Pengumuman

Thursday, May 22, 2008

Selamatkan Kerajaan BN - Pilihanraya Semula?

Harakahdaily

Wan Nordin Wan Yaacob

Thu | May 22, 08 | 10:12:26 am MYT

KUALA LUMPUR, 22 Mei (Hrkh) - Krisis perbalahan elit Umno sudah sampai ke tahap yang akan melimpah ke peringkat bawahan yang menyebabkan Umno hilang fokus dan kredibiliti untuk menjadi tunggak kerajaan Barisan Nasional.

Demikian kata Setiausaha Agung Parti Keadilan Rakyat (KeADILan), Dato' Salehuddin Hashim berhubung isu tindakan bekas Presiden Umno, Tun DR Mahathir Mohamad keluar Umno dua hari lalu.

Menurut Salehudin, sungguh aneh melihat mereka yang kononnya sedang sibuk memupuk perpaduan Melayu, hari ini memulakan langkah yang akan memecah-belahkan bangsa dan negara.

"Umno sudah hilang kewibawaan untuk memperkatakan apapun mengenai perpaduan.

"Langkah Tun Mahathir adalah reaksi beliau berikutan keputusan kerajaan untuk menyiasat semua yang terlibat dalam skandal video VK Lingam," dakwanya.

Justeri baginya, rakyat diingatkan agar berhati-hati dan menolak sebarang tindakan mereka yang tersepit untuk menjejaskan keselamatan negara dengan mengapi-apikan sentimen perkauman sempit.

Sementara itu Ahli majlis Tertinggi Umno, Dato' Shahrir Samad, yang juga Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna dalam satu kenyataannya berkata, keputusan Dr Mahathir amat mengejutkan.

Keputusan itu juga katanya mungkin mendorong ramai lagi turut meletakkan jawatan dan sekaligus mungkin memaksa Perdana Menteri, Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi mengadakan pilihan raya umum baru.

Keputusan Dr Mahathir itu, boleh mengakibatkan situasi di mana ramai ahli Parlimen Umno mungkin turut meletakkan jawatan, katanya.

Jika itu berlaku, Shahrir yang juga ahli Parlimen Johor Bahru melihat, kerajaan tidak mempunyai pilihan, kecuali menubuhkan sebuah kerajaan baru atau mengadakan pilihan raya umum baru.

Dalam komentarnya yang disiarkan dalam agensi berita AFP, Shahrir berkata, perkembangan tersebut pastinya tidak membantu keadaan dalam Umno sekarang,

Lebih-lebih lagi ketika pemimpin pembangkang, Dato' Seri Anwar mengatakan beliau boleh menarik ahli parlimen BN melompat parti, kata Shahrir.

Perkembangan tersebut boleh mengurangkan jumlah ahli parlimen Umno yang menjadi parti memerintah sekarang, katanya.

HJ - Begitu bernafsu sekali Tun Dr. Mahathir (TDM) untuk kononnya menyelamatkan UMNO sedangkan beliau sendiri telah menegaskan dalam banyak ucapan-ucapannya bahawa selagi kepimpinan tidak ditukar, UMNO tidak akan dapat dipulihkan. Persoalannya, kepimpinan tu apa? Pak Lah sorang-sorang ke? Atau seluruh bala tentera general-general UMNO yang telah terkenal di seluruh dunia sebagai kaki rasuah tu? Kalaulah Pak Lah berundur, apakah Najib boleh menggantikan beliau sedangkan kes Najib yang sangat besar setelah didakwa terlibat meletupkan Altantuya masih belum selesai? Malah ianya semakin jelas dengan pendedahan yang berani oleh RPK. Kalaulah saranan TDM tu diikuti, apakah cadangan TDM untuk menggantikan kepimpinan itu sedangkan semasa di zamannyalah rasuah, penyalahgunaan kuasa, kezaliman (sehingga beliau digelar maha zalim), nepotisme dan kronisme telah berlaku dengan dahsyat! Kalau beliau tidak letak jawatan masa tu, nescaya apa yang berlaku hari ini adalah di bawah kepimpinan TDM, bukan Pak Lah! Sedarlah yang korup sekarang adalah UMNO kerana sistemnya, bukan pemimpinnya semata-mata.

Wahai rakyat Malaysia yang ku kasihi, sedarlah...telah tibanya masanya ketuanan Melayu dinobatkan dengan cara menyokong perjuangan Islam. Dengan Islam, anda akan dilayan seadil-adilnya. Jika Islam memerintah, tidak akan ada pemimpin yang akan membolot kekayaan malah rakyatlah yang akan membolot kekayaan. Islam memerintah bukab PAS yang untung, atau PR yang untung, tetapi rakyatlah yang untung. Tidak cukupkah anda melihat kezaliman yang berlaku ini? Belum sampai hidayahkah untuk anda memberikan sokongan kepada perjuangan Islam. Tidakkah anda meyakini bahawa semuanya ini akan menjadi saksi di akhirat?



No comments: