Pengumuman

Tuesday, April 22, 2008

Malaysia yang menggelikan hati : BPR Akan Jadi Badan Bebas

Oleh: HJ

Semalam (21 April 2008) dalam laporan Bernama, Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi meneruskan kempen reformasinya dengan mengumumkan Badan Pencegah Rasuah (BPR) akan menjadi sebuah badan bebas. Beliau bercakap demikian dalam sidang media selepas menyampaikan ucap utama pada Dialog Intergriti Asean. Baca lagi...

Bukankah ini berita yang sangat melucukan? Rakyat Malaysia telah sekian lama tertipu dengan mainan dan sandiwara pemimpin-pemimpin UMNO/BN dalam kerajaan. Ini membuktikan bahawa selama ini badan yang menjaga dan memerhatikan agar penimpin-pemimpin kerajaan tidak rasuah adalah tidak bebas!! Berapa banyak rasuah yang telah mengkayakan pemimpin-pemimpin UMNO/BN selama ini? Bagaimana kekayaan Tun Daim Zainuddin diperolehi, DS Rafidah Aziz melalui AP-nya, Khairy Jamaluddin (menantu PM), Kamaluddin Abdullah (anak PM), DS Khir Toyo, Pegawai-pegawai tinggi pasukan polis, DS Najib dengan kapal selam Scorpene-nya, PM sendiri dengan isu jet dan kapal layar 'Turki'-nya dan terlalu panjang senarainya kalau nak disenaraikan. Kalau selama ini pembangkang seperti PAS dan PKR yang bermati-matian mendedahkan perihal rasuah dan BPR yang tidak bebas, kini semuanya telah dibuktikan bahawa BPR memang tidak bebas.

Dengan pengumuman itu, harapan baru kepada rakyat Malaysia, agar ianya bukan hanya kerana tujuan politik malah ianya benar-benar dilaksanakan. Apabila dilaksanakan kelak, rakyat Malaysia mendesak agar buka semua fail-fail yang telah dilaporkan dahulu dan dakwa semua 'jerung-jerung' yang rasuah selama ini. Bersihkan mereka di mahkamah. Biar mereka buktikan bagaimana mereka laburkan elaun tetap sebagai wakil rakyat itu sehingga menjadi berjuta-juta. Biar rakyat tengok betapa pandainya pemimpin-pemimpin mereka melaburkan duit untuk rakyat ikuti agar tidak ada lagi rakyat Malaysia yang miskin dam merempat.

Sedikit demi sedikit mereka membongkarkan pekung mereka sendiri. Kini kita nak tengok bagaimana cerdiknya rakyat Malaysia memilih pemimpin mereka dalam pilihanraya akan datang...

No comments: