Sinar Harian -23, Apr 2008
Manusia tertua sambut hari jadi ke-115
LOS ANGELES -Rakyat Amerika Syarikat Edna Parker, manusia yang dikenali sebagai tertua di dunia, meraikan hari lahirnya yang ke 115 kelmarin. Pencapaian beliau diiktiraf oleh Buku Rekod Dunia Guinness Ogos lalu selepas kematian seorang wanita Jepun yang empat bulan lebih tua darinya. Terdapat hanya 75 orang yang hidup 110 tahun dan ke atas dan 64 daripadanya ialah wanita dan 11 orang lagi adalah lelaki, menurut Kumpulan Kajian Gerontologi, sebuah organisasi berpangkalan di California yang mengesahkan laporan mengenai lanjutan umur.
HJ - Lihatlah rakyat Malaysia khasnya penyokong-penyokong BN/UMNO yang 'tidak melihat kebenaran', bagaimana dalam PRU12 baru-baru ini terbukti begitu ramai pengundi yang berumur lebih 120 tahun. Mengapa tidak termasuk ke dalam buku rekod dunia? Sedihnya pendedahan ini tidak membuka hati-hati yang dah mati...
No comments:
Post a Comment