Pengumuman

Tuesday, April 22, 2008

Inikah PM Malaysia Yang Jadi Imam Itu?

Oleh: HJ

Sebanyak-banyak gambar yang memualkan dan mengganggu fikiran saya tentang pemimpin ini adalah gambar di atas. Gambar ini saya copy dari blog No2umno. Cuba anda lihat pakaian Datuk Michelle Yeoh tu. Apakah wajar PM bermesra dengan beliau seperti sepasang kekasih? Cuba lihat bagaimana gelagat mereka. Apakah seorang pemimpin utama negara Melayu Islam boleh bertabiat seperti itu? Ini BUKAN BUDAYA KITA!! Bagaimanakah perasaan anda jika saya meletakkan gambar anda di situ sedangkan anda seorang imam dan anak ulama'? Walaupun ramai di kalangan kita yang melihat perkara itu perkara biasa, kerana faktor budaya, suasana dan iman seseorang, namun bagi saya ia sangat menjijikkan. Lebih-lebih lagi kerana saya banyak melihat posting-posting tentang mereka berdua.

Cukuplah rakyat dipermain-mainkan untuk menutupi nafsu rakus pemimpin sepertinya. Rakuskan harta dunia, rakuskan pangkat dan rakuskan nafsu syahwat! Kenapa harus bersenda gurau dengan perempuan ini sedangkan ramai lagi hadirin dalam majlis itu.

No comments: