Pengumuman

Thursday, March 27, 2008

Mana Nak Pergi Setelah Hilang Gelaran Datuk?

Orang Melayu terkenal dengan budi bahasa dan adab kesopanan. Kalau mereka malu, mereka sanggup lari atau bunuh diri.

Bagi seorang pemimpin, mereka sanggup tinggalkan kemewahan, anak isteri dan lari masuk ke dalam hutan.

Tapi berbeza dengan UMNO, sebuah parti politik yang telah banyak menghakis sifat kesopanan dan budi bahasa orang Melayu, ia tak ada perasaan malu seperti orang Melayu. Sebab itu nama diapun tak tukar kepada PKMB (Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu). Jadi dengan mengekalkan nama macam orang putih tu lama-lama perangai pemimpin dan pendokong dia pun dah macam orang putih yang tak ada perasaan malu. Tengoklah perangai orang putih, depan-depan kita dia cium kekasih dia, depan khalayak ramai dia pakai coli dan seluar dalam saja.

Walau bagaimanapun bagusnya orang putih ni, kalau pasal amanah, tanggungjawab, janji dan yang melibatkan orang ramai ni cukup bagus. Mereka pegang betul-betul, 'ikut buku'. Mereka cukup malu kalau mereka rasuah, pecah amanah, bohong dsb. Berbeza dengan sikap UMNO. Dari segi ni tak ada rasa malu dari segi ini.

Dari bermulanya pemilihan calon, mereka dah tak malu untuk minta jawatan. Sanggup buat demonstrasi tunjuk pada masyarakat yang mereka ni rakus. Lepas tu bila dah menang sanggup menderhaka pada sultan demi mendapatkan jawatan dan menjaga 'rahsia' besar dari terbongkar.

Kini pemimpin utama UMNO dah ditarik balik gelaran Datuk mereka. Saya yang tak ada kena mengena dengan merekapun terasa malunya... kat mana nak sorok muka yang selama ini terpampang di merata-rata tempat sehingga kucing, anjing dan binatang ternakanpun agaknya kenal dengan Mat Deris ni. Dulu bergelar Datuk Seri, kini orang akan panggil En. Idris je... aduh...guane gamok? Rosol pula, kononnya nak menonjolkan diri dengan menjadi juara mendokong Pak Lah. Mana tahu kot-kot boleh naik nama jadi Naib Presiden UMNO. Malangnya kerakusannya itu sampai membutakan mereka bahawa Pak Lah yang telah memberi 'rezeki' kepada mereka selama ini sebenarnya telah kehilangan taring dan pendapatnya telah tidak relevan lagi. Ikut pendapatnya, akibatnya padah. Kini bolehlah kita dengar orang akan panggil mereka dengan YB En. Idris Jusoh dan YB En. Rosol Wahid... Mana nak letak muka.

Tapi mengikut perkiraan politik, muka tak tau malu ini akan buat sesuatu dalam sidang DUN pertama Terengganu demi menyelamatkan maruah dan karier politik mereka. Mungkin juga ingin menyelamatkan perut dan rasuah mereka daripada Mat Said yang terkenal lebih gedebe! Tapi saya rasa, dewan tak akan bubar. Kita dah kenal benar dengan orang UMNO ni... Nak harapkan kesetiaan? Jangan haraplah...

Tunggu episod seterusnya...

Monday, March 24, 2008

Tangkap Idris dan ADUN subahat, bubar dewan.

Tidak ada cara lain untuk mengembalikan kedaulatan perlembagaan negara dan institusi kesultanan Melayu. Kemelut politik UMNO yang rakuskan kuasa dan menjaga kepentingan diri yang keterlaluan kini telah terlalu jauh melibatkan istana. Jika ianya berterusan, ia akan mengundang padah jika apa yang berlaku akan menjadi pencetus kepada berlakunya lebih banyak penderhakaan yang akhirnya Malaysia berada dalam bahaya. Ini isu keselamatan negara. Polis perlu bertindak segera!

Dalang di sebalik drama ini adalah Pak Lah. Beliau yang yang secara langsung mencetuskan suasana ini. Beliau yang sepatutnya boleh menyelesaikan kemelut ini dengan hanya sepotong ayat kepada Idris, tetapi beliau gagal lakukannya malah merestui tindakan Idris agar derhaka kepada sultan.

Apakah dengan cara ini akan selesai masalah? Jika tuntuta Idris berjaya, apakah pilihanraya ke 13 akan berpihak kepada BN sedangkan kemarahan rakyat sedang membara ketika ini. Bukankah tindakan ini hanya mengundang bala kepada UMNO/BN Terengganu? Sekiranya pemboikotan diteruskan, sidang dewan pertama menjadi medan undi tidak percaya, MB mana akan dilantik dengan turunnya Ahmad dalam keadaan 23 ADUN yang lain telah derhaka? Apakah menasabah sultan akan melantik salah seorang daripadanya? Ianya hanya akan berjaya kalau Ahmad berjaya menubuhkan kerajaan dengan menarik beberapa ADUN lain yang dapat bekerjasama dengannya dan membentuk kerajaan minoriti dengan PAS. Ini tidak mustahil kerana PAS sentiasa bersikap terbuka. Namun, siapakah di antara ADUN yang sanggup dipecat dari UMNO kerana menolong Ahmad?

Jadi, jalan yang terbaik hanyalah membubarkan dewan untuk pilihanraya semula di Terengganu. Semua penderhaka di Terengganu ini perlu ditangkap dan dihukum dengan hukuman yang setimpal. Hanya ini yang akan mengelakkan penderhakaan kepada sultan dari berulang yang pastinya akan menjejaskan keselamatan negara.

Konspirasi Pak Lah, Patrick, Wan Farid Dan Wan Hisham

Sejak pertengahan tahun 1970an, Terengganu telah menikmati wang royalti sebanyak 5% terhadap sumber minyak dan gas yang disedut keluar dari bumi Terengganu. Ini berdasarkan apa yang terkandung di bawah Akta Pembangunan Petroleum. Sememangnya, bukan sahaja Terengganu, mana-mana negeri yang mempunyai sumber minyak akan mendapat royalti yang sama.

Bagaimanapun, pada tahun 2000, royalti ini telah ditarik dan dijadikan Wang Ehsan. Tidak semena-mena, sejumlah wang RM800 juta setahun yang sepatutnya diperolehi oleh Terengganu sebagai syer sebanyak 5% daripada pendapatan minyak dan gasnya telah ditarik keluar dari bumi Terengganu dan dibolot oleh seorang manusia, iaitu Idris Jusoh.

Malaysia pada ketika itu diserang wabak JE. Tetapi di Terengganu JEnya adalah berbeza, iaitu Jusoh Enterprise atau Perniagaan Idris Jusoh dan keluarga. Jusoh Enterprise or JE tiba-tiba mendapat durian runtuh, lebih tepatnya sebanyak RM800 juta pitih. Selepas itu, pada tahun 2004, UMNO, di bawah kepimpinan Abdullah Ahmad Badawi memenangi semula Terengganu dari tangan PAS. Tetapi, kerajaan negeri tidak mendapat balik wang royalti tersebut. Wang Ehsan diteruskan dan Idris Jusoh yang kini bergelar Menteri Besar, terus secara berseorangan menguruskan dana tersebut. Sehingga State Economy Develepment Corporation (SEDC) dan Unit Perancang Ekonomi Negeri Terengganu (UPENT) pun terpinga-pinga dalam gelap. Hanya seorang manusia yang bernama Idris Jusoh sahaja memutuskan bagaimana hendak membelanjakan wang tersebut yang sangat besar jumlahnya.

Tetapi Perdana Menteri, Abdullah Ahmad Badawi tidak boleh bertolak ansur dengan seorang manusia yang menguasai kekayaan negeri itu. Beliau mahu supaya Idris menyerahkan wang RM800 juta setahun itu. Bagaimanapun, untuk mengembalikan semula royalty 5% bermakna menyerahkan wang tersebut kepada kerajaan negeri. Ini tentunya tidak menepati tujuannyanya. Mereka mahu menguasai wang itu secara langsung. Sekarang duit itu di bawah kuasa Jabatan Perdana Menteri tetapi diserahkan ke tangan Idris Jusoh. Apa yang perlu mereka lakukan ialah menghalang wang tersebut jatuh ke tangan Idris Jusoh.

Lalu, muncullah Khairy Jamaluddin, penasihat merangkap menantu Pak Lah yang mengemukakan satu “konsep payung” yang lebih baik daripada konsep yang digunakan oleh Mahathir. Mereka ingin menguasai wang RM800 juta setahun itu. Tetapi mereka tidak mahu mengambilnya daripada tangan Idris Jusoh dan menyerahkannya kepada Kerajaan Negeri. Itu seumpama mengeluarkan daripada mulut buaya dan dimasukkan ke mulut harimau. Mereka mahu kawalan secara langsung ke atas wang tersebut tanpa memberi kesempatan kepada Idris untuk membuat keputusan bagaimana wang itu harus dibelanjakan.

Dan inilah cara yang mereka lakukan. Pertama, mereka melantik Wan Farid, pencacai Khairy sebagai Setiausaha Politik Abdullah. Seterusnya mereka melantik Wan Hisham, adik Wan Farid sebagi Ahli Exco Negeri yang mengetuai Sektor Pelancongan. Kemudian mereka memberikan semua projek yang berkaitan dengan pelancongan kepada Patrick Lim, rakan kongsi niaga Khairy. Sekarang satu rangkain yang sangat kukuh terlaksana dan tangan Idris Jusoh telah terpotong.

Tugas Patrick Lim adalah mencipta projek-projek pelancongan yang menelan belanja yang sangat besar. Dia kemudiannya mencadangkan projek-projek in kepada Wan Hisham, orang yang bertanggungjawab dalam soal pelancongan. Wan Hisham kemudiannya menyerahkan projek ini kepada abangnya Wan Farid sebelum diserahkan kepada Khairy akhirnya. Idris Jusoh tentunya tidak mengetahui apa-apa sehingga projek itu Berjaya dilaksanakan. Umpama peribahasa, nasi sudah menjadi bubur.

Mereka membina 30 buah rumah di atas pulau di Sungai Terengganu dengan kos RM1 juta setiap satu. Mereka melancarkan Perlumbaan Perahu Layar yang dipanggil Monsoon Cup yang menelan belanja RM300 juta setahun. Beratus-ratus juta dibazirkan setiap tahun untuk menarik pelancong ke Terengganu. Nampaknya pada tahun itu jumlah Wang Ehsan yang dibelanjakan melonjak dari RM800 juta kepada RM1 billion – nampaknya ada lebih banyak wang yang boleh dibelanjakan.

Untuk memastikan Idris Jusoh tidak dapat menguasai wang tersebut, Pak Lah sendiri mempengerusikan mesyuarat kerajaan negeri walhal beliau bukannya Menteri Besar Terengganu. Tentu sekali Idris Jusoh turut menyertai mesyuarat tersebut sebagai ketua kerajaan negeri, tetapi beliau tidak mempunya sebarang kuasa untuk membuat keputusan terhadap apa yang dicadangkan oleh mereka. Walaupun tidak mempunyai sebarang jawatan dalam kerajaan, Patrick Lim juga dibenarkan menyertai mesyuarat tersebut.

Pak Lah seterusnya mencadangkan semua projek yang dirancangkan oleh Wan Hisham, Wan Farid dan Khairy. Perinciannya tentu tidak dibincangkan tetapi hanyalah perkara-perkara tertentu sahaja terutamnya jumlah dana yang terlibat. Setiap kali Idris Jusoh membangkitkan sebarang soalan, beliau diberitahu supaya “menyerahkan semuanya kepada Patrick Lim yang lebih tahu apa yang perlu dibuat”. Idris Jusoh tidak dilibatkan dengan perkara-perkara yang lebih terperinci.

Tidak berapa lama kemudiannya Idris berasa bosan dan mencuba untuk melawan. Satu projek yang dia tidak tahu apa-apa tentangnya diserahkan kepadanya dan diminta untuk ditandatangani oleh Patrick Lim. Bagaimana beliau hendak menandatanganinya sedangkan beliau tidak tahu apa-apa tetapi akhirnya beliau yang akan dipertanggungjawabkan.

Patrick Lim keluar dari pejabar Idris Jusoh dan menghubungi Wan Farid yang kemudiannya mengadu kepada Khairy. Dalam masa sejam sahaja Idris Jusoh mendapat panggilan daripada Pak Lah yang mengarahkannya supaya mendatanganinya. Tentunya tanpa banyak soal Idris terus menurunkan tandatangannya.

Cengkaman Patrick Lim terhadap Pak Lah jelas terhadap semua orang tetapi bukan Idris Jusoh. Suatu hari Pak Lah datang ke Terengganu untuk mempengerusikan mesyuarat seperti kebiasaannya iaitu bagaimana untuk membelanjakan wang RM800 juta (yang kini berjumlah RM1 billion kerana kenaikan harga minyak). Idris menjemput Pak Lah di lapangan terbang dengan keretanya. Sebelum sempat kereta Idris bergerak, Patrick Lim tiba dan Pak Lah turun dari kereta Idris untuk menaiki kereta Patrick Lim.Sepatutnya pada masa itu Idris telah sedar siapa yang sebenarnya memerintah di Terengganu.

Ya, RM1 billion bukanlah suatu jumlah yang sedikit. Wang ini yang sepatutnya menjadi hak milik rakyat Terengganu tidak disalurkan kepada kerajaan negeri. Ia disalurkan kepada Wan Hisham, Wan Farid, Patrick Lim dan Khairy. Pak Lah mempengerusikan mesyuarat kerajaan negeri untuk memutuskan bagaimana ia patut dibelanjakan. Dan Wan Hashim. Wan Farid, Patrick Lim dan Khairy membantu membelanjakannya. Dan mereka menghabiskan semuanya. Dan Idris Jusoh tak boleh kata apa-apa. Dan kalau dia enggan tandatangan, Pak Lah akan telefon.

Sumber : http://www.malaysia-today.net/2008/content/view/4906/84/

Nota: Artikel ini adalah terjemahan sebahagian daripada artikel asal oleh Yang Mulia Raja Petra Kamaruddin. Mohon ampun kepada RPK sekiranya terjemahan ini kurang tepat dan tidak sepenuhnya menggambarkan maksud sebenar YM RPK.

Hanya MB tiket untuk beri khidmat?


Untuk Dato' Seri Idris...

Apakah hanya jika ada title MB saja Dato' Seri mampu berikan khidmat untuk rakyat Terengganu? Tidak malukah Dato' Seri berhadapan dengan rakyat yang rata-ratanya melihat kerakusan Dato' Seri dalam mendapatkan pangkat sebagai MB meskipun Dato' Seri terpaksa melawan Sultan yang dikasihi rakyat Malaysia?

Tidak cukupkah sepenggal Dato' Seri jadi MB setelah begitu banyak harta yang Dato' Seri kumpul untuk hidup lebih dari 7 keturunan? Bukankah Dato' Seri tahu bahawa usaha melawan Sultan dalam mendapatkan jawatan MB itu hanya sia-sia? Tahukah Dato' Seri bahawa tindakan Sultan itu memang tepat mengikut kuasa yang ada padanya?

Mengapa Dato' Seri sanggup bermusuhan dengan orang Dato' Seri sendiri dan sanggup 'mati' hanya semata-mata nak dapatkan MB Dato' Seri itu? Bukankah kerja sebagai MB itu berat kerana menanggung amanah untuk sebuah negeri? Tidakkah sebagai ADUN itu sudah cukup baik untuk Dato' Seri menjalankan khidmat kepada masyarakat Dato' Seri yang telah bersusah-payah memangkah dan memberi kepercayaan kepada Dato' Seri? Mengikut sifir politik bodoh saya ni, mana ada orang yang sanggup kerja lebih sedangkan sebagai MB itu kerjanya tersangat lebih. Apakah ada sesuatu agenda tersembunyi yang Dato' Seri sembunyikan sehingga saya lihat Dato' Seri sanggup menggadaikan maruah sebagai seorang Melayu yang sepatutnya dihiasi dengan sifat pemalu, sanggup menderhaka kepada Sultan sedangkan Dato' Seri tahu yang orang Melayu pantang diusik rajanya? Apakah agenda itu begitu besar sehingga saya lihat Dato' Seri sanggup mati kerananya?

Cukuplah Dato' Seri... saya sebagai penyokong UMNO pun lama-lama meluat dengan sandiwara yang Dato' Seri dan rakan-rakan Dato' Seri mainkan. Cukuplah Masjid Kristal dan Pulau Wan Man yang telah Dato' Seri jadikan telaga emas untuk Dato' Seri dan kroni. Cukuplah Pulau Duyung yang Dato' Seri korbankan untuk kepentingan Si Patrick dan kroni Khalifah Hadhari yang maksumi itu. Cukuplah Dato' Seri menghiris hati rakyat Terengganu yang miskin dan melarat selama ini... Mereka semua telah memaafkan Dato' Seri sehingga memberi amanah sekali lagi kepada Dato' Seri untuk membela mereka. Janganlah kepercayaan yang mereka berikan dirobek-robek kembali kerana kerakusan nafsu Dato' Seri. Janganlah api yang hampir terpadam di dalam hati-hati kami ini dinyalakan kembali. Kami bimbang ianya akan membakar hangus impian Dato' Seri itu. Kembalilah kepada rakyat dan mulalah jalankan amanah...

Insan Terpinggir
24 Mac 2008

Sunday, March 23, 2008

Aku Malu Jadi Melayu

Aku jawa dan aku tidak malu berbangsa Jawa. Tapi jawa aku bukan jawa khir toyo. Jawa yang kerjanya tiada lain kecuali mencari kekayaan dan membiarkan si miskin terus papa. Aku malu kalau aku melayu. Aku malu kerana jawa yang aku banggakan menghias rupa menjadi lebih licin dan lebih putih walaupun hanya menjadi seorang menteri besar. Tapi nak apa yang harus aku lakukan kerana bukan semua jawa seperti aku dan bukan semua melayu adalah melayu.

Aku tergerak untuk menyelamatkan maruah Melayu walaupun aku sendiri bukan Melayu. Aku sayang Melayu kerana aku lahir ditanah melayu yang sekarang ini sudah nazak menanti penggadaian oleh pemimpin berbangsa Melayu. Kalian kata pemimpin kalian tidur, tetapi kalian lebih tidur dari tidurnya.

Sultan? Ini semua bukan sultan aku. ini semua sultan kalian. Mahu tahu siapa sultan aku? Sedikit tentang sejarah mereka.....
"Fatimah adalah kemanakan Sultan Muhammad Saleh (1014 - 1040 M) raja Pasai yang kedua (menantu Sultan Malik Ibrahim Makdum). Suami Fa-timah, Abu Hasan, adalah saudagar besar yang tinggal di Jawa Timur."
Cukup sampai disitu dan sekarang persoalannya siapa Sultan kalian? AKu masih mengikut nasihat orang tua. Dimana bumi dipijak, disitu langit dijunjung. Makanya, kalau kalian tanya dimana sultanku, maka aku ingin beritahu bahawa sultan kalian adalah sultan aku juga.

Sekarang sultan yang kita sama sama tunduk dan puji itu telah dipermainkan kedaulatannya oleh parti dokongan bangsa Melayu, UMNO dan UMNO sekarang sedang mengulangi sejarah memperkecilkan kuasa Sultan seperti yang dilakukan oleh Mahathir dulu. Siapa Mahathir? Beliau adalah pemimpin tersohor yang memberikan kebanggaan kepada kalian sehingga kalian lupa bahawa beliau yang telah menjatuhkan kuasa Sultan dan Raja. Semua melayu ketika itu melonjak kegirangan dan sekarang SUltan sudah hilang kuasa apabila akta dan perlembagaan di gubal.

Kalian masih ingat akan satu ketika perhimpunan mega dilangsungkan di Kuala LUmpur untuk mint bantuan Agong kalian bagi merubah sistem SPR? Ya... perhimpunan BERSIH. Kepada siapakah kalian pergi dan kepada siapakah kalian merafak sembah? Bukankah Raja kalian yang merangkap Sultan Terengganu? BUkan kah kini beliau di dalam keadaan serba salah dan bimbang kerana kalian tidak membantu baginda?

Kenapa dibiarkan Baginda sendiri? Kenapa dibiarkan berseorangan sedangkan kalian sebelum ini memohon bantuan dari baginda untuk membantu kalian. Sekurang kurangnya surat kalian diterima oleh wakil baginda. Kan lebih baik ditolak sahaja apa yang kalian utuskan kerana kalian tidak membantu sedikitpun baginda tika beliau di dalam kesusahan.

Kini masa nya untuk kita bangun. UMNO sudah melampau batas susila bangsa kita. Kalian masih tidur rupanya.....Kalian tahu apa akan aku lakukan sekiranya aku dikenali ramai dan mempunyai kuasa seperti pemimpin kalian?

Akan kukumpul berjuta rakyat seluruh Malaysia untuk tegakkan kuasa Kesultanan disetiap pekan dan kota
Akan ku panggil semua NGO NGO yang tidak sepakat dengan UMNO dan BN
Akan ku panggil semua pelajar universiti yang ada di Malaysia
Akan ku panggil semua kakitangan kerajaan berbangsa melayu
Akan ku panggil semua persatuan Islam di negara kita
Akan ku panggil semua bangsa India dan China untuk bantu bersama.
AKan ku kumpulkan mereka seperti kalian berkumpul pada bulan Nov lalu.

Dimana Anwar Ibrahim? Dimana Raja Petra? DImana Haji Hadi? Dimana Mat Sabu? Dimana BERSIH? Dimana NGO NGO kalian? Dimana GERAK dan sebagainya? Di mana ABIM? Dimana ketua ketua kamu?

Bangsa India dan Cina? Ya ..... bangsa cina dan india akan membantu kita kembali kan kuasa di Raja. Tentunya kalian runsing dan ragu ragu, tapi mari kujelaskan bahawa Cina dan India akan bersatu selagi kita menentang UMNO dan BN. Bukti sudah jelas, segalanya sudah nyata. Peratus undian mereka lah yang membantu Barisan Rakyat menang tempoh hari.

Bila semua sudah bangun, maka Raja akan kembali teguh semula. Baginda baginda akan Percaya bahawa Rakyat bersama mereka dan ketika itu kalian lihat betapa berkuasanya Sultan dan Raja kalian bersama menghapuskan terus UMNO dari negara ini.

Tapi sayang......kalian masih tidur. Masih dengan sikap malas kerana semua nya beharap agar tuhan merubah segala dan bukan kalian bangun sendiri untuk berdikari. Masing masing masih pentingkan diri masing masing. Maka .... kalau masih tidak berubah, biarkan sahaja Sultan dan Raja kalian di ratah hidup hidup oleh pengkhianat bangsa. Sudah jelas lagi terbukti tapi kalian masih mematikan diri. Akhirnya aku akan menyesal duduk di bumi bertuah ini kerana kalian tidak sanggup berjuang kepentingan kalian. Kalau bangsa Cina dan India ingin bantu kalian, kenapa kalian masih terus berdengkuran? Kalau Sultan Melaka mash hidup, mungkin baginda akan kecewa dengan kalian?

Tapi percaya lah....kalau lah aku Melayu. Aku takkan biarkan Sultan dan Rajaku dipermainkan oleh bangsa sendiri sehingga baginda baginda Sultan tidak mampu bangun lagi. Lantas selepas ini kalian jangan harap apa apa dari Sultan kamu. Jangan berkumpul dan jangan utus sebarang surat kerana kalian sendiri mahu Sultan terkubur gara gara berakyat kan kalian kalian semua.

Kalau Kesultanan Melayu hancur, kalian jangan panggil aku melayu kerana ia buat aku malu.

Saksikanlah: Hutang Kerajaan Kelantan

When PAS took over Kelantan in 1990, the state had debts of almost RM700 million. Today, after 18 years, Kelantan's debts are only RM11 million, which is actually just the interest on the loans and which the federal government is squeezing from the state -- the loan amount has all been repaid long ago.

Raja Petra Kamarudin

Ezam dedah akaun bank Samy

oleh Zulkifli Mohamed

RANTAU PANJANG : Pengerusi Gerakan Demokrasi dan Anti Korupsi (Gerak) Ezam Mohd Noor, hari ini mendedahkan akaun bank milik Presiden MIC Datuk Seri S. Samy Vellu, yang dikatakan ada hubungkait dengan kehilangan wang saham Maika Holdings yang pernah diperuntukkan kepada MIC untuk masyarakat India miskin.

Akaun 'Bank Of Commerce' itu bernombor 1402-0000168-00-2.

"Pada 4 April 1992, pengeluaran wang RM14.4juta, 'balance' RM11.4 juta , maknanya dalam akaun ada RM25 juta. Ini penyata akuan bank atas nama.....YB Datuk Seri S Samy Vellu.

"Saya hendak bagitau Samy Vellu, kalau tidak cukup bertarung di Ijok esok, saya boleh bertarung di Putrajaya dan Kuala Lumpur dengan dia, saya pegang dokumen ini.

"Dia kena jawab, dalam ini juga (dokumen) ada fix deposit RM3.5juta, nama dia juga," jelasnya dalam ceramah kempen pilihan raya kecil N11 Ijok, dekat sini, semalam.

Menurut Ezam, transaksi bank tersebut semasa kes Maika Holding berlaku.

"Saya hendak beritahu rakan-rakan India, inilah rupa perompak."

Jelasnya bukan sahaja Samy, menteri-menteri Melayu seperti Raridah,Rahim Tamby Chik mahupun Lim Leong Sik juga terpalit dengan rasuah.

Sebab itu katanya pertarungan esok, bukan sekadar Barisan Nasional (BN) dengan Parti Keadilan tetapi pertarungan antara rakyat yang selama ini ditipu dan diseleweng oleh para pemimpin yang rakus.

" Sebab itu saya minta semua, pembangkang , ahli Umno ahli Gerakan, ahli MIC, kalau saudara rakyat, kalau saudara ada maruah, kalau saudara ada martabat, marilah bersama-sama kita, bersama PAS, bersama DAP dan seluruh Barisan Nasional, kita beri mesej kepada kerajaan Barisan Nasional…'enough is enough'." "

Khas: Strategi PAS Untuk Menawan Hati Rakyat (Bhg. 3)

1. Penerangan
Penerangan merupakan aspek yang penting dalam meng'update' berita atau menjawab segala isu yang berkaitan dengan PAS. PAS tidak ada media yang efektif untuk sampai ke akar umbi dalam sekelip mata sebagaimana BN/UMNO yang menggunakan TV dan akhbar. Meskipun menggunakan saluran itu untuk kepentingan mereka adalah suatu yang haram dan dosa di sisi Allah SWT (kerana semua media itu adalah kepunyaan rakyat - kecuali TV swasta eg. TV3 dll.), tetapi itulah wajah BN/UMNO yang rakyat tak nampak.

Persoalannya ialah, bagaimana PAS boleh menggunakan jenteranya untuk menyampaikan maklumat tentang perkembangan semasanya? Kita sedia maklum bahawa dalam PAS juga ada wartawan dan syarikat percetakan. Semua ini perlu berfungsi sepenuhnya untuk menerbitkan makalah, risalah atau apa saja penerbitan berkala untuk diedarkan. Ongkosnya? Di sini kemungkinan ianya perlu diambil dari sumber derma dan zakat. Zakat dibolehkan adalah mengambil kira pekerjaan ini merupakan perjuangan fi sabilillah.

Bila bahan untuk diedarkan sudah sedia, maka cara pengederannya bagaimana? Nah, di sinilah peranan Ketua 10 yang tak berjaya digerakkan dengan efektif selama ini dapat digerakkan dengan berkesan. Mereka akan mengedarkan 'akhbar' PAS ini ke setiap rumah yang berada dalam jagaannya. Jadi, dengan cara ini maklumat dan perkembangan terbaru PAS dapat sampai ke akar umbi.

Cara menyampaikan maklumat yang lebih menarik ialah dengan ceramah kelompok sebagaimana yang dilakukan pada musim pilihanraya. Ia tidak boleh dilakukan dengan terlalu kerap kerana PAS tidak mempunyai cukup penceramah. Cukup sekiranya dapat dilakukan sebulan sekali. Lebih menarik sekiranya 'orang penting' PAS dapat hadir dalam ceramah itu untuk menarik audient. Saya tertarik dengan tajuk ceramah kelompok seperti "Dialog bersama pemimpin: Apa yang anda sepatutnya dapat dari sebuah kerajaan", "Anda mempunyai sebarang masalah? Mari temui pemimpin anda!" dsb. Walaupun untuk menganjurkan ceramah ini agak cerewet, tapi kesannya cukup positif kerana mereka akan menyuarakan masalah dan ketidak-fahaman mereka yang mana PAS akan ambil perhatian untuk diselesaikan. Perlu diingat bahawa penganjur ceramah kelompok mestilah pihak cawangan, bukan tuan rumah.

Sekiranya perkara ini dapat dilaksanakan, InsyaAllah petugas PAS tidak akan terlalu kalut untuk menghadapi pilihanraya dan culaan dapat dilaksanakan dengan lebih berkesan.

2. Dakwah
Dakwah merupakan satu cabaran yang perlu diatasi bagi membina akidah perjuangan. Ia merupakan proses yang berterusan. Selama ini, ia agak terabai kerana PAS tidak memandang serius dalam mentarbiyah masyarakat. Apa yang PAS lakukan selama ini ialah mentarbiyah AJK dan ahli sahaja, sedangkan aset PAS yang lebih besar adalah mentarbiyah masyarakat. Ini berbeza kalau kita lihat di Kelantan di mana kerja-kerja mentarbiyah masyarakat boleh ditemui sehingga ke akar umbi. Tidak hairanlah kalau Tuan Guru Nik Abd. Aziz boleh berkata bahawa tak guna dakwat pun kita menang, memang sungguh PAS menang.

Jadi, cara yang sangat berkesan ialah pendakwah turun ke masyarakat. Kalau selama ini masyarakat perlu keluar mencari tempat-tempat pengajian, tetapi sekarang pendakwah PAS perlu turun ke tengah-tengah masyarakat untuk membawa mesej dan maklumat perjuangan. Ini sangat bertepatan dengan kaedah Rasulullah SAW dan para sahabat pergi ke tengah masyarakat untuk menyampaikan dakwah.

Bagaimanakah bentuk program yang perlu diatur? Nah, di sini peranan cawangan untuk mencari lokasi yang terbaik. Berbeza dengan ceramah kelompok yang dilakukan di dalam rumah yang berbeza-beza, program ceramah dakwah ini perlu dilakukan di tempat yang tetap. Jika tempat yang terpilih itu adalah rumah penduduk dan tidak mempunyai kemudahan yang mencukupi, pihak cawangan perlu berusaha untuk mencari khemah dan kerusi, selain sistem PA sebagai keperluan ceramah. Tempat itu akan dijadikan tempat ceramah dakwah yang kekal. Masa ceramah perlu pada waktu pagi hujung minggu, atau petang hari bekerja. Ini akan menarik lebih ramai pendengar. (bersambung bhg. 4)

Thursday, March 20, 2008

Khas: Strategi PAS Untuk Menawan Hati Rakyat (Bhg. 2)

Oleh: Hang Jawa

Dakwah, penerangan dan kebajikan merupakan faktor terpenting dalam memenangi hati rakyat Melayu Islam dan ianya merupakan kerja yang berterusan, bukan semasa. Sebagaimana contoh yang dibawa oleh Rasulullah SAW semasa berhadapan dengan kaum kafir yang ganas dahulu, Rasulullah SAW melaksanakan tiga agenda itu bersama baginda sehingga mereka semua dapat ditundukkan. Apabila mereka beriman dengan apa yang dibawa oleh Nabi, maka pengaruh harta-benda dan kemewahan dunia tidak sekali-kali menggugat kepercayaan dan sokongan mereka kepada Islam.

Apabila diteliti keputusan pilihanraya ker-12 yang lepas, ternyata PAS masih kurang dan gagal melaksanakan ketiga-tiga agenda di atas. Kebanyakan petugas, hanya menunggu semboyan 'peperangan' berbunyi barulah sibuk sebagaimana musuh politiknya juga berjuang untuk meraih undi dan kepercayaan rakyat. Itulah sebabnya Terengganu masih gagal ditakluki meskipun isu semasa dan kezaliman pemimpin kerajaan UMNO yang begitu ketara, sepatutnya memberikan kelebihan kepada PAS.

Walaupun kemenangan berjaya diraih di Kedah, Pulau Pinang, Perak dan Selangor, kita perlu ingat bahawa ianya adalah kemenangan berdasarkan isu. Ia mungkin tidak selalu menyebelahi kita. Sedangkan kemenangan yang mutlak yang kita inginkan ialah kemenangan berdasarkan akidah perjuangan yang seterusnya akan melahirkan pendokong yang iltizam dan istiqamah. Ia mempunyai sedikit perbezaan dengan kemenangan di Kelantan di mana isu hanyalah menguatkan lagi kepercayaan rakyat kepada kepimpinan PAS sedangkan kemantapan akidah perjuangan telah subur di dalam dada-dada majoriti rakyatnya. Sekiranya pilihanraya di adakan dengan bersih dan adil, Insya Allah PAS-PKR akan terus memerintah bumi Kelantan 'sehingga kiamat'.

Meskipun Kelantan merupakan negeri yang miskin, tidak ada projek yang besar-besar yang dapat ditunjukkan kepada rakyat. Kelantan tidak mempunyai duit yang banyak untuk ditaburkan kepada rakyat. Tetapi mengapa Kelantan bukan sahaja dapat bertahan malah dapat menambahkan lagi kepercayaan rakyat terhadap kepimpinan PAS. Sekiranya kita fokus kepada 3 perkara asas di atas untuk digerakkan, Insya Allah bukan sahaja Terengganu, seluruh Malaysia dapat kita tawan.

Kita tidak bimbang dengan sokongan masyarakat Cina dan India kerana selagi mana kebajikan mereka dijaga, mereka tidak akan lari. Masalahnya ialah di kalangan Melayu Islam yang mudah terpengaruh dengan sentimen dan emosi inilah yang perlukan perhatian dan penekanan kepada akidah perjuangan agar mereka akan teguh menyokong dan mendokong perjuangan kebenaran.

Mari kita lihat dengan lebih lanjut 3 aspek tersebut bagaimana ia boleh dilaksanakan dan membawa kesan yang mendalam.

(bersambung bhg. 3)

Kerajaan Barisan Rakyat terbit akhbar sendiri

Oleh Helme Hanafi
Khamis, 20 Mac 2008

DALAM satu langkah drastik yang realistik, Barisan Rakyat yang diterajui oleh PKR, PAS dan DAP di lima negeri termasuk Kelantan akan memulakan langkah menerbitkan akhbar mereka sendiri. Tindakan itu dipercayai sebagai tindak balas terhadap laporan tidak seimbang oleh media tempatan terhadap Barisan Rakyat.

Naib Presiden kanan PKR, Azmin Ali memberitahu KLpos.com bahawa langkah memulakan penerbitan sendiri tersebut sudah dibincangkan pemimpin utama ke tiga-tiga parti yang menguasai lima negeri.

"Insyallah pelan tindakan akan dimulakan serta-merta bahkan Datuk Seri Anwar Ibrahim sendiri sudah mengumumkan perkara ini dalam pertemuan bersama ADUN dan Ahli Parlimen parti baru-baru ini," katanya.

Menurut beliau, pembiayaan untuk media terbabit akan diambil dari peruntukan khas untuk penerbitan dari setiap kerajaan negeri.

"Dana tersebut akan digabungkan dan digunakan untuk mewujudkan media kita sendiri tanpa bergantung kepada media massa sedia ada," katanya.

Menjawab soalan mengenai permit pencetakan yang disyaratkan untuk menerbitkan akhbar di Malaysia, kata Azmin, "Ini akhbar gabungan kerajaan negeri, bukan swasta, jadi tiada sebab permitnya hendak ditolak, dan memang setiap kerajaan negeri mempunyai penerbitan mereka sendiri,".

Tambah Azmin lagi, akhbar terbabit akan dijual di pasaran terbuka dan merupakan sumber pendapatan tambahan kepada setiap kerajaan negeri.

Sementara itu, sumber KLpos yang enggan dinamakan memberitahu, seorang bekas ketua pengarang akhbar arus perdana diberikan tanggungjawab oleh Anwar Ibrahim merealisasikan perkara tersebut.

"Beliau akan mewujudkan memulakan kerja terbabit secepat mungkin," kata sumber itu.

"Mungkin diperingkat awal kita mulakan di Selangor dulu," tambahnya.

Kewujudan akhbar terbabit, yang dipercayai akan turut disertakan dengan laman web dan unit web TV, dijangka akan menyebabkan hagemoni maklumat yang selama ini dimonopoli oleh media arus perdana berakhir.

Lima cawangan Umno bubar, 1000 bakal sertai PKR

Oleh Wartawan KLpos.com
Khamis, 20 Mac 2008

IKUT ke mana arus mengalir. Barangkali itulah yang sedang berlaku di negeri Selangor sekarang ini. Ribuan orang tiba-tiba menyatakan minat untuk menyertai Parti Keadilan Rakyat (PKR) sejak parti bercampur kaum itu mengetuai kerajaan campuran di negeri tersebut.

Dan terbaru, Naib Presiden PKR, Azmin Ali memberitahu lima cawangan Umno di Kampung Bukit Sungai Putih Ampang akan dibubarkan dengan semua ahlinya akan menyertai PKR dalam satu majlis khas pada 23 Mac ini.

Menurut Azmin, gelombang kebangkitan rakyat itu tidak terhad kepada ahli-ahli Umno dan orang Melayu sahaja, bahkan beliau menerima jemputan untuk penyerahan borang menyertai PKR dari berbagai kaum dan mereka yang selama ini tidak berminat menyertai mana-mana parti politik.

"Saya sendiri terpaksa menyuruh petugas parti membuat fotokopi borang keahlian kerana borang yang asal sudah kehabisan stok di ibu pejabat," katanya dalam satu temubual eksklusif dengan KLpos.com.

Jelas beliau, untuk program sehari sempena sambutan Maulidur Rasul di kawasan Parlimennya sahaja beliau menerima 12 jemputan.

"Saya sendiri terpaksa menyuruh petugas parti membuat fotokopi borang keahlian kerana borang yang asal sudah kehabisan stok di ibu pejabat," kata Azmin

"Saya terpaksa bahagikan masa betul-betul untuk tidak menghampakan orang ramai," jelas beliau.

Azmin bertanding Parlimen Gombak dan DUN Bukit Antarabangsa pada pilihanraya lalu, dan beliau menang di kedua-dua kerusi yang ditandinginya.

Latihan khas untuk Ahli Parlimen PKR

Sambutan hebat rakyat itu dalam dirasai ketika KLpos.com menemubual Azmin di sebuah restoran di pinggir ibu kota. Dalam masa sejam itu, ada dua individu datang secara berasingan, bersalaman sambil mengatakan sokongan kepada PKR.

Yang menarik, seorang dari mereka, mengaku jentera Pemuda Umno yang menolong kempen calon BN Titiwangsa, Datuk Aziz Jamaluddin "Saya tolong sebab saudara, tapi undi saya undi pembangkang," katanya ketawa.

Azmin yang ditanya apakah perancangan beliau selepas PKR menang besar di Selangor berkata, beliau lebih selesa memainkan peranan yang aktif di Dewan Rakyat.

"Rasanya saya tidak akan sertai pertadbiran negeri sebagai exco kerajaan," katanya berterus-terang.

"Semua 31 Ahli Parlimen PKR akan menyertai latihan khas untuk berhujah dan terlibat dengan perbahasan nanti."

Mungkin sebagai Naib Presiden kanan PKR, beliau merasakan lebih selesa untuk memantau aktiviti parti tersebut di peringkat nasional berbanding menghabiskan banyak masa menguruskan pentadbiran negeri.

Kata Azmin, sebagai persediakan untuk masuk ke Dewan Rakyat, semua 31 Ahli Parlimen PKR akan menyertai latihan khas untuk berhujah dan terlibat dengan perbahasan nanti.

"Kita hendak semua Ahli Parlimen kita memainkan peranan aktif, menyertai perdebatan dan tidak merasa kekok menjalankan tanggungjawab mereka di Dewan Rakyat," katanya sambil membayangkan latihan tersebut akan dijalankan oleh seorang yang sangat arif tentang Dewan rakyat.

"Betul ke dah menang,"

"Saya sampai pagi tadi pun, bangun tidur masih berfikir, betul ke kita sudah menang ini," kata Azmin ketawa.

Menurutnya, biarpun ada menaruh harapan untuk menguasai Selangor, namun berdepan dengan realiti tidak mudah untuk membayangkannya.

Menceritakan pengalaman lucu beliau sejak menang pilihanraya 8 Mac lalu, kata Azmin, "Ada satu majlis saya diminta merasmikan program, bila sampai rupanya dibuat di Dewan Orang Ramai, dengan penghawa dinginnya, pembesar suara yang canggih, wah baru sedang oooh, macam inilah rasanya bila jadi pemimpin kerajaan,".

Azmin sebelum tahun 1998 merupakan Setiausaha Sulit Timbalan Perdana Menteri.

"Masa itu lain, kita kerja dengan orang, sekarang ini kita sendiri jadi pemimpin, tanggungjawabnya berat lagi," kata beliau.

Mengenai Pusat Khidmatnya, kata Azmin, beliau sedang mencari lokasi yang sesuai.

"Kita akan buka bersama dengan tempat tuisyen untuk pelajar, perpustakaan dan pusat komoditi masyarakat," tambahnya lagi.

Wednesday, March 19, 2008

Kerajaan Guan Eng Beri Bonus Kepada Guru Agama Pulau Pinang

Bernama

PULAU PINANG, 19 Mac (Bernama) -- Kerajaan negeri Pulau Pinang memperuntukkan RM879,000 untuk bayaran bonus kepada 1,465 guru Kelas Asas Fardu Ain (KAFA) termasuk 11 orang penyelia.

Timbalan Ketua Menteri I, Mohammad Fairus Khairuddin bagaimanapun berkata kaedah pembayarannya masih belum ditetapkan.

"Bantuan tambahan ini bagi memudahkan tugas guru KAFA dan sebagai menghargai pengorbanan mereka dalam memberi pendidikkan kepada anak-anak kita," katanya kepada pemberita selepas menghadiri mesyuarat exco kerajaan negeri yang pertama selepas pilihan raya umum 8 Mac lepas.

Kini guru KAFA di Pulau Pinang menerima HANYA elaun RM500 sebulan.

Mohammad Fairus berkata pembayaran bonus itu akan dibuat mulai 1 April.

Selain itu beliau berkata kerajaan negeri akan memastikan proses peralihan kuasa bagi mentadbir Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) serta Taman Bimbingan Kanak-Kanak (Tabika) Kemas dari kerajaan lama kepada kerajaan baru, berlangsung dengan lancar.

"Ini adalah untuk memastikan kepentingan penduduk setempat tidak tergugat dan kebajikan anak-anak mereka untuk mendapat pendidikan awal dapat diteruskan," katanya.

Lima Ahli Parlimen UMNO “Memberontak”

Blog ini menerima satu panggilan telefon pada awal pagi, 19 Mac 2008, yang mengatakan bahawa lima Ahli Parlimen UMNO, termasuk seorang menteri dan tiga timbalan menteri, memang sedang “memberontak” kerana tidak puas hati dengan perlantikan kabinet baru oleh Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.

Dua daripada Ahli Parlimen berkenaan dipercayai akan menolak perlantikan ke atas diri mereka yang diumumkan oleh Abdullah pada 18 Mac 2008, tetapi tidak akan mengosongkan kerusi parlimen mereka yang dimenangi dalam PRU12.

Bagaimanapun, dua daripada mereka pula dijangka menolak perlantikan daripada Abdullah dan mungkin juga mengosongkan kerusi parlimen masing-masing.

Seorang daripada mereka pula dikatakan akan memutuskan selepas satu sidang akhbar di PWTC esok, sama ada akan mengosongkan kerusi parlimen yang dimenanginya baru-baru ini dan juga melepaskan jawatannya di dalam UMNO Malaysia.

Kesemua Ahli Parlimen yang “memberontak” ini dikatakan menudingkan jari kepada Khairy Jamaluddin sebagai individu yang telah memanipulasikan senarai perlantikan kabinet yang diumumkan oleh Abdullah.

Kata mereka, sebilangan besar muka-muka baru yang dilantik ke jawatan menteri penuh dipercayai adalah kroni-kroni Khairy.

Pokok persoalannya pada saat dan ketika adalah seperti berikut:

Adakah kabinet Abdullah kali ini merupakan kabinet yang diramalkan oleh buku The Toyol Code tulisan saya?

Mungkinkah “pemberontakan” ini akan diikuti oleh lebih ramai lagi Ahli Parlimen UMNO?

Mungkinkah Ahli Parlimen UMNO yang “memberontak” tidak akan mengosongkan kerusi masing-masing, tetapi terus melompat ke pihak parti pembangkang?

Dan, jika berlaku “exodus” Ahli Parlimen UMNO ke pihak pembangkang, mungkinkah tidak lama lagi pihak pembangkang pula yang akan menubuhkan kerajaan di peringkat pusat?
– Ruhanie Ahmad

Tuesday, March 18, 2008

DEB: "Bukan PAS, PKR atau DAP yang khianati, rompak duit dan saham orang Melayu" : Anwar

Oleh Harakahdaily
Selasa, 18 Mac 2008

KL: Pelbagai pertubuhan dan persatuan Cina memberi sokongan penuh terhadap Kerajaan Barisan Alternatif (BA) di lima negeri khususnya di Selangor dan Pulau Pinang serta berminat untuk bekerjasama dalam polisi yang bakal dilaksanakan oleh kerajaan negeri terbabit.

"Anda boleh pertikai dan kritik polisi BA tetapi tidak memainkan isu perkauman seperti 'khianati melayu' dan sebagainya" kata Anwar
Penasihat Parti Keadilan Rakyat (KeADILan) Dato' Seri Anwar Ibrahim berkata komitmen pertubuhan tersebut membabitkan isu-isu yang berkaitan masalah rakyat terpingir dan misikin dartipada pelbagai bangsa, pendidikan dan perumahan kos rendah.

Beliau berkata demikia sejurus selepas mengadakan pertemuan dengan para wakil perlbagai pertubuhan Cina di pejabatnya di Petaling Jaya, tengah hari tadi.

"Mereka semua menyatakan sokongan dan akan membantu dalam usaha menjayakan polisi kerajaan BA di samping usaha ini akan memantapkan lagi kerjasama di antara PAS, KeADILan dan DAP," kata Anwar di hadapan puluhan wartawan.

"Apa yang lebih penting ialah fokus kita untuk melaksanakan agenda perubahan dan meningkatkan ekonomi negara yang berdaya saing malah kita akan pastikan bahawa pengagihan ekonomi kan bebas daripada korupsi serta tidak melibatkan kroni atau agen." katanya.

Anwar menyatakan golongan yang wajar dilabel sebagai 'mengkhianati melayu' adalah terdiri daripada orang melayu yang 'melesapkan' berbillion ringgit untuk kepentingan diri, keluarga dan kroni. "Siapa selama ini yang 'rompak' duit orang Melayu, saham orang Melayu? Yang pasti bukan KeADILan, PAS dan DAP," kata Anwar.
Sementara itu Anwar juga turut menjelaskan bahawa pelabur-pelabur asing daripada negara Timur Tengah, China dan India semakin menunjukkan minat dan berhasrat untuk melabur di negeri-negeri yang diperintah oleh kerajaan BA.

"Walaupun kerajaan BA memerintah, namun operasi dan urusan seharian berjalan seperti biasa," katanya.

Beliau dalam pada itu turut membidas pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab yang memainkan isu dan sentimen perkauaman yang mengundang rasa tidak senang rakyat di negera ini.

"Anda boleh pertikai dan kritik polisi BA tetapi tidak memainkan isu perkauman seperti 'khianati melayu' dan sebagainya," katanya.

Anwar menyatakan golongan yang wajar dilabel sebagai 'mengkhianati melayu' adalah terdiri daripada orang melayu yang 'melesapkan' berbillion ringgit untuk kepentingan diri, keluarga dan kroni.

"Siapa selama ini yang 'rompak' duit orang Melayu, saham orang Melayu? Yang pasti bukan KeADILan, PAS dan DAP," kata Anwar.

Beliau turut ditanya tentang perundingan dengan parti-parti gabungan pembangkang untuk menyediakan 'Kabinet Bayangan', terutama lawatannya ke Sabah dan Sarawak yang mengundang spekulasi ke arah pembetukan kerajaan baru.

"Perkara itu dalam proses dan bukanlah sesuatu yang perlu dipercepatkan.Agenda kita yang utama ialah melaksanakan polisi kita, membangun negeri dan membela nasib rakyat terpinggir.

"Kemungkinan ketika saya umumkan nanti ianya bukan lagi 'kabinet bayangan'...siapa tahu," katanya berseloroh menjawab soalan pemberita terbabit.

Anwar sedia tubuh Kerajaan Pusat, BN akan tumbang bila-bila masa

Oleh is

"a
KUALA LUMPUR, 18 Mac -
Pemimpin utama pembangkang, Dato' Seri Anwar Ibrahim bersedia untuk menubuhkan kerajaan bagi menggantikan Barisan Nasional, namun tindakan tersebut tidak akan dilakukan secara tergesa-gesa.

Bagaimanapun difahamkan, Anwar yang diuar-uarkan bakal Perdana Menteri telahpun mengadakan perundingan dengan parti-parti gabungan pembangkang untuk menyediakan 'Kabinet Bayangan', terutamanya jika terjadi apa-apa kepada BN.

Dalam kenyataannya semalam, Anwar memperakui terdapat 'sejumlah' anggota Parlimen BN yang ditemui dan berhubung dengannya bagi menyatakan kesediaan mereka untuk menyertai Parti KeADILan Rakyat atau mana-mana parti gabungan pembangkang.

Namun menurut Anwar, beliau tidak akan mempraktikkan amalan 'membeli wakil rakyat' atau menjanjikan apa-apa jawatan bagi mereka yang berhasrat untuk menyertai pembangkang.

Pakatan pembangkang menguasai 82 kerusi daripada 222 kerusi di Parlimen. BN hanya memenangi 140 kerusi sahaja, kehilangan majoriti dua pertiga, pertama kali selepas 50 tahun memerintah.

51 kerusi Parlimen adalah diwakili dari kawasan Sabah dan Sarawak.

Jika fenomena ini berlaku, bermakna pembangkang akan memperolehi 112 berbanding BN 110, kelebihan dua kerusi untuk memerintah Malaysia.

Menurut sumber, berdasarkan perkembangan terkini, tidak mustahil Anwar boleh memperolehi tambahan 30 kerusi dari kalangan wakil rakyat BN, khususnya daripada Umno untuk menyertai pakatan pembangkang.

"Sebenarnya kita percaya Anwar boleh mendapatkan lebih dari 30 kerusi."

"Perubahan kerajaan (Pusat) boleh berlaku pada bila-bila masa, namun kita tidak mahu ianya berlaku secara tergesa-gesa kerana ia boleh menimbulkan keresahan rakyat dan menjejaskan kepentingan para pelabur," kata sumber yang rapat dengan Penasihat KeADILan itu.

Anwar bagaimanapun secara berterusan mempertegaskan agenda ekonomi untuk semua pihak sama ada rakyat atau sektor korporat bagi menjamin keselesaan pada masa akan datang.

Dalam kenyataan medianya sejak akhir-akhir ini, Anwar sering memberi penekanan kepada persoalan ekonomi dan taraf hidup serta jaminan pelaburan, dipercayai untuk memberikan keyakinan kepada rakyat.

Menurut sumber, Anwar sedang berusaha untuk menubuhkan kerajaan yang stabil, membawa masuk pelaburan asing dan mempertingkatkan taraf ekonomi rakyat.

Pada masa ini dilaporkan, Anwar banyak membuat perjumpaan dan perundingan dengan pelabur-pelabur asing dalam dan luar negeri bagi menyatakan komitmen dan jaminan semuanya tidak akan terjejas jika Kerajaan Persekutuan bertukar.

"Kita tidak ada 'target date' bila perubahan kerajaan akan berlaku, mungkin dalam tempoh terdekat atau setahun dua.

"Keadaan tergesa-gesa tidak akan berlaku, lagi pun kita mahu Anwar berpeluang masuk ke Parlimen sebagai Ahli Parlimen terlebih dahulu, untuk menjadi Perdana Menteri," kata sumber berkenaan.

sumber : harakahdaily.net

Monday, March 17, 2008

"DEB disalahguna, diselewengkan" - Tan Sri Khalid

Nyza Ayob
Mon | Mar 17, 08 | 8:59:06 pm MYT

KUALA LUMPUR, 17 Mac (Hrkh) - "Ramai yang menyatakan saya telah lupa tentang DEB kerana saya adalah antara yang menerima 'rahmat' daripada DEB. Semasa saya di PNB, saya melaksanakan dasar secara menyeluruh iaitu dasar untuk semua orang-orang Melayu. Saya berterima kasih dengan penerimaan tersebut, tetapi terdapat penyelewengan selepas ia dilaksanakan pada tahun 1970-an."

Demikian penegasan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mengenai pendiriannya mengenai pelaksanaan Dasar Ekonomi Baru yang dikatakan akan dihapuskan di bawah pentadbiran DAP di Pulau Pinang.

"Apabila tahun 1990-an, kita dapati DEB telah disalahgunakan yang hanya mementingkan segelintir masyarakat Melayu dan segelintir masyarakat Cina dan India yang mempunyai hubungan dengan Umno," katanya dalam sidang akhbar yang diadakan di Kediaman Rasmi Menteri Besar, di sini, hari ini.

Beliau juga mempersoalkan apakah gunanya dasar yang sepatutnya memberi kesan kepada seluruh rakyat tetapi tidak dilaksanakan dengan baik.

Katanya sekurang-kurangnya 53 peratus masyarakat Melayu di Selangor perlu dibangunkan, untuk bersaing di peringkat antarabangsa. Begitu juga masyarakat Cina yang perlu dibangunkan bagi mengembangkan perniagaan.

Sementara itu, menyentuh mengenai pentadbirannya di Selangor, beliau ingin membawa kemajuan di Selangor untuk semua kaum, bagi membuktikan KeADILan bukan sahaja parti politik yang bergerak secara diplomatik tetapi dapat mentadbir dengan bersih cekap dan amanah.

Jelasnya, Selangor memiliki cukup sumber untuk dinikmati oleh semua bangsa terutama kepada mereka yang memerlukan tetapi ia perlu ditadbir dengan berkesan dan bebas daripada gejala rasuah dan penyelewengan kuasa.

Katanya, Selangor kini menyumbang 35 peratus kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) dan memperoleh pendapatan per kapita setaraf denagn negara maju iaitu AS$10,000 hingga AS$15,000 (US1=RM3.20).

Katanya lagi, orang-orang Melayu akan dibangunkan supaya mereka boleh bersaing bukan sahaja di Selangor tetapi di peringkat antarabangsa. Manakala Masyarakat Cina juga akan dibangunkan supaya mereka dapat mengembangkan perniagaannya untuk meraih peluang daripada kebangkitan China sebagai satu gergasi ekonomi dunia.

Khalid juga berjanji tidak akan mengabaikan golongan setinggan.Beliau juga menekankan, dalam tempoh 10 tahun masyarakat India di Selangor tidak lagi menetap di kawasan estet. Kawasan estet ini juga akan turut dibangunkan agar masyarakat India tidak lagi ketinggalan dalam arus pembangunan di Selangor.

Anwar Akan Umum Berita Gempar?

Oleh Mohamad Mukhreez
Isnin, 17 Mac 2008


ADA sesuatu yang sedang berlaku, sehingga memaksa Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim mengadakan pertemuan khas dengan semua Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi PKR, ADUN dan Ahli Parlimen parti petang ini.

Sumber KLpos.com memberitahu pertemuan tersebut turut dihadiri oleh beberapa pemimpin utama NGO negara diadakan di rumah Setiausaha Aguang PKR Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim di Bukit Damansara.

"Anwar akan umumkan sesuatu yang 'besar' dan minta semua yang dipanggil memberikan pendapat," kata sumber tersebut.

Apakah ini berkaitan dengan desas-desus penyeberangan kumpulan tertentu ke dalam PKR?

Sama-sama kita tunggu penjelasan lanjut dari mereka yang hadir.

Perak batal saman letak kereta, Kedah beri tiket bola percuma

" BEBERAPA jam selepas mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Perak yang baru, Ir Mohammad Nizar Jamaluddin mengumumkan pemansuhan bayaran saman dan notis kompaun membabitkan penjaja dan parking kereta yang diterima semua rakyat negeri itu sehingga tarikh hari ini.

Mohammad Nizar berkata pembatalan notis saman dan denda itu sebagai penghargaan kepada rakyat yang telah memberi mandat kepada Barisan Alternatif pada Pilihan Raya Umum lalu hingga membolehkan pakatan itu membentuk kerajaan campuran di Perak.

"Tawaran ini meliputi semua saman yang dikeluarkan majlis daerah dan pihak berkuasa tempatan (PBT) membabitkan penjaja dan letak kereta sehingga hari ini sahaja sebagai penghargaan pertama kepada rakyat Perak," katanya pada sidang akhbar selepas istiadat angkat sumpah jawatan Menteri Besar di Istana Iskandariah di sini, sebagaimana dilaporkan Buletin Utama, TV3 malam ini.

Sementara itu Bernama melaporkan tawaran-tawaran lain yang terkandung dalam manifesto pilihan raya lalu akan dilaksanakan secara berperingkat-peringkat.

Antara lain tawaran kepada rakyat Perak yang dilancarkan semasa kempen pilihan raya umum 8 Mac lepas ialah penurunan tarif air bagi kegunaan domestik sebanyak 10 peratus, memberikan geran kekal bagi taraf kediaman Kampung Tersusun dan Kampung Baru Cina, mewujudkan tabung kebajikan Perak bertujuan bantuan mala petaka dan sakit kronik, memperkenalkan konsep cukai pintu pada kadar istimewa bagi lokaliti tertentu mengikut taraf sosio ekonomi serta mewujudkan Ladang Rakyat yang diuruskan oleh kerajaan negeri bagi faedah rakyat miskin.

Sementara itu di Kedah, Menteri Besar, Ustaz Azizan Abdul Razak berkata, mengumumkan pemberian tiket percuma untuk rakyat menyaksikan perlawanan bola sepak antara pasukan Kedah dengan pasukan terbaik dalam Liga Super.

Beliau berkata peminat bola sepak boleh mendapatkan tiket percuma di pintu masuk stadium selepas pengumuman mengenainya dibuat kelak.

Selain itu kerajaan Kedah juga akan menurunkan tidak lebih dari 30 peratus bagi semua cukai tanah berbanding kadar cukai sekarang.

"Kita akan tunaikan semua janji dalam manifesto dan ini termasuklah penurunan cukai tanah untuk semua kategori tanah yang perinciannya akan dimaklumkan kemudian", menurut laporan Bernama malam ini.

kelantankini.com

Penang excos start work in 'bare' offices

The Sun

Bernard Cheah and Opalyn Mok


PENANG (March 17, 2008): The new state executive councillors (excos) started their first week in office to govern with a clean sheet, literally.

They found their offices cleared of all government documents and minutes of the previous Barisan Nasional (BN) government. All records of projects, completed or current, approved by the previous government are missing.

Health, Welfare and Caring Society Committee chairman Phee Boon Poh said: "The action taken by the previous excos have hindered our work."

"They (the previous exco) claim the documents are 'personal property' and cleared the offices," he told reporters.

The new line-up would have to get copies of the documents from the state secretary's office.

"We have the resources to track down these documents. They (state secretary office) would still have copies of whatever 'approval' documents. If the documents are not approved yet, they still have to come back to the exco for approval," he said.

Public Works, Utilities and Transport Committee chairman Lim Hock Seng said "we have to start from scratch".

"We will have to go and get copies from various department heads on previous projects," he said.

Phee said the previous exco members did not follow the conduct of former Chief Minister Tan Sri Dr Koh Tsu Koon who has been a gentleman all the way.

"If they (the previous exco) really loved the people, they should not have used such obstructions to try and stop us," said Phee.

In Alor Star, the PAS-led Kedah government also found all documents in the offices of the Mentri Besar and excos missing when they took office after the 12th General Election on March 8.

Mentri Besar Azizan Abdul Razak has appointed state executive councillor Phahrolrazi Zawawi to probe the case of "missing government documents".

He also said a police report will be lodged after the "internal probe".

Can Anwar become Prime Minister in next few weeks?

KUALA LUMPUR, March 14 – If there is one name that has pushed Barisan Nasional leaders out of their comfort zone and caused confusion and anxiety, it is Anwar Ibrahim.

When he said on Tuesday that the Opposition should be referred to as the government-in-waiting, he was not referring to five years down the road. He was referring to the next few weeks or months.

He knows that if he manages to convince 30 Members of Parliament to cross over, the government of Abdullah Ahmad Badawi will fall.

Since the PKR-DAP-PAS alliance that he cobbled together won big on March 8, taking 52% of the popular vote in Peninsular Malaysia and snaring 82 of the 222 seats in parliament, Anwar has become the most mentioned name in Umno circles.

Along the corridors of powers and in Umno circles, there is a belief that the former deputy prime minister will not rest and settle for second-best, not with the momentum of being a reformer on his side.

He knows that the troops of the BN war machine are demoralised and its leaders still reeling from the psychological scars of Election 2008. He will go for the kill, rattling the coalition’s cage, creating the impression of an inevitable wave that some fickle-minded BN MPs will be tempted to abandon the BN ship and join the Opposition.

An Umno division chief from Pahang, who requested anonymity because of the sensitive nature of the information, said: “The talk on the ground is which MPs Anwar is going to approach to join PKR. Everyone says that Sabah and Sarawak MPs are being targeted. But I think everyone except the PM and DPM are targets.’’

Datuk Mukhriz Mahathir, in a letter asking Abdullah to resign, noted that a move has been made to woo BN representatives to join the Opposition. The fear of crossovers is palpable.

Among the senior leaders of BN, the question being asked is this: who can take on Anwar?

Increasingly the view is that no one individual is strong enough to withstand the momentum of the former deputy prime minister. Abdullah is like a general who has been badly wounded in battle. He needs time to recuperate from the deep wounds he suffered – time which he may not have.

If Abdullah steps down and Datuk Seri Najib Tun Razak takes over, the latter will be vulnerable to a personal and potentially costly onslaught by Anwar.

During the election campaign, Najib was assailed by Anwar over the murder of the Mongolian model and over a few defence deals. Expect the ferociousness of the attacks to multiply if Najib becomes Number 1 now.

Even the return of Tun Dr Mahathir Mohamad could be counterproductive.

The Malaysian public believes that Anwar was wronged by Mahathir. This was evident during the election when attempts to paint the former DPM as a charlatan, racist and chameleon failed miserably.

So who can stop Anwar?

Professor Shamsul Amri Baharuddin, a political commentator, says that only a united Umno and BN can hold the line against the Anwar-led Opposition.

“Anwar is pressing BN at 20 different points. Only if they are strong and united can they survive. But can they stay united?’’ he wondered.

The next few weeks will be important. If the new Cabinet catches the imagination of Malaysians, the morale of the ground troops will improve and it will boost the confidence of BN’s leaders.

Otherwise, the grumbling against Abdullah will grow into a crescendo and it may embolden Dr Mahathir or Tengku Razaleigh Hamzah to step forward to “save the party’’ – a situation which could lead to a party split like in 1987.

Such a scenario will be heaven-sent for Anwar.

Umno politicians believe that any upheaval in Umno or BN will convince the weak-hearted that it may be prudent to cross the Parliament floor.

Within the higher reaches of Umno, the strategy appears to be to rally around Abdullah, go down to the ground and get the troops ready for war. But for Umno and BN to prevail over Anwar, they will need a few conditions to be met.

1) Abdullah must be able to hush his band of critics in Umno.

2) Abdullah must be able to inspire the troops on the ground.

3) Abdullah must be a strong leader and reform his party and the country.

4) Anwar and the Opposition need to commit a few major mistakes.

5) For the public to fall out of love quickly with the reform-minded Opposition.


Anwar says BN members want to defect

KUALA LUMPUR, March 17 — Opposition leader Anwar Ibrahim claimed today that many lawmakers in the ruling Barisan Nasional coalition want to defect to his camp after their election debacle.

Anwar told reporters he has been approached by many ruling party lawmakers who won in the March 8 general election. They are welcome to defect but no bribes will be paid to make them to cross over, he said.

''We will remain consistent and committed to the code of ethics. If you want to surrender at a price you have chosen the wrong party,'' he told reporters.

Buying political support, especially by paying voters money, is common in Malaysia, and bribing lawmakers to defect, while not widespread, is known to occur.

The three-party opposition alliance stitched together by Anwar won an unprecedented 82 seats in the 222-member Parliament in the election. It needs 30 more lawmakers to get a majority needed to unseat the BN coalition government.

Anwar's claim could not be immediately confirmed, but would add to persistent rumours of political horse-trading in the aftermath of the disastrous poll results for Prime Minister Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi's coalition.

Abdullah says he has the full support of his party, and has rejected calls to step down. But Anwar's claim, if true, would add pressure on him to keep the party together.

Anwar did not say how many BN members have approached him, but said they belonged to Abdullah's Umno, the main party in the BN, as well as other smaller parties.

''People have approached and discussed ... but no one dared raise the issue of price (of defection) to me,'' he said, without elaborating. He said he believes some will eventually defect, even without monetary inducement.

But he refused to say if the numbers would be enough to topple the BN government, which is facing its worst political crisis in the 51 years it has been in power.

Although the BN suffered losses in some previous elections, notably in 1999, it is the first time its parliamentary majority has been eroded to this extent. In addition, Anwar's opposition alliance won control of governments in five of Malaysia's 13 states.

Anwar said many of those who approached him won their seats in Sabah and Sarawak, which have emerged as Umno's political stronghold after its spectacular loss of support in Peninsular Malaysia.

The BN won 54 out of the 56 seats in the two states, accounting for nearly 39 per cent of its total 140 seats it Parliament.

Anwar, a former deputy prime minister, was once an Umno star before being accused of corruption and sodomy by then Prime Minister Tun Dr Mahathir Mohamad in 1998. He was convicted of both charges but the sodomy charge was later overturned.

While he was in jail, Anwar's wife formed the PKR, which emerged as the largest opposition party in the elections with 31 parliamentary seats. It is in a coalition with the DAP and PAS. — AP (themalaysianinsider)

Perak MB-designate Wows Chinese Crowd


mysinchew.

IPOH, MALAYSIA: Perak Menteri Besar-designate Mohammad Nizar Jamaluddin of PAS turned up at the ”What's Coming Next” political forum held in Ipoh Sunday (16 Mar) and immediately stunned the Chinese crowd by speaking in Mandarin, Hokkien, Cantonese, Tamil, then in English and Malay.

The audience was speechless then gave the PAS leader a rousing applause. The forum was organized by Guang Ming Daily, Sin Chew Daily, Eye Asia and Sin Chew-i an dheld at Dewan Dou Mu in Ipoh at 2pm and attracted 3000 people. Speakers included PKR national vice-president Dr Lee Boon Chye, Perak DAP chief Ngeh Koo Ham, Wangsa Maju Member of Parliament Wee Choo Keong and Sin Chew's Deputy Chief Editor Tay Tian Yan.

Mohammad Nizar, an accomplished enginneer, was not a speaker but was invited to the forum by Ngeh.

DAP: Anwar is alternative PM

PENANG (March 16, 2008): DAP secretary-general Lim Guan Engs says Parti Keadilan Rakyat (PKR) de-facto leader Datuk Seri Anwar Ibrahim is needed in Parliament to become the alternative Prime Minister for Malaysia.


From left ... Guan Eng, Karpal and
Kit Siang jointly cut the anniversary
cake.
Lim, who is also Penang Chief Minister , said DAP believes the most suitable person to be the alternative Prime Minister is Anwar.

"This is because all the Opposition parties fully supported him as the alternative Prime Minister and to do that he has to first win a seat in parliament," he said.

"We all hope that once his disqualification period ends on April 15, he will be able to take his rightful place in parliament by winning a parliamentary seat at the soonest possible time," he added.

DAP will also continue to foster a warm and close relationship with PKR in "our efforts to transform Malaysia into a healthy functioning democracy", he said.

On who will become the Opposition leader in parliament, Lim said it was yet to be decided amongst the three Opposition parties.

"For now the focus is mainly on the forming of the state governments in Selangor and Perak, so let us sort it all out first before we discuss about choosing a leader for parliament," he said.

An Opposition leader could only be chosen after a discussion and agreement amongst all of the Opposition members of parliament, he explained.
"This is because the Opposition now consist of three parties, not only one or two," he said.

On the level of cooperation between DAP and the other Opposition parties, PKR and PAS, Lim said this was also not fully decided yet.

"Again, we need to give priority to the formation of the Perak and Selangor state governments before we discuss to reach a consensus on it," he said.

Lim was speaking in at a press conference after delivering his opening address at the national leadership conference and DAP's 42nd anniversary celebrations in Red Rock Hotel here this morning.

Earlier, DAP life-time adviser Dr Cheng Man Hin told delegates to change their mindset and start working together with PKR and PAS.

He said it was important for DAP to work with PKR and PAS as it was proven that the strategy of having one-to-one fights in the just concluded elections was a good one.

"So we should maintain a friendly and cooperative relationship with the other two Opposition parties," he said in his speech.

Rakyat Selangor dapat 20 meter padu air percuma mulai April

KUALA LUMPUR 16 Mac – Rakyat Selangor akan menikmati bekalan air secara percuma sehingga 20 meter padu sebulan bermula April ini.

Menteri Besar, Tan Sri Khalid Ibrahim berkata, bagi tujuan itu, pihaknya akan menilai semula perjanjian antara kerajaan negeri sebelum ini, dengan Puncak Niaga dan Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas).

‘‘Perkara-perkara yang terkandung dalam perjanjian ini akan digunakan untuk membekalkan 20 meter padu air secara percuma.

‘‘Kita menjangkakan pembekalan air percuma itu akan dilaksanakan dua minggu selepas Exco kerajaan negeri dilantik dan kita perlu bincang dalam mesyuarat Exco,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis kesyukuran meraikan kemenangannya di Bandar Tasik Selatan di sini hari ini.

Sementara itu, jurucakap Syabas ketika dihubungi berkata, 20 meter padu penggunaan air pada peringkat kegunaan rumah tangga atau domestik menyamai nilai RM11.40.



Di Selangor terdapat hampir 1 juta pengguna domestik. Ia menjadikan nilai bulanan bagi 20 meter padu yang dikecualikan itu mencecah nilai keseluruhan berjumlah hampir RM11.4 juta.

Menurut Khalid, pembentukan majlis mesyuarat kerajaan negeri (Exco) Selangor akan dibuat pada Sabtu depan.

Beliau berkata, mengikut perancangan, perkara berhubung pembekalan air percuma itu akan dibincang dalam mesyuarat Exco sebelum ia diluluskan.

Bekalan air percuma untuk 20 meter padu yang pertama merupakan sebahagian daripada janji manifesto pilihan raya yang dikemukakan oleh Parti Keadilan Rakyat (PKR) semasa kempen Pilihan Raya Umum Ke-12.

Kerajaan negeri Selangor kini merupakan kerajaan campuran yang diterajui oleh PKR setelah parti itu memenangi kerusi terbanyak di negeri berkenaan bersama DAP dan Pas.- Utusan

DEB Dah Expired?

Arguments over NEP redundant, says SAPP
NST 2008/03/16

A Sabah-based Barisan Nasional party said the New Economic Policy had lapsed in the 1990s and that it was unhealthy for political leaders of different races to be pro or anti the policy based on racial prejudice.

Sabah Progressive Party (SAPP) president Datuk Yong Teck Lee said the NEP had expired in 1990 and was replaced by the National Development Policy (NDP), which was formulated by the National Economic Consultative Committee (NECC) from 1989 to 1990.

"The NECC was formed to formulate a post-NEP policy and I was one of the representatives from Sabah, along with the then deputy chief minister Datuk Ahmad Baharom and leaders from chambers of commerce. The process took a year to complete and the successor to the NEP was the NDP.

"At the Barisan Nasional supreme council meeting in Kuala Lumpur last Monday, our party once again highlighted the dangers of racial and religious polarisation and the mixing of religion with politics. There are much bigger issues facing the country than an expired NEP," he said in a statement.

Yong said SAPP had two years ago voiced objections to a proposal by Umno Youth to revive the NEP as it had been "discredited" and that the party preferred to support actions to help weaker sections of society irrespective of race.

The statement by the Penang government to not practice the NEP was redundant as the policy no longer exists, he said.

Penang chief minister Lim Guan Eng had said after taking charge of the government that the NEP will not be practiced, drawing criticism from Umno.

Lim Guan Eng Enggan Keluar RM100 Ribu

Abdul Halim Mohd Rashid
harakahdaily

KUALA LUMPUR, 17 Mac (Hrkh) - Kerana enggan membelanjakan RM100 ribu, Lim Guan Eng lebih rela tinggal di sebuah rumah berusia milik bapanya.

Naib Presiden PAS, Haji Mohamad Sabu menceritakan perkara itu selepas bertemu dengan Setiausaha Agung DAP itu di Pulau Pinang baru-baru ini.

Beliau ke pulau itu baru-baru ini kerana hendak bertemu Lim untuk berbincang beberapa perkara mengenai kepentingan bersama kedua-dua pihak.

"Oleh kerana beliau sibuk, beliau meminta saya menemuinya kira-kira pukul 10.00 malam hari itu.

"Tahu di mana Guan Eng nak jumpa saya? Di restoran McDonald,"
kata Mohamad Sabu yang mula mengenali Lim dengan lebih dekat ketika sama-sama di tahan dalam Operasi Lallang 1987 lalu.

Naib Presiden PAS itu juga lebih selesa bertemu di tempat terbuka kerana "tidak ada apa yang hendak dirahsiakan".

Bagaimanapun, katanya, Ketua Menteri Pulau Pinang itu kemudiannya memberitahu pertemuan itu tidak dapat diadakan di tempat terbuka itu atas nasihat pihak keselamatan.

Memahami perkara tersebut, beliau terus menuju ke rumah di mana Lim tinggal.

"Di rumah, dia biasa sahaja dengan "seluaq katok" (seluar pendek). Bila saya tengok keadaan rumah yang berusia tempat dia tinggal, saya tanya dia, kenapa tak pindah ke rumah rasmi Ketua Menteri?

"Dia (Lim) jawab: 'Susahlah, kalau nak pindah kena perbaiki. Terpaksa belanja sampai RM100 ribu. Takkan saya nak belanja duit rakyat sampai RM100 ribu untuk kepentingan saya'


"Saya rasa sangat terharu mempunyai kawan seperti itu," kata Mohamad Sabu.

Walaupun perkara itu bukanlah perkara baru baginya, memandangkan Mursyidul Am, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang menjadi Menteri Besar Kelantan sejak 1990 memilih kehidupan yang sederhana, begitu juga Presiden PAS Tuan Guru Datuk Seri Abdul Hadi Awang ketika menjadi Menteri Besar Terengganu dahulu, Naib Presiden PAS itu tetap merasa bangga dengan sikap sederhana dan rendah diri Lim itu.

"Saya bangga kerana dia takut nak belanja wang rakyat RM100 ribu sedangkan Perdana Menteri gasak sehingga RM15.81 juta untuk ubahsuai kediaman rasminya Seri Perdana di Putrajaya.

"Saya yakin, Menteri-Menteri Besar kita yang lain (dari PAS dan KeADILan) juag akan memilih jalan kehidupan yang sederhana yang sama seperti dua Tok Guru kita, jauh lagilah menyalahgunakan harta kerajaan," katanya.

Sementara itu, Bernama melaporkan, kata-kata pertama Lim semasa mengadakan sidang media di Pejabat Ketua Menteri di Tingkat 28 Komtar ialah: "Saya rasa seperti melangkah masuk ke kandang singa".

"Saya tidak menyangka dapat duduk di kerusi ketua menteri ini kerana pernah dipenjarakan. Ia merupakan transformasi sebenarnya dan pengalaman baru bagi saya," Bernama memetik Lim.

Sebelum mengangkat sumpah, Lim berkata beliau dapati lebih ramai pemberita menghadiri sidang akhbarnya sekarang dan "saya diterangi lampu-lampu kamera".

Dalam kenyataan kemenangannya, Lim berkata, "Kami gembira dengan kemenangan ini dan berjanji tidak akan mengecewakan penduduk Pulau Pinang.

"Kami mahu menegaskan bahawa kerajaan baru adalah untuk rakyat Malaysia daripada semua kaum. Kami ada bersikap adil, saksama dan tidak mendiskriminasikan mana-mana kumpulan - memberi bantuan kepada semua yang memerlukan.

"Penduduk Pulau Pinang yang berbakat akan mendapat peluang saksama daripada gabungan parti pembangkang itu yang disatukan menerusi kecintaan terhadap demokrasi dan menghormati hak asasi manusia, kekaksamaan politik dan keadilan sosioekonomi," katanya sambil mengesa orang ramai supaya "menghormati hasrat rakyat".

Man held with 99 passports

The Star


IPOH: The Immigration Department arrested a man in Lahat near here for having 99 passports belonging to 89 Myanmar and 10 Bangladeshi immigrants.

National enforcement director Datuk Ishak Mohamed said that the 55-year-old man was arrested at the office of his foreign workers outsourcing company at 10.30am yesterday after a tip-off from the public.

Ishak said the man had no right to keep the passports and would face legal action from the department pending investigation.

“Only two parties have the right to keep passports.

Not accepted: Ishak showing one of the Burma Refugees Organisation cards at a press conference in Ipoh on Sunday.
“One is the legitimate owner of the passport and the other is the employer. In this case, he is neither,” he told a press conference here yesterday.

The suspect, said Ishak, had admitted to managing the foreign workers on behalf of five outsourcing companies here, which is an offence.

The man had even issued so-called Burma Refugees Organisation (BRO) cards to the foreign immigrants.

The cards supposedly allow them to work here.

“The BRO cards and any other refugee-related cards are not recognised by the department,” said Ishak.

The operations of the five outsourcing companies have been suspended.

Ishak also said three other Myanmar workers, all in their 20s, were arrested during their operation.

“One of them did not have legal documents and the other two misused their working passes,” he said.

Meanwhile, eight factory workers have been detained for possessing fake MyKads in Kamunting on March 13.

Ishak said four were picked up at a house in Taman Mas here and the others at a nearby factory.


Tangan-tangan kotor Umno yang cuba disembunyikan

Suhaimi Taib
Sun | Mar 16, 08 | 4:43:28 pm MYT

Saya melihat Malaysia sekarang menuju ke arah satu perubahan baru politik dan ekonomi serta sosial rakyat sekiranya Barisan Alternatif (BA) pandai merancang dasar berkaitan dengannya dengan sempurna dan berkesan.

Perubahan itu boleh dinamakan reformasi rakyat selepas dasar pemerintahan Barisan Nasional (BN) gagal menyelesaikan kemelut Malaysia yang didominasi pelbagai kaum dan kecenderungan politik serta budaya hidup mereka selepas 50 tahun negara ditadbir parti itu.

Umno sendiri gagal memberi keyakinan konkrit bahawa sudah 50 tahun orang Melayu dibangunkan kehidupan mereka dengan keselesaan hidup yang memberangsangkan sedangkan sebenarnya keselesaan hidup itu diberikan kepada golongan elit politik Umno dan kroni kepimpinan tertinggi parti itu.

Kehidupan orang Melayu sendiri tidak berubah di bawah Umno, menjadi manusia yang mudah ditipu berkali-kali dengan janji-janji kosong pemimpin Umno kononnya untuk kemajuan dan pembangunan bangsa Melayu sedangkan realitinya indah khabar dari rupa.

Orang Melayu akan kaya dan senang sekiranya menjadi pengampu pemimpinnya dan sentiasa memberi sumbangan rasuah bila diperlukan untuk kepentingan politik dan peribadi pemimpin-pemimpin terbabit.

Sebagai balasannya orang Melayu terbabit biasanya golongan usahawan dan kontraktor binaan, diberi habuan projek melalui tender tertutup yang sudah ditentukan berapa peratus habuan perlu diberikan kepada pemimpin Umno yang meluluskan projek berkenaan.

Bahkan pemandu kenderaan kerajaan pun menerima habuan itu dari projek terbabit. Saya diberitahu oleh seorang kontraktor Umno dalam satu pertemuan di Kuala Terengganu baru-baru ini bahawa terdapat projek tertentu di Terengganu, yang pemimpin tertentu Umno mahukan RM4 juta untuk diluluskan.

Jika kontraktor berkenaan sanggup memberikan wang sejumlah itu kepada pemimpin itu maka projek berkenaan akan diberikan kepada beliau.

Ini sebagai satu contoh amalan korupsi bermaharajalela di kalangan pemimpin Umno kononya demi survival politik pemimpin terbabit.

Amalan inikah yang membawa kemajuan dan kemakmuran kepada negeri dan negara? Amalan inikah yang membawa perubahan dan ketamaddunan dalam budaya hidup masyarakat Melayu?

Budaya kotor ini menjadikan rakyat Melayu tidak berubah dan membiarkan kepincangan pentadbiran politik Umno menghantui kehidupan rakyat di saat orang Melayu sendiri terpinggir dari mengecapi arus kemajuan secara adil sehingga jurang golongan miskin dan kaya dirapatkan.

Kemelut kepincangan ekonomi dan politik ini juga berlaku di kalangan kaum lain termasuk Cina dan India.

Taukeh-taukeh Cina di Terengganu ketika ditemui amat jengkel dengan penguasaan projek pembangunan di negeri itu apabila ia dikuasai oleh syarikat-syarikat tertentu sahaja yang ada kaitannya dengan Perdana Menteri dan Menteri Besar negeri itu yang lalu.

Begitu juga keadaannya di negeri-negeri lain. Kesedaran rakyat semua kaum dalam hal ini antara lain mendorong mereka membuat perubahan agak besar juga dalam pilihan raya umum yang lalu apabila lima negeri menjadi milik Barisan Alternatif (BA) termasuk Pulau Pinang, Perak, Selangor, Kedah dan Kelantan yang kekal di tangan PAS.

Sebenarnya, rakyat secara umumnya sudah tidak percaya dengan BN/Umno untuk terus mengurus negara ini kerana banyak bukti lain memperlihatkan kegagalan parti itu memacu negara ke arah lebih baik, adil dan saksama.

Kemakmuran dan keamanan yang dibina Umno ialah untuk memberi keselesaan yang tidak terhingga kepada kroni-kroni parti itu merompak harta kekayaan rakyat termasuk royalti minyak dan gas Terengganu.

Tangan kotor pemimpin Umno telah menyebabkan kekayaan negeri itu diselewengkan untuk membina projek yang bukan untuk rakyat termasuk Monsoon Cup dan Taman Tamadun Islam Pulau Wan Man Kuala Terengganu, melalui saluran Dana Khas Jabatan Permbanguan Persekutuan.

Yang kenyang ialah kuncu-kuncu Khairy Jamaluddin dan Idris Jusoh sebagai Menteri Besar sebelum ini.

Saya percaya penemuan gas di perut bumi Kelantan juga akan dieksploitasi Umno supaya kerajaan PAS Kelantan berputih mata melihat ianya dibawa keluar dari bumi itu tanpa mengembalikannya kepada negeri dan rakyat negeri itu.

Ini adalah kerja-kerja terkutuk Umno yang amat dibenci rakyat mungkin dilaksanakan jika arus kesedaran pemimpin parti itu belum pulih sehingga realitinya parti itu tidak akan mengembalikan hasil bumi kepada rakyat negeri itu secara langsung melalui pentadbiran yang sah dipilih rakyat.

Ancaman di Pulau Pinang pula menunjukkan kedegilan Umno menongkah arus kebangkitan rakyat dengan mengancam serta mendesak Kerajaan Pusat tidak menyalurkan projek pembangunan secara berterusan dipercayai akan memakan diri mereka sendiri apabila rakyat negeri itu akan memulangkan paku buah keras kepada parti itu dalam pilihan raya umum ke-13.

Ia untuk menyatakan bahawa parti itu bukan bermusuh dengan DAP dan kerajaan Pulau Pinang sahaja tetapi ia bermusuh dengan rakyat negeri itu sendiri.

Di Terengganu tunjuk perasaan menentang kerajaan boleh memberi kesan sedikit sebanyak kerana ramai di kalangan rakyatnya masih dibelenggu pemikiran beku dan jumud acuan Umno tetapi tidak di Pulau Pinang kerana parti itu bukan dominan penduduk negeri itu yang majoritinya kaum Cina.

Reformasi rakyat melalui pilihan raya umum ke-12 walaupun tidak sepenuhnya di negara ini sekurang-kurangnya mengajar Umno/BN supaya menjadi parti yang prihatin masalah rakyat bukan biadap terhadap mereka.

Orang Melayu dibiarkan mundur agar terus sokong Umno-BN - Presiden PAS

Adnan Ibrahim, Saidah Hairan
Mon | Mar 17, 08 | 11:10:04 am MYT

MUKADIMAH: Dianggarkan lebih 190 bas dan 2000 kereta masuk ke Terengganu, didakwa membawa pengundi hantu sebelum hari mengundi pada 8 Mac lalu. Ia merupakan projek Pengerusi BN Terengganu, Dato� Seri Idris Jusoh meneruskan pemerintahan BN.

Bagi Idris, beliau tidak kisah sebilangan besar rakyat Terengganu tidak menyokong BN memerintah kerana projek tersebut sudah cukup untuk mengembalikan kekuasaannya sepertimana pilihan raya umum 2004.

Kerja beliau itu bukan bersendirian malah mendapat restu kerajaan Pusat bersama dengan projek tawan Kelantan. Hasilnya BN yakin mampu tinggal satu kerusi untuk PAS di Terengganu dan Kelantan jatuh kepada BN.

Sementara PAS menyifatkan pengundi hantu itu telah menggagalkan usahanya menawan kembali Terengganu yang pernah dikuasai ketika pilihan raya 1999.

Apakah kemasukan pengundi hantu menjadi faktor utama kegagalan PAS? Ikuti pandangan Presiden PAS, DATO' SERI TUAN GURU ABDUL HADI AWANG ketika ditemu bual wartawan Harakahdaily di rumahnya, di Rusila. �

HARAKAHDAILY: SPR mendakwa kemenangan PAS, KeADILan dan DAP serta mengusai lima negeri menunjukkan pilihan raya negara ini bersih, mengikut lunas demokrasi? SPR dakwa mereka telus?

DATO' SERI: Bukan keputusan pilihan raya menjadi ukuran tetapi perjalanan pilihan raya yang dipersoalkan. Daftar pemilih yang belum bersih diakui SPR dan memang berlaku. Undi pos dengan jumlah yang tidak wajar. Penggunaan jentera-jentera kerajaan termasuk SPR sendiri untuk menjamin kemenangan BN. Kemenangan yang belaku adalah kebangkitan rakyat yang besar. Apa yang berlaku adalah kebangkitan rakyat menolak BN. Apa yang menarik rakyat yang disogokkan dengan pembangunan yang dianggap maju seperti Selangor dan Perak. Kemenangan PAS di negeri ini adalah kawasan di bandar. Kawasan yang mendapat maklumat alternatif melalu internet dan pelbagai saluran. Kawasan yang tidak mendapat maklumat kawasan miskin dan tetap menjadi sasaran penipuan pilihan raya yang berlaku dengan beberapa perkara. Saya tetap menganggap pilihan raya ini masih kotor. BN menggunakan alat kerajaan dengan cara yang tidak demokratik menggunakan media, jabatan kerajaan antaranya polis, SPR dan kementerian Dalam Negeri (KDN) serta Jabatan Pendaftaran Negara (JPN). Kita melihat banyak kawasan yang peratus mengundi terlalu tinggi mengatasi negara paling maju dalam dunia. Ini dapat dibuktikan adanya pengundi-pengundi hantu yang didaftarkan mengikut pertolongan SPR dan JPN melalui kad pengenalan yang disediakan. Kita dapat bukti yang banyak di seluruh negara sama ada pengundi dari luar yang dihantar melalui bas dengan jumlah besar dengan dikawal oleh Polis dengan alasan mereka adalah pengundi yang sah. Memang mereka ada nama dalam daftar pemilih tetapi mengapa tidak disemak kad pengenalan dan alamat mereka. Di sana masih banyak pengundi pos dengan jumlah yang tidak patut dan luar biasa. Undi pos yang menjadi undi penentu untuk memenangkan BN, yang jelas di Belatik, Kedah. Undi Pos di kawasan yang tidak ada tentera, tidak ada kem yang boleh jadi alasan pengundi pos. Politik wang juga masih berjalan.

Apakah pengundi hantu berlaku di kawasan tertentu atau bagaimana?

Pengundi hantu dilakukan di seluruh Malaysia iaitu kawasan tumpuan. Saya melihat sendiri bas yang berderet-deret dikawal polis macam VIP. Petugas kita dapat mengesan melalui perisikan kita sendiri dan mendapat maklumat yang sah.

Kecelaruan undang-undang iaitu peraturan dakwat dibatalkan. Ia menandakan SPR benar-benar menjadi alat BN. Dalam negara demokrasi yang adil apabila Parlimen dibubarkan tidak ada parti kerajaan dan pembangkang semua parti adalah sama.

Tetapi media-media perdana elektornik dan cetak telah menonjolkan BN adalah parti kerajaan bila-bila masa saja. Ini adalah satu cara yang tidak adil dalam laporan media.

Apa perbezaan antara rakyat Kelantan dengan Terengganu kerana kedua-dua negeri ini mempunyai pengundi hantu yang besar tetapi Kelantan tidak boleh ditembusi pengundi hantu?

Saya tetap berkeyakinan majoriti rakyat Terengganu menyokong PAS sama dengan Kelantan. Tetapi jumlah pengundi hantu lebih besar daripada Kelantan di setiap di peti undi.

Begitu juga dengan jumlah bas yang datang. Mereka ditempatkan lebih awal di balai polis, pusat tahanan pendatang tanpa izin, chalet untuk masuk ke pusat pengundi.

Dato' Seri, bagaimana dengan sokongan pengundi di saluran satu?

Itu belum dapat maklumat sebab post-mortem belum dibuat. Kita akan buat satu post-mortem secara menyeluruh tapi penglibatan golongan muda dalam kerja pilihan raya menandakan kebangkitan golongan muda menyokong PAS sangat hebat.

Kita melihat perubahan yang berlaku dalam masyarakat Cina dan India sebalik tempat majoriti Melayu masih sokong BN?

Masyarakat Cina dan India banyak duduk di kawasan bandar dan banyak mendapat maklumat. Masyarakat Melayu dibiarkan tinggal di kawasan pedalaman. Kawasan jauh daripada maklumat. Kawasan yang mundur. Memang BN lebih suka orang Melayu jadi begitu supaya mereka lebih mudah ditipu.

Sepatutnya Umno hendaklah mengambil satu tanggungjawab dan berasa berdosa kerana menjahilkan orang-orang Melayu bukan saja dalam bidang agama bahkan politik. Yang penting mereka boleh berkuasa sampai bila-bila.

BN mungkin memerlukan 14 kerusi lagi untuk capai dua pertiga. Bagaimana sekiranya berlaku pembelian wakil rakyat bagi meneruskan penguasaan BN?

Saya yakin BN akan melakukan politik wang macam dia amal dalam parti dia sendiri dalam masa pilihan raya. PAS memastikan wakil-wakil rakyatnya dengan sumpah secara Islam supaya tidak khianat terhadap perjuangan Islam yang dibawa oleh PAS.

Jika mereka mengkhianati PAS mereka akan dilaknat oleh seluruh makhluk. Parti-parti lain kita nasihatkan supaya teguh dan setia pada perjuangan masing-masing. Saya percaya semua parti politik dapat melahirkan calon-calon yang berwibawa, Insy-Allah tidak lagi dalam tahun 50-an.

Biarlah mereka yang boleh dibeli ini hanya dalam BN. Saya kesal dengan BPR kerana tidak dapat memainkan peranan yang telus dan berkesan untuk menghapuskan rasuah. Umno sengaja mengekalkan BPR dalamm keadaan tidak ada kuasa. Mereka kekalkan OSA dan ISA untuk melindungi mereka yang terlibat dengan penyediaan kad pengenalan palsu.

Sebenarnya bukan untuk menangkap tetapi untuk melindungi pihak yang terlibat dengan penyediaan kad pengenalan itu supaya tidak terdedah. Jika terdedah mereka akan ditangkap tetapi selepas itu mereka dibebaskan. Itu hanya lakonan.

Apakah PAS akan mengambil tindakan undang-undang?

Insya-Allah kita akan mengumpulkan maklumat yang sebanyak-banyaknya. Saya sudah baca Harakahdaily, Perlis akan mengambil tindakan undang-undang di Parlimen dan Dun.

Bagaimana dengan Idris Jusoh mahu membuat petisyen terutama di Marang kerana menyekat pengundi?

Kita cabar dia. Saya minta satu siasatan telus diadakan kalau boleh biar ada satu suruhanjaya bebas menyiasat. Kita ada bukti mengapa polis mengambil kad pengenalan dan melindungi pengundi hantu. Saya� minta polis juga disiasat.

Umno mempersoalkan kemenangan PAS dan�KeADILan sehingga Pulau Pinang jatuh kepada DAP?

Itu kegagalan dan permainan Umno. Kita percaya hubungan antara PAS, KeADILan dengan DAP lain dengan apa yang berlaku dalam hubungan Umno. Kita percaya tokoh-tokoh PAS dan PKR dapat bersama dengan DAP kerana perjuangan kita adalah menyeluruh bukan untuk satu kaum saja.

Melayu perlu dibela tanpa menjejaskan masyarakat Cina. Apa yang berlaku ialah kesalahan Umno sendiri kerana mereka mengamalkan politik rasuah, kronisme dan nepotisma sehingga mereka membiarkan bangsa mereka sendiri. Itu yang sebenarnya.

Kalau orang Melayu zaman Umno boleh menerima Ketua Menteri Gerakan yang bukan Melayu mengapa mereka tidak boleh terima DAP. Kita minta tunggu dan lihat dahulu apa yang dilakukan, jangan cepat menghukum.

Ramai penganalisis politik mengatakan keputusan pilihan raya menunjukkan berlakunya 'tsunami politik', bagaimana dengan Dato� Seri?

Memusnahkan kezaliman dan mereka yang bersengkokol dengannya. Insya-Allah kita akan dapat menyuburkan kerajaan berteraskan kepada keadilan, amanah dan berkebajikan sebagaimana yang kita perjuangkan.

Walaupun kita tidak boleh menunaikan semua janji kerana kita tidak menguasai kerajaan Pusat. Saya percaya di bidang kuasa kerajaan negeri banyak janji-janji yang boleh ditunaikan. Cuma saya berharap kerajaan Pusat jangan melanggar perlembagaan dan prinsip Fedralisme sebagaimana yang pernah dilakukan kepada kerajaan Kelantan dan Terengganu.

Saya telah memberikan surat pengesahan yang ditandatangani oleh saya sendiri bahawa PAS menyokong Menteri Besar diberikan kepada Tan Sri Khalid Ibrahim.

Mungkin Dato' menaruh harapan kepada negeri-negeri yang dikuasai PAS?

Memang harapan kita tinggi sebagaimana kita berjaya di Kelantan, insya-Allah kita berjaya di empat negeri. Mungkin membawa satu perubahan di seluruh negara.

Kita mengharapkan Umno dan komponen BN menyokong banyak negeri yang kita kuasai. Mereka mesti menerima hakikat keputusan pilihan raya.

Bagaimana dengan Timbalan Menteri Besar Selangor?

Itu terpulang kepada budi bicara negeri Selangor dan tidak semestinya ada Timbalan. Nak pakai exco saja pun boleh.

Kedah kita bagi satu exco kepada DAP ini menunjukkan satu pembentukan kerjasama kita. Exco ini untuk menguatkan kerajaan sebab kita nak lawan dengan BN. - lanh