Pengumuman

Wednesday, April 16, 2008

Terbongkar : Lihatlah Siapa Yang Akan Membunuh MAS Dan KLIA

Oleh: Little Bird
(Translated Letter)

28 Februari 2008

Kawan-kawan, saya mengetahui sesuatu tentang apa yang sebenarnya berlaku dalam pentadbiran Abdullah Badawi. Hari ini saya mendapati bahawa ianya bukan sekadar berita angin, tapi ianya sudah jadi berita panas. Anda mungkin perlu tekan butang ‘eject’ selepas mendengar berita ini.

Pertamanya, pemegang saham melibatkan Kamaluddin bin Abdullah Badawi, Kalimullah Maseerul Hassan, Khairy Jamaluddin, Tony Fernandez, dll. Kita semua tahu tentang kejayaan Air Asia yang kita sangka merupaka cerita “Dari Kemiskinan ke Mercu Kejayaan”, tetapi rupa-rupanya ia adalah sebuah kisah rahsia tentang Si Kaya.

Apabila MAS memasuki fasa penstrukturan semula kira-kira 3 tahun yang lalu, Air Asia, melalui Tony Fernandez masuk dengan pantas.

Sebelum kita pergi jauh, kita mesti bertanya mengapa MAS perlu melakukan penstrukturan semula? Ini merupakan satu kisah yang lain, tetapi perlu diingat bahawa adik Abdullah Badawi, Ibrahim, adalah pemilik syarikat katering (Skychef?) yang membekalkan air mineral dengan harga RM35 sebotol kepada MAS. Dengan harga yang sebegitu tinggi, pastilah MAS perlukan penstrukturan semula.

Apapun, Air Asia telah melangkah masuk dan mendesak kerajaan agar membuat pengagihan bagi laluan penerbangan domestik di
Malaysia. Air Asia meminta penerbangan untuk Sabah dan Sarawak dan MAS untuk penerbangan di Semenanjung. Ia telah menerima bantahan, tetapi kehendaknya telah diluluskan. Kelulusan itu bukan sekadar nasib, ia adalah kerana Zaki, seorang ‘budak’ di tingkat empat Jabatan Perdana Menteri yang membantu Air Asia untuk merealisasikan impiannya.

Apabila MAS telah kehilangan hak untuk penerbangan sudah tentulah kakitangannya kehilangan pekerjaan. Jadi MAS terpaksa membuat penyusunan semula kakitangannya dan terpaksa memberikan VSS kepada sebahagian mereka. MAS telah menuntut kepada Air Asia untuk bertanggungjawab kepada keadaan ini. Semua orang bersetuju agar kerajaan dan Air Asia melakukan pembayaran kepada MAS. Tetapi Air Asia tidak melakukan pembayaran walau sesen pun! Akhirnya kerajaan (err...anda dan sayalah, Encik Pembayar Cukai) telah membayar gantirugi kepada MAS dengan jumlah gantirugi antara yang tertinggi dalam sejarah!!

Setelah setahun, Air Asia mendapati penerbangan
Sabah dan Sarawak tidak menguntungkan dan mereka memang tak akan mendapat keuntungan daripadanya. Air Asia memberitahu pemimpin kerajaan BN, mereka akan mengembalikan laluan penerbangan Sabah dan Sarawak kepada MAS. MAS telah membantah, tetapi pemimpin kerajaan BN telah meluluskannya dengan kuasa yang ada. Maka berlakulah majlis penyerahan semula itu yang dilakukan di atas kapal terbang.

Semasa mereka mengambil-alih penerbangan Sabah dan Sarawak, Air Asia telah mengambil 7 buah kapal terbang daripada MAS dalam keadaan yang ‘sempurna’ (MAS mempunyai rekod keselamatan antara yang terbaik di dunia). Walau bagaimanapun, semasa Air Asia mengembalikan semula kapal terbang tersebut, hanya satu saja yang boleh digunakan sedangkan 6 lagi tidak sesuai diterbangkan dan tidak boleh terbang lagi!

Rupa-rupanya, Air Asia telah mengambil bahagian-bahagian tertentu dari keenam-enam buah kapal terbang tersebut untuk digantikan ke dalam kapal terbang yang satu lagi itu bagi membolehkan ianya terbang. Sekali lagi ia telah dibantah oleh MAS tetapi pemimpin kerajaan BN meluluskannya dengan menyalahgunakan kuasa. Ia telah menyebabkan MAS terpaksa membelanjakan lebih dari RM 50 juta untuk membaiki kerosakan agar semua kapal terbang itu boleh terbang semula. Ini merupakan subsidi terus yang diberikan kepada Air Asia oleh kerajaan Abdullah Badawi.

Kemudian, Air Asia mula mengimpikan perjalanan KL-Singapura. Kisah ini benar-benar menyebabkan anda tersentak. Kali ini mereka menggunakan cara yang agak jauh. Mereka menyatakan bahawa mereka ingin melakukan penerbangan antarabangsa. Mereka telah melakukannya sebelum ini tetapi ianya agak sukar. Mereka melihat bahawa sektor penerbangan KL-Singapura telah menghasilkan keuntungan RM40 juta kepada MAS, jadi Air Asia sangat-sangat menginginkannya. Kali ini bukan Zaki, Abdullah Badawi, Khairy, Kalimullah atau Kamaluddin dapat menjadikan impian mereka menjadi kenyataan.

Jadi mereka membuat permintaan.. Kali ini ia menjadi kenyataan.. Kita lihat bagaimana mereka melakukannya. Air
Asia telah berjaya masuk ke dalam mesyuarat kabinet pertama yang membincangkan tentang sektor penerbangan KL-Singapura ketika Abdullah Badawi bercuti ke luar negara. Najib telah mempengerusikan mesyuarat.. Namun permohonan Air Asia telah ditolak.

Permohonan tersebut ditolak kerana 2 sebab utama:

i. Menjelang 2009 seluruh negara-negara ASEAN akan menjadi laluan udara terbuka. Penerbangan boleh dilakukan ke seluruh bandar-bandar di ASEAN tanpa sekatan. Jadi, apa perlunya membuka laluan berganda KL-Singapura?

ii. Jika budget penerbangan dibenarkan antara KL-Singapura, KLIA akan mati dengan sendirinya. KLIA akan menjadi lapangan terbang ‘feeder’ untuk lapangan terbang Changi di Singapura. Orang-ramai akan terbang ke Singapura dan melalui Singapura, mereka akan terbang ke seluruh dunia. MAS akan mati dengan sendirinya. Jadi, permohonan itu telah ditolak.

Kemudian Abdullah Badawi balik dari percutian. Dia telah meminta Tengku Adnan Menteri Pelancongan, untuk menyiapkan kerta-kerja tentang pelancongan yang menghubungkan MAS, Air Asia, SIA, dll,untuk para pelancong mendarat.. Dalam mesyuarat berikutnya yang dipengerusikan oleh Abdullah Badawi, dia telah meminta Tengku Adnan membentangkan ‘kertas-kerja kabinet’ tersebut.

Dari sumber dalaman menyatakan bahawa kertas-kerja tersebut telah keluar dari agenda, ia mengejutkan setiap orang. Tetapi Si Dungu itu telah meluluskan kertas-kerja tersebut. Air
Asia telah berjaya lagi dan Tengku Adnan telah diberikan semula kerusi Parlimen Putrajaya.

Sekarang, kita lihat di sinilah pembunuhannya. Sebaik sahaja Air Asia memulakan sektor penerbangan KL-Singapura, mereka mula memberikan sebanyak 300,000 tiket percuma, tiket 5 sen dan semua bentuk gimik. Singapura adalah dipercayai telah memberikan subsidi untuk semua kerja yang berharga itu.

Kepada SIA, kerugian RM40 juta (S$17 juta) dari sektor penerbangan KL-Singapura adalah kecil nilainya kerana balasannya, Air Asia telah memberikan puluhan ribu penumpang kepada Singapura dari KL ke Changi. Air
Asia akan menyediakan bas dengan tiket RM19 dari KL ke KLIA. Dari KLIA, penumpang akan terbang ke Changi hampir-hampir secara percuma.. Dari Changi para penumpang akan melakukan penerbangan ke seluruh dunia.

Kali ini Air Asia sedang membuat satu lagi permintaan – mereka ingin melakukan penerbangan terus dari Kuching, KK, P. Pinang, Alor Setar, Kota Bharu, dll ke Changi. Itu semua akan mendapat subsidi dri Singapura. KLIA akan merosot dan mati kemudiannya. MAS tentunya akan mati lebih awal lagi.

Inilah rupa-rupanya apa yang sebenarnya terjadi dalam kisah “Dari Kemiskinan ke Mercu Kejayaan” yang dicipta oleh Air Asia yang mana kita semua ingat bahawa Tony Fernandez adalah seorang yang hebat di sebalik kejayaan Air Asia. Pemegang saham Air Asia (samada secara langsung atau tidak langsung, melalui proksi dsb.) adalah termasuk Kamaluddin bin Abdullah Badawi, Kalimullah Maseerul Hassan, Khairy Jamaluddin, Tony Fernandez, dll.

Ya, kita percaya akan pertandingan dalam dunia terbuka, namun kawan-kawan Malaysiaku, inilah PM, anaknya, menantunya dan kroni-kroni mereka. Bagaimana mereka boleh menjual negara mereka sendiri? Tetapi inilah yang telah mereka lakukan.

Kawan-kawan, marilah barsama-sama, pada 8 Mac 2008 kita semua melakukan perubahan. Kita semua tekan butang ‘eject’ dan keluar dari kapal terbangnya sebelum ia musnah. Jangan berikan mereka walau satupun payung terjun yang membolehkan mereka menyelamatkan diri!!!

Lim Eng Ban

Email dari:

Professor Mohamed Zain
Professor of Technology & Strategic Management
College of Business & Economics

University of Qatar
P O Box 2713, Doha, QATAR

Tel:
From
USA: +950 4925202
From elsewhere: +974 5737941 (mobile# in
Qatar)

No comments: