Pengumuman

Sunday, March 23, 2008

Khas: Strategi PAS Untuk Menawan Hati Rakyat (Bhg. 3)

1. Penerangan
Penerangan merupakan aspek yang penting dalam meng'update' berita atau menjawab segala isu yang berkaitan dengan PAS. PAS tidak ada media yang efektif untuk sampai ke akar umbi dalam sekelip mata sebagaimana BN/UMNO yang menggunakan TV dan akhbar. Meskipun menggunakan saluran itu untuk kepentingan mereka adalah suatu yang haram dan dosa di sisi Allah SWT (kerana semua media itu adalah kepunyaan rakyat - kecuali TV swasta eg. TV3 dll.), tetapi itulah wajah BN/UMNO yang rakyat tak nampak.

Persoalannya ialah, bagaimana PAS boleh menggunakan jenteranya untuk menyampaikan maklumat tentang perkembangan semasanya? Kita sedia maklum bahawa dalam PAS juga ada wartawan dan syarikat percetakan. Semua ini perlu berfungsi sepenuhnya untuk menerbitkan makalah, risalah atau apa saja penerbitan berkala untuk diedarkan. Ongkosnya? Di sini kemungkinan ianya perlu diambil dari sumber derma dan zakat. Zakat dibolehkan adalah mengambil kira pekerjaan ini merupakan perjuangan fi sabilillah.

Bila bahan untuk diedarkan sudah sedia, maka cara pengederannya bagaimana? Nah, di sinilah peranan Ketua 10 yang tak berjaya digerakkan dengan efektif selama ini dapat digerakkan dengan berkesan. Mereka akan mengedarkan 'akhbar' PAS ini ke setiap rumah yang berada dalam jagaannya. Jadi, dengan cara ini maklumat dan perkembangan terbaru PAS dapat sampai ke akar umbi.

Cara menyampaikan maklumat yang lebih menarik ialah dengan ceramah kelompok sebagaimana yang dilakukan pada musim pilihanraya. Ia tidak boleh dilakukan dengan terlalu kerap kerana PAS tidak mempunyai cukup penceramah. Cukup sekiranya dapat dilakukan sebulan sekali. Lebih menarik sekiranya 'orang penting' PAS dapat hadir dalam ceramah itu untuk menarik audient. Saya tertarik dengan tajuk ceramah kelompok seperti "Dialog bersama pemimpin: Apa yang anda sepatutnya dapat dari sebuah kerajaan", "Anda mempunyai sebarang masalah? Mari temui pemimpin anda!" dsb. Walaupun untuk menganjurkan ceramah ini agak cerewet, tapi kesannya cukup positif kerana mereka akan menyuarakan masalah dan ketidak-fahaman mereka yang mana PAS akan ambil perhatian untuk diselesaikan. Perlu diingat bahawa penganjur ceramah kelompok mestilah pihak cawangan, bukan tuan rumah.

Sekiranya perkara ini dapat dilaksanakan, InsyaAllah petugas PAS tidak akan terlalu kalut untuk menghadapi pilihanraya dan culaan dapat dilaksanakan dengan lebih berkesan.

2. Dakwah
Dakwah merupakan satu cabaran yang perlu diatasi bagi membina akidah perjuangan. Ia merupakan proses yang berterusan. Selama ini, ia agak terabai kerana PAS tidak memandang serius dalam mentarbiyah masyarakat. Apa yang PAS lakukan selama ini ialah mentarbiyah AJK dan ahli sahaja, sedangkan aset PAS yang lebih besar adalah mentarbiyah masyarakat. Ini berbeza kalau kita lihat di Kelantan di mana kerja-kerja mentarbiyah masyarakat boleh ditemui sehingga ke akar umbi. Tidak hairanlah kalau Tuan Guru Nik Abd. Aziz boleh berkata bahawa tak guna dakwat pun kita menang, memang sungguh PAS menang.

Jadi, cara yang sangat berkesan ialah pendakwah turun ke masyarakat. Kalau selama ini masyarakat perlu keluar mencari tempat-tempat pengajian, tetapi sekarang pendakwah PAS perlu turun ke tengah-tengah masyarakat untuk membawa mesej dan maklumat perjuangan. Ini sangat bertepatan dengan kaedah Rasulullah SAW dan para sahabat pergi ke tengah masyarakat untuk menyampaikan dakwah.

Bagaimanakah bentuk program yang perlu diatur? Nah, di sini peranan cawangan untuk mencari lokasi yang terbaik. Berbeza dengan ceramah kelompok yang dilakukan di dalam rumah yang berbeza-beza, program ceramah dakwah ini perlu dilakukan di tempat yang tetap. Jika tempat yang terpilih itu adalah rumah penduduk dan tidak mempunyai kemudahan yang mencukupi, pihak cawangan perlu berusaha untuk mencari khemah dan kerusi, selain sistem PA sebagai keperluan ceramah. Tempat itu akan dijadikan tempat ceramah dakwah yang kekal. Masa ceramah perlu pada waktu pagi hujung minggu, atau petang hari bekerja. Ini akan menarik lebih ramai pendengar. (bersambung bhg. 4)

No comments: