah cadangan TDM untuk menggantikan kepimpinan itu sedangkan semasa di zamannyalah rasuah, penyalahgunaan kuasa, kezaliman (sehingga beliau digelar maha zalim), nepotisme dan kronisme telah berlaku dengan dahsyat! Kalau beliau tidak letak jawatan masa tu, nescaya apa yang berlaku hari ini adalah di bawah kepimpinan TDM, bukan Pak Lah! Sedarlah yang korup sekarang adalah UMNO kerana sistemnya, bukan pemimpinnya semata-mata.

Wahai rakyat Malaysia yang ku kasihi, sedarlah...telah tibanya masanya ketuanan Melayu dinobatkan dengan cara menyokong perjuangan Islam. Dengan Islam, anda akan dilayan seadil-adilnya. Jika Islam memerintah, tidak akan ada pemimpin yang akan membolot kekayaan malah rakyatlah yang akan membolot kekayaan. Islam memerintah bukab PAS yang untung, atau PR yang untung, tetapi rakyatlah yang untung. Tidak cukupkah anda melihat kezaliman yang berlaku ini? Belum sampai hidayahkah untuk anda memberikan sokongan kepada perjuangan Islam. Tidakkah anda meyakini bahawa semuanya ini akan menjadi saksi di akhirat?



Sunday, April 6, 2008

Mahathir Pelaksana Strategik Paling Licik!

Oleh REDHUAN D OON (TKO blogspot)

 Sebenarnya, Mahathir itu sudah melakukan satu coup politik terbesar apabila dapat membawa Anwar masuk Umno dalam 1982, sekaligus melumpuhkan gerakan Islam serta kuasa pembangkang tempatan. Dengan Anwar berada di dalam, tidaklah Anwar boleh melakukan apa-apa kejutan politik misalannya menerusi PRU dalam tahun 1986 dan seterusnya. Anwar diberikan jalan mudah tetapi untuk asyik sibuk dalam menaiki tangga sendiri yang agak lebar tetapi panjang. Ini merupakan taktik paling SunTze yang saya dapat baca dari Mahathir. Tentu sekali sebagai strategis, beliau akan bersedia bagaimana kalau anak buahnya itu satu hari akan sampai duduk disebelah nanti? Maka saya percaya Mahathir tidak perlu persiapan yang banyak dan terus lepas tali layang-layang sahaja kerana ada beberapa taktik jangka masa yang SunTze sudah mengajar. Mahathir membenarkan Anwar mengumpul kroni-kroni beliau dan mengaut kuasa dan kewangan supaya tidak ada sebab Anwar akan tiba-tiba tidak puas hati dan menyerang awal.

Dalam kitab SunTze, pelajaran yang pertama adalah berikut:
Satu hari Maharaja Cina terdengar tentang kehebatan SunTze lalu dimintanya supaya datang menghadap. Maharaja bertanya kepada SunTze,
"Apakah benar dengar awak boleh melatih sesiapa sahaja jadi tentera yang terbaik dan tertaat dalam dunia tanpa kira asal-usul, latar belakang dan pendidikannya?"

"Benar, Tuanku", dengan pantas dibalas SunTze.

"Baiklah, ambil gundik-gundik beta. Latih mereka dan buktikan kehebatan awak!"

SunTze pun menyuruh semua gundik beratur dikawasan padang sambil diperhati oleh Maharaja dari atas pentas yang tinggi. Namun gundik-gundik itu cukup longlai dan ketawa kecil-kecil kerana menganggap ini semua satu kelucuan.

SunTze pun bermula, "Dengar sini! Saya akan ajar awak semua berkawat. Apabila saya kata, 'Cepat jalan!' awak semua hendaklah buat begini.. naikkan tangan kiri serta kaki kanan ke depan serentak dan kemudian tukar sebelah lagi begini", sambil SunTze mendemonstrasikan langkah tersebut.

Selepas itu SunTze pun keluarkan perintah, "Cepat Jalan!"

Gundik-gundik pun cuba berjalan sedikit sambil berketawa kecil terhegeh-hegeh, tersipu-sipu dan berterahabuh tidak menurut perintah SunTze dengan sempurnanya.

SunTze pun diam dan menyatakan semula, "Nampaknya mungkin awak kurang memahami arahan saya tadi. Sekali lagi dengar sini saya akan tunjukkan". SunTze pun tunjuk sama macam tadi. Lepas itu dia pun keluarkan perintah,

"Cepat jalan!". Sekali lagi gundik-gundik lagi terhegeh-hegeh sambil berjalan dengan cara kegundikan mereka dan sekali lagi tidak bersifat macam tentera yang serius langsung. Maharaja yang duduk di atas pentas makin seronok berketawa bersama-sama para menteri dan pengiringnya.

SunTze pun mengarahkan pengawalnya untuk menarik keluar gundik yang paling cantik dan diminati Maharaja dari ramai-ramai gundik tersebut, lalu di suruh seorang pengawal lain untuk memancung kepalanya!

Lepas itu, SunTze pun berkata, "Mungkin tadi arahan saya masih kurang jelas. Sekarang saya akan tunjuk sekali lagi cara untuk berkawat" lalu SunTze menunjukkan bagi kali ketiga langkah-langkahnya.

"Cepat jalan!" Dengan pantas dan cukup teratur semua gundik pun berkawat tanpa melakukan apa jua kesilapan maupun terhegeh-hegeh macam dulu.

SunTze pun senyum dan menghadap kembali Maharaja, "Wahai Tuanku. Tentera tuanku sudah bersedia untuk pemeriksaan Tuanku!"

Maharaja yang sudah terperanjat itu, pun menjawab, "Eh, Beta sudah hilang selera. Takpelah, bubarkan saje pasukan itu".

Kisah ini betul-betul dilaksanakan oleh Mahathir dalam Operasi Lalang 1987 yang menangkap 107 rakyat Malaysia dari semua lapisan masyarakat tidak kira Umno ke tidak, Cina ke Melayu, Dato ke Ustaz ke atau orang biasa. Setiap lapisan ada wakil contoh gundik tercantiknya ditangkap tanpa notis dan secara tekejut padahal Mahathir sebelum itu agak diam dan tenang, dengan selamba mengeluarkan arahan dan nasihatnya. Selepas itu senyap semua, ada yang takut masuk balik negara pun ada.

(Masa itu saya berkerja dengan syarikat Khalid Samad, dan bersama dengan beliau di sebuah penempatan Petronas di Langkawi. Saya menghantarnya ke lapangan terbang untuk terbang balik ke Kuala Lumpur. Tidak lama kemudian saya dapat panggilan dari pejabat yang Khalid tidak sampai rumah. SB sudah kutip dia di Subang Airport. Malam itu kami tonton TV dan nampak namanya tersenarai dalam Operasi Lalang itu.)

Pada tahun 1997 ia berlaku sekali lagi. Cuma kali ini Mahathir menghadapi perang dari semua sayap. Ekonomi rantau terancam termasuk Malaysia. Serangan matawang merupakan yang paling dasyat kerana dirancang oleh kuasa Iluminati Zionis yang boleh menjatuhkan negara tanpa senjata-api tetapi bursa saham dan matawang secara sembunyi tangan.

Serangan teratur yang berlabelkan reformasi mula berlaku serentak dari dalam Umno. Ketua sayap Pemuda dan Wanita iaitu Abdul Rahim Thamby Chik dan Rafidah Aziz dijatuhkan oleh proksi Anwar. Laungan reformasi dimainkan dalam ceramah bukan dikampung tetapi diinstitusi pengajian tinggi, Dewan Bahasa & Pustaka, surat-khabar Berita Harian, Utusan Malaysia dan lain-lain. Anwar masa itu senyap dan tidak mengeluarkan kata-kata yang releven dan sifnifican untuk membantu maharajanya.

Pelbagai projek raksaksa Mahathir seperti KLCC, PutraJaya dan Proton mula terancam. Mesti berasa perit ditelan Mahathir yang dia walaupun sudah berada ditahta selama 17 tahun tetapi perjuangannya masih belum selesai. Macamana dia nak buat ni? Dia buka balik kitab SunTze lah.

"Apabila anda kuat, tunjuklah lemah". Itu yang Mahathir tunjuk. Seolah beliau lemah. Itu juga perlu kerana ingin melihat siapa sebenar musuh dalam selimut. Mesti dia mengarahkan SB untuk buka fail tertentu dan lengkapkannya.

"Serang musuh secara terkejut, dan secara mutktamad. Kasi final". Itu yang Mahathir lakukan dengan tiba-tiba melekatkan senarai semua kroni semua menteri di dalam dewan PWTC sebelum perhimpunan peringkat Pemuda UMNO. Mati stim Zahid Hamidi kerana nama dan kroninya pun ada. Bukan sikit, tetapi ramai. Mati stim juga Anwar apabila beliau bangun berucap dalam perhimpunan kemuncak sebelum Mahathir berucap secara mutlak dan muktamad.

Anwar dengan jelas hilang momentum yang begitu kuat sudah terbina sebelum ini dengan dibantu oleh kuasa dan suasana asing waktu itu. Suharto sudah jatuh dalam arus reformasi. Mengapa Mahathir tak lentur tetapi makin kuat pulak? Anwar tidak dapat mengeluarkan kerisnya untuk memberi tikaman maut kepada Mahathir dalam perhimpunan tersebut. Anwar cuma berpantun dan berhegeh-hegeh pulak dalam ucapan pentingnya. Anwar simpan balik semua keris.

Selepas Anwar selesai, giliran Mahathir pulak. Mahathir pun bermula lebih kurang begini, "Saya tidak pandai berpantun. Saya bukan pendidikan sastera. Saya doktor, saya tahu penyakit yang ada pada Melayu..." Sebiji-sebiji dengan selamba Mahathir tamatkan setiap keris yang mungkin bersedia untuk menikam beliau.

SunTze menasihati, "Apabila jelas siapa musuh, rancang betul-betul secara senyap dan serang mereka dengan muktamad. Walaupun mereka kalah dan minta ampun, pancung atau potong tangan kaki mereka supaya musuh awak lenyap dengan muktamad dan yang lain tak akan berani lawan awak lagi". Itulah yang diamalkan oleh Attila The Hun dari Barat Mongolia menuju Eropah. Tidak cukup orang menyerah. Hendaklah dicincang-cincang dengan dasyat seluruh kampung dan dilepaskan dua tiga survivor balik untuk cerita betapa dasyat dan punahnya untuk melawannya. Dengan itu mudah Attila mara sehingga ke Perancis.

Sebaik sahaja mengakhiri perhimpunannya dan kelihatan musuh sudah kucar-kacir, Mahathir memainkan kad-kadnya. Daim Zainuddin dibawa masuk balik dalam kabinet sebagai penasihat khas ekonomi. Barisan editor dua tiga media massa disuruh turun. Ada seekor yang cepat-cepat berlutut menangis meminta ampun. Dia pulak diampunkan. Itulah Melayu, kesiannnn.

Gabenor dan Timbalan Gabenor Bank Negara bersara awal. Zeti Akhbar mengambil alih. Abdul Kadir Jasin interbiu Mahathir yang mengumumkan langkah mengantung atau mengunci musuh penyerang matawang di pintu masuk Malaysia. Semua matawang ringgit akan dipulangkan dalam masa sebulan. Tidak lagi diperdagangkan dipasaran luar. Semua pembelian impot akan dibiayai secara barter trade dengan hasil ekspot. Kunci perdagangan pun selesai diletak tanpa boleh mana-mana penyerang Zionis samada menerusi sistem pembankan maupun sistem perdagangan.

Kuncu-kuncu Anwar mula panik. Mesyuarat tergempar kedengaran di kem Zahid. "Apa kita nak buat datuk? Apa akan jadi dengan bos kita Anwar?"

Anwar dipanggil masuk pejabat Mahathir. Agaknya fail-fail mengenai kes Anwar dikeluarkan. Dengan selambanya Mahathir bagi tahu Anwar, "Please resign. Or else".

Anwar dikatakan bertempik keras dan menghentak meja. Agaknya dia mengeluarkan semua hujah yang cuba mempertahankan dirinya. Segala taktik oratis dan senjata lisan yang dikenalinya sejak dari bangku sekolah dan mengelilingi dunia dikeluarkannya untuk mempertahankan diri. Selesai Anwar berucap, Mahathir pun berkata, "You are fired".

Surat pun dipersembahkan ke Yang diPertuan Agung untuk dimaklumkan tuanku tentang pemecatan tersebut. Itulah perogatif atau kuasa mutlak Perdana Menteri. Itulah undang-undang. Rukun negara kita sebut 'Kedaulatan Undang-undang'. Jika tak ikut, tak dapat gaji, pasal tak ade rang undang-undang bayar gaji jika bos sudah pecat.

Anwar pula terpaksa buka plan B iaiu merancang tindakbalas. Masa itu saya dapat panggilan dari kawan untuk turun ke Bukit Damansara tempat tinggal peribadi Anwar supaya berkumpul. Tetapi saya jawab kembali,

"Apa yang hang semua ni merancang, hahh? Demo ke? Berarak ke? Tahukah anda semua yang Mahathir tu sudah ada plan C ke Z? Jika awak keluar rumah, dia ada LSF. Jika awak berhimpun dia ada FRU. Jika awak mara, dia ada tentera. Ish! You orang adake segala jawapan berdepan dengan semua itu, hahhh?"

Saya terus rihat tidur kat rumah saya dan memerhati perjalanan politik buat beberapa hari sebelum baru turun padang untuk memeriksa keadaan aftermath.

Apa yang berlaku selepas itu sudah menjadi sejarah. Bagaimana betapa hebatnya krisis dalaman dan luar dapat Mahathir hadapi malah mengatasi dengan menyakinkan itu. Mahathirlah pemimpin peringkat dunia. Bill Clinton pun kalah. Wawasannya tepat dan akhirnya berjaya. Selepas itu dia pun merancang Plan B nya yang sebenar. Iaitu seperti cara British dahulu memberikan kemerdekaan supaya tidak disepak keluar sambil mengekalkan kuasa atau kunci dalaman. Yang kunci tersebut boleh dikeluarkan balik apabila perlu. Sekarang sudah tiba masanya.

Saturday, April 5, 2008

SULIT!!




Terjemahan:


Perdana Menteri,
Jabatan Perdana Menteri,
Blok Barat, Aras 3,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 Putrajaya,
Malaysia

------------ --------- ---- ------------ --------- ---- ------------ --------- -

SULIT

No Ruj: PM/Pers/AHO/ 01/121 Jld 1

Tarikh : 16 Ogos 1999

Yang Dihormati Encik Ehud Barak,

Pertama-tamanya bagi pihak UMNO, Barisan Nasional dan Kerajaan Malayisa dan juga bagi seluruh Rakyat Malaysia, Saya ingin menyatakan setinggi-tinggi tahniah dengan pemilihan tuan sebagai Perdana Menteri. Walaupun terlambat sedikit, kami mendoakan kejayaan tuan dalam kerjaya pada masa kini dan pada masa akan datang.

Sepertimana yang tuan sudah maklum, Menteri Luar saya, Encik Syed Abdul Hamid Albar akan menemani saya pada sessi yang seterusnya di Mesyuarat Agung Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu yang akan berlangsung di New York pada bulan September. Saya dengan tulus ikhlas berharap satu perjumpaan dapat diatur dengan Menteri sejawat dengannya iaitu Encik David Levy untuk membincangkan pengumpulan dana untuk parti saya bagi menghadapi pilihanraya umum di Malaysia. Saya percaya, melalui kecekapan dan kwibawaan pihak tuan, kita boleh berhubung dengan 'Tabung Clinton' untuk tujuan menghancurkan Perjuangan Para Pejuang Islam di Malaysia.

Adalah terlalu awal untuk menyatakan ini tetapi ingin saya menyatakan sekali lagi kesetiaan saya pada perjanjian yang telah ditandatangani dan dipersetujui pada tahun 1985 yakni pihak tentera US boleh menggunakan pengkalan tentera kami pada bila-bila masa sebagai balasan kepada bantuan kewangan ini. Adalah diharap agar pihak tuan dapat menyampaikan mesej ini kepada Yang Dihormati Puan Madeleine Albright.

Adalah menjadi satu harapan saya jika dapat membentuk pendekatan baru dalam menubuhkan perhubungan diplomatik dengan Tel-Aviv walaupun saya terpaksa meyakinkan anggota-anggota kabinet dalam kerajaan dan juga rakyat untuk mengelakkan wujudnya penentangan yang tidak diingini.Dengan ini, saya menghargai kerjasama dan harapan yang diberikan oleh Jabatan Negeri Amerika Syarikat.

Sekali lagi saya bagi pihak parti, mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan mendoakan kejayaan tuan.



Yang benar


tt. mahathir
............ ......


s.k. Duta Malaysia ke USA

Friday, April 4, 2008

Kekal Berkuasa: Jangan Lupa Taktik Mahathir!

Oleh Matkeri

 Apakah yang paling aku respek sekali pada mahadet ini selain daripada kebolehannya menipu dunia dengan mengatakan DSAI menumbuk matanya sendiri? Tidak lain dan tidak bukan ialah keupanyaannya mencipta musuh untuk meletakkan dirinya kelihatan sebagai hero.

Keupayaan ini sangat teserlah semasa dia menjadi pm dahulu. Israel, amerika, singapura, yahudi, pemimpin pembangkang, dan boleh kata semuanya dia buat musuh. Dia secara berani mengkritik sesiapa sahaja yang dirasakan sesuai untuk memberikannya milage sebagai seorang hero. Formulanya sangat senang; sesiapa sahaja yang rakyat rasa tak senang, ianya boleh "diserang" habis2an sehingga menimbulkan kebencian. Dengan menggunakan "agenda melayu" dan "survival", mahadet selama lebih 20 tahun memerintah tanpa segan silu menghalakan tembakan kepada sapa saja yang dia rasa perlu.dan bila rakyat sudah benci kepada musuh2nya, maka ianya boleh dipilih pada bila2 masa untuk "dilawan" dengan penuh sokongan.

Tak perlu sesiapa menyerangnya dahulu. Dia boleh bangun dan serang sehingga membuatkan orang yang diserangnya tertanya2 apa sudah jadi? Walaupun orang yang diserangnya lansung tidak ada kena mengena dalam urusan negara malaysia, ataupun agenda melayu, ataupun Islam, mahadet akan mencari seribu satu alasan untuk mengaitkan mereka. Dan rakyat malaysia, dan melayu khususnya akan melihat dia sebagai jaguh. Dia tidak pernah bersemuka dengan musuh2nya, tetapi cukpu sekadar baling batu sembunyi tangan. Jika tidak, dah lama disahutnya cabaran soros untuk berdebat isu "penyangak matawang".

Inilah yang aku respek pada mahadet. Boleh mem"perasan"kan dirinya pada bila2 masa dia suka!

Sekarang dia sekali lagi mula menjadi jaguh bangsa melayu dan parti ameno dengan melemparkan tuduhan dan serangan tanpa henti kepada mereka yang tak pernah menyerangnya. Dengan kekalahan teruk ameno dalam pru yang lalu, mahadet kelihatan "ketagih perasan" sekali lagi dengan cuba menjadi "hero umat". Tanpa segan silu, dia mengkritik secara terbuka tentang kepimpinan pak lah dan jugak mereka yang lemah di sekelilingnya. Malah melakukan lebih dari itu dengan menyebut nama dan juga membuat serangan peribadi. Sesuatu yang sangat sinonim dengan "jaguh bangsa melayu" ini.

Dan sebahagian kecil umat melayu sekonyong2 mengangkatnya menjadi hero dalam krisis pru kali ini. Walaupun dengan pandangannya yang tidak konsisten, sebahagian kecil ahli ameno yang projek2 mereka hidup di atas proksi mahadet masih dan terus merasakan bahawa mahadetlah jaguh dan hero yang patut di bawa masuk semula ke dalam ameno. Mungkin menjadi penasihat seumur hidup, sepertimana yang dibuat oleh negara yang sangat mereka benci, singapura.

Sekarang, ameno melihat musuh ciptaan mahadet yang terbaru, kj, sebagai satu entiti yang harus digempur habis2an. Bagi mereka apa yang dibicarakan mahadet adalah firman yang harus diikuti. Kj harus dihapuskan, dan paklah harus turun meletakkan jawatan. Inilah seruan mahadet, dan itulah yang dikokokkan bersama oleh penyokong2nya. Mahadet tidak pernah tersilap dalam mencari lawan. Siapa sahaja lawan yang mahadet cipta, itulah lawan mereka bersama.

Mereka akan terus segera melupakan siapakah punca kepada terbubarnya ameno pada tahun '88. Merka juga tak ingat siapakah yang menjahanamkan ameno sekali lagi pada tahun '99 bilamana MCA dan MIC menyelamatkan BN bilamana ameno di bawahnya mendapat undi tidak percaya paling teruk dalam sejarah malaya. Mungkin mereka tak pernah diboikot ceramah, dan disenyapkan mulut, atau ditangkap dan disumbat ke dalam lokap dek kerana berpendirian untuk menegur kerajaan, atau digelapkan dari media seperti yang telah, sedang, dan terus berlaku kepada pembangkang, tetapi mereka sangat bersetuju dengan apa yang telah dilakukan kepada mahadet adalah zalim walaupun kesemuanya tadi telah dilakukan dengan zalimnya oleh mahadet ke atas rakyat dimasa zaman pemerintahannya!

Yang membuatkan rakyat menolak ameno ialah kezaliman mahadet, yang membuatkan rakyat membenci BN adalah kronisme, nepotisme, dan korupsi yang disuburkan oleh mahadet. Yang membuatkan rakyat berpatah arang dengan kerajaan ialah kesombongan dan kebongkakannya menunding jari kepada orang lain untuk mengaburkan kesalahan sendiri!

Itulah yang menyebabkan mahadet tersungkur pada tahun '99 dan seterusnya terpaksa akur meletak jawatan beberapa tahun selepas itu. Bukan disebabkan ameno sayangkannya. Bukan disebabkan BN sangat2 kuat dan selesa untuk dia meninggalkan pejabat. Ianya tidak lain dan tidak bukan disebabkan oleh sikapnya yang boleh menjadikan pilihanraya 2004 sebagai pilihanraya terakhir untuk karier politik seluruh umat BN.

Ameno sangat tahu bahawa mahadet adalah liabiliti. Bn tahu dia merupakan masalah besar kepada sokongan rakyat. Malaysia tahu ia tidak boleh bergerak kehadapan dengan lebih terbuka di bawah pemerintahan autokratik mahadet, maka dengan itu mahadet dipaksa melepaskan jawatannya. Dalam pada masa yang sama dia mengambil jalan mudah untuk mencuci tangan dengan meletakkan pengganti yang lebih lemah hanya untuk dia dilihat sebagai pemimpin yang lebih hebat!

Mahadet tidak "perfect" seperti yang dipuja2 oleh penyokongnya. Mahadet terus2an mengatakan bahawa dia salah memilih anwar. Dia juga berkata salah memilih pak lah. Sekarang dia juga mengaku bahawa najib yang diangkat2nya dahulu juga bukan pilihannya lagi. Tetapi penyokong2nya tetap melihat mahadet sebagai seorang negarawan yang hebat, yang berfikiran jauh ke hadapan, dan manusia yang bijak.

Dan kenyataan itu mestilah timbul daripada perbandingan yang dibuat oleh penyokong2 mahadet. Dan aku mungkin bersetuju dengan pandangan penyokong2 mahadet sebab memang benar mahadet hebat, berfikiran jauh, dan bijak - dibandingkan dengan mereka. Jika tidak, masakan boleh ditipunya mereka ini hidup2?

Cuma "mereka" yang tinggal sekarang ini dah boleh dikira dengan jari. Dan kalau "mereka" ini hendak kelihatan bijak, berfikiran jauh dan hebat semula, mungkin mereka boleh menggunakan formula mencipta musuh baru untuk diangkat sebagai hero semula oleh rakyat. Mereka boleh memilih mahadet.

Kerana, sepertimana israel, amerika, dan KJ, rakyat juga telah lama membencinya.

Matkeri
Http://www.jahilgoblog.net