
Dalang di sebalik drama ini adalah Pak Lah. Beliau yang yang secara langsung mencetuskan suasana ini. Beliau yang sepatutnya boleh menyelesaikan kemelut ini dengan hanya sepotong ayat kepada Idris, tetapi beliau gagal lakukannya malah merestui tindakan Idris agar derhaka kepada sultan.
Apakah dengan cara ini akan selesai masalah? Jika tuntuta Idris berjaya, apakah pilihanraya ke 13 akan berpihak kepada BN sedangkan kemarahan rakyat sedang membara ketika ini. Bukankah tindakan ini hanya mengundang bala kepada UMNO/BN Terengganu? Sekiranya pemboikotan diteruskan, sidang dewan pertama menjadi medan undi tidak percaya, MB mana akan dilantik dengan turunnya Ahmad dalam keadaan 23 ADUN yang lain telah derhaka? Apakah menasabah sultan akan melantik salah seorang daripadanya? Ianya hanya akan berjaya kalau Ahmad berjaya menubuhkan kerajaan dengan menarik beberapa ADUN lain yang dapat bekerjasama dengannya dan membentuk kerajaan minoriti dengan PAS. Ini tidak mustahil kerana PAS sentiasa bersikap terbuka. Namun, siapakah di antara ADUN yang sanggup dipecat dari UMNO kerana menolong Ahmad?
Jadi, jalan yang terbaik hanyalah membubarkan dewan untuk pilihanraya semula di Terengganu. Semua penderhaka di Terengganu ini perlu ditangkap dan dihukum dengan hukuman yang setimpal. Hanya ini yang akan mengelakkan penderhakaan kepada sultan dari berulang yang pastinya akan menjejaskan keselamatan negara.
No comments:
Post a Comment