Pengumuman

Tuesday, March 18, 2008

DEB: "Bukan PAS, PKR atau DAP yang khianati, rompak duit dan saham orang Melayu" : Anwar

Oleh Harakahdaily
Selasa, 18 Mac 2008

KL: Pelbagai pertubuhan dan persatuan Cina memberi sokongan penuh terhadap Kerajaan Barisan Alternatif (BA) di lima negeri khususnya di Selangor dan Pulau Pinang serta berminat untuk bekerjasama dalam polisi yang bakal dilaksanakan oleh kerajaan negeri terbabit.

"Anda boleh pertikai dan kritik polisi BA tetapi tidak memainkan isu perkauman seperti 'khianati melayu' dan sebagainya" kata Anwar
Penasihat Parti Keadilan Rakyat (KeADILan) Dato' Seri Anwar Ibrahim berkata komitmen pertubuhan tersebut membabitkan isu-isu yang berkaitan masalah rakyat terpingir dan misikin dartipada pelbagai bangsa, pendidikan dan perumahan kos rendah.

Beliau berkata demikia sejurus selepas mengadakan pertemuan dengan para wakil perlbagai pertubuhan Cina di pejabatnya di Petaling Jaya, tengah hari tadi.

"Mereka semua menyatakan sokongan dan akan membantu dalam usaha menjayakan polisi kerajaan BA di samping usaha ini akan memantapkan lagi kerjasama di antara PAS, KeADILan dan DAP," kata Anwar di hadapan puluhan wartawan.

"Apa yang lebih penting ialah fokus kita untuk melaksanakan agenda perubahan dan meningkatkan ekonomi negara yang berdaya saing malah kita akan pastikan bahawa pengagihan ekonomi kan bebas daripada korupsi serta tidak melibatkan kroni atau agen." katanya.

Anwar menyatakan golongan yang wajar dilabel sebagai 'mengkhianati melayu' adalah terdiri daripada orang melayu yang 'melesapkan' berbillion ringgit untuk kepentingan diri, keluarga dan kroni. "Siapa selama ini yang 'rompak' duit orang Melayu, saham orang Melayu? Yang pasti bukan KeADILan, PAS dan DAP," kata Anwar.
Sementara itu Anwar juga turut menjelaskan bahawa pelabur-pelabur asing daripada negara Timur Tengah, China dan India semakin menunjukkan minat dan berhasrat untuk melabur di negeri-negeri yang diperintah oleh kerajaan BA.

"Walaupun kerajaan BA memerintah, namun operasi dan urusan seharian berjalan seperti biasa," katanya.

Beliau dalam pada itu turut membidas pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab yang memainkan isu dan sentimen perkauaman yang mengundang rasa tidak senang rakyat di negera ini.

"Anda boleh pertikai dan kritik polisi BA tetapi tidak memainkan isu perkauman seperti 'khianati melayu' dan sebagainya," katanya.

Anwar menyatakan golongan yang wajar dilabel sebagai 'mengkhianati melayu' adalah terdiri daripada orang melayu yang 'melesapkan' berbillion ringgit untuk kepentingan diri, keluarga dan kroni.

"Siapa selama ini yang 'rompak' duit orang Melayu, saham orang Melayu? Yang pasti bukan KeADILan, PAS dan DAP," kata Anwar.

Beliau turut ditanya tentang perundingan dengan parti-parti gabungan pembangkang untuk menyediakan 'Kabinet Bayangan', terutama lawatannya ke Sabah dan Sarawak yang mengundang spekulasi ke arah pembetukan kerajaan baru.

"Perkara itu dalam proses dan bukanlah sesuatu yang perlu dipercepatkan.Agenda kita yang utama ialah melaksanakan polisi kita, membangun negeri dan membela nasib rakyat terpinggir.

"Kemungkinan ketika saya umumkan nanti ianya bukan lagi 'kabinet bayangan'...siapa tahu," katanya berseloroh menjawab soalan pemberita terbabit.

No comments: