Hang Jawa - Patutkah UMNO membenarkan kewujudan 'kerajaan dalam kerajaan' seperti ini? Dengan adanya JKKK di bawah Jabatan Pembangunan Persekutuan (JPP), ini bermakna Kerajaan UMNO Pusat tidak mengiktiraf kerajaan negeri yang juga merupakan sebahagian daripada kerajaan Malaysia. Cuba kamu jawab, duit peruntukan untuk JKKK Persekutuan itu ambik dari mana? Duit dari UMNO? Bukankah kamu mengambilnya dari duit kerajaan yang diterima dari semua rakyat Malaysia? Mengapa kamu senang-senang mengagihkannya kepada ahli-ahli UMNO melalui JKKK itu seolah-olah wang itu hasil dari simpanan bapak-bapak kamu dalam UMNO? Bukankah ini satu lagi bentuk penyalahgunaan wang kerajaan yang jelas salah di sisi hukum dan undang-undang?
Kepada para JKKK semua, tidakkah kamu merasa malu untuk menerima jawatan itu? Tidak adakah di antara kamu yang celik dan faham tentang perkara asas sebuah kerajaan? Iaitu wang kerajaan adalah hasil dari rakyat, ianya adalah untuk rakyat tidak kira mereka UMNO ke PAS ke siapa ke. Kerajaan yang menang dalam pilihanraya hanyalah sebagai pengurus. Selepas menang menjadi kerajaan, maka pimpinan kerajaan bukan lagi pimpinan parti. Mereka perlu melayan rakyat secara sama-rata. Harta kerajaan bukan harta kamu, wang kerajaan bukan wang kamu, pembangunan yang dibuat oleh kerajaan bukan pembangunan UMNO. Apakah semudah inipun kamu tak faham?
Kewujudan kamu tentunya hanya akan memecah-belahkan masyarakat. Sudahlah selama ini kamu sentiasa menganak-tirikan rakyat yang juga merupakan saudara-saudara kamu dan rakyat Malaysia yang sah. Kini, kamu teruskan perbuatan hodoh dan hipokrit kamu dengan terus merompak duit rakyat untuk kepentingan kuasa kamu yang telah ditolak oleh rakyat. Sedarlah... mengapa kamu mahu ikut lagi pemimpin UMNO yang dah rosak itu? Kelak, di akhirat, kamu akan tanggung semuanya di hadapan Allah SWT.
Semua JKKK Kedah diarah lepas jawatanALOR STAR 2 April – Kesemua 1,938 ahli UMNO yang memegang jawatan dalam Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) dan juga ahli dalam pihak berkuasa tempatan (PBT) di negeri ini telah diarah melepaskan jawatan ekoran kekalahan Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya umum 8 Mac lalu.
Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata, peletakan jawatan itu diputuskan pada mesyuarat perhubungan UMNO Negeri malam tadi dan ia berkuatkuasa semalam.
Ekoran peletakan jawatan tersebut, katanya, kesemua yang terlibat telah dilantik untuk memegang jawatan dalam JKKK Persekutuan yang baru dibentuk di negeri ini.
‘‘Kesemua mereka yang memegang jawatan bagi tempoh dua tahun iaitu 2007 dan 2008 telah melepaskan jawatan masing-masing untuk memudahkan kerajaan campuran Pas dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) melantik JKKK mereka sendiri.
‘‘Bagaimanapun, selepas ditauliahkan sebagai JKKK Persekutuan, mereka akan memulakan tugas seperti biasa iaitu memberikan perkhidmatan kepada masyarakat di kampung masing-masing dengan dibayar elaun yang sama seperti diterima sebelum ini oleh pihak Jabatan Pembangunan Persekutuan (JPP),” katanya. Berita seterusnya.
No comments:
Post a Comment