Pengumuman

Sunday, August 24, 2008

Agen KM Sabah Ditahan Seludup RM16 Juta Untuk Permatang Pauh

(Suara Keadilan)

Lihatlah betapa jahatnya UMNO/BN. Jahat yang tak boleh dibuat kawan! Mungkin lebih layak kalau digelar 'iblis'. Tak pernah serik dengan kejahatan dan rasuah. Apakah Melayu dan rakyat Malaysia begitu bodoh sehingga masih sanggup mengundi mereka untuk terus berkuasa bagi mengenyangkan perut-perut mereka?

Ketua Menteri Sabah Musa Aman yang terkenal dengan siri-siri skandal rasuah dan penyalahgunaan kuasa sebelum ini, dikesan cuba menyeludup RM16 juta dari luar negara untuk kegunaan kempen BN di Permatang Pauh.

Penemuan itu dibuat berikutan penangkapan abang angkatnya, Michael Chia, yang membawa beg bimbit sarat dengan wang ringgit, dalam perjalananya pulang ke Kuala Lumpur dari Hong Kong – sebuah negara pulau yang menjadi syurga kepada kegiatan kongsi gelap Cina.

Rampasan RM16 juta yang akan ditaburkan di Permatang Pauh itu mengundang kecaman hebat dari Pakatan Rakyat. Penasihat DAP Lim Kit Siang berkata, Badan Pencegah Rasuah (BPR) tidak mempunyai alasan untuk tidak menyiasat Musa Aman, sepertimana kepantasan BPR menahan dua pimpinan KeADILan Perak baru-baru ini.

“Bukan satu isu sekiranya Musa Aman menafikan pembabitannya dalam rasuah ini, ataupun kerajaan sedang sibuk dengan pilihanraya kecil Permatang Pauh, pokoknya polis dan Badan Pencegah Rasuah (BPR) harus menjalankan siasatan terhadap beliau,” kata penasihat DAP, Lim Kit Siang.

Seruan Lim Kit Siang ini satu peringatan keras kepada BPR, yang selama ini membisu ketika tuduhan rasuah terpalit pada pemimpin-pemimpin kanan BN.

Seraya dengan itu empat pemimpin DAP Sabah memfailkan laporan polis terhadap Musa Aman 22 Ogos lalu. Lim Kit Siang, Ahli Parlimen Kota Kinabalu Dr Hiew King Chiew, Ahli Parlimen Segambut Lim Lip Eng dan Adun Sri Tanjong Jimmy Wong memfailkan laporan polis terhadap rasuah Musa Aman di Balai Polis Dang Wangi sekitar 11.30 pagi.

Laporan polis itu dibuat berdasarkan kepada pendedahan laman web Malaysia-Today yang melaporkan abang angkat Musa Aman itu ditahan membawa wang RM16 yang dikatakan untuk kegunaan kempen Pilihanraya Kecil Permatang Pauh.

“Menurut sumber dari polis Hong Kong dan Interpol, Michael diperhatikan sejak tiga tahun lalu. Michael ditangkap sedang membawa matawang Singapura bernilai RM16 juta dalam beg bimbitnya,” lapor laman berita itu.

Menurut sumber dari polis Hong Kong itu lagi, Michael merayu polis negara itu supaya dibebaskan kerana wang itu bukan miliknya, tetapi milik Ketua Menteri Sabah, Musa Aman, dan dia sekadar ‘agen’ menyeludup wang itu dari Hong Kong untuk BN.

Lapor Malaysia-Today, Musa dirundung gelisah apabila akaun banknya di Hong Kong dibekukan serta-merta menyusuli penangkapan abang angkatnya itu.

KeADILan Mahu BPR Siasat

Mengulas isu ini, Pengerusi Perhubungan KeADILan SAbah, Ansari Abdullah tidak menolak kemungkinan wang ini digunakan untuk kempen BN di Permatang Pauh, bahkan kejadian ini bukan kali pertama berlaku. Menurut Ansari, dana dari sumber-sumber mencurigakan telah membiayai jentera BN semasa pilihanraya di Sabah.

“Sebelum ini, individu-individu tertentu daripada Sabah disyaki terbabit dalam pembalakan haram di Keningau dilaporkan telah membiayai jentera BN dalam pilihanraya lalu,” kata Ansari ketika dihubungi Suara Keadilan.

Beliau bagaimanapun mengingatkan orang ramai supaya lebih keras menggesa BPR menyiasat perkara ini, kerana beliau sendiri tidak yakin BPR akan menyiasat kes Musa Aman ini sepertimana BPR menyiasat kes membabitkan dua exco negeri Perak yang ditahan baru-baru ini. Jelas Ansari, kes sebegini rupa menjadi isu besar di Sabah dalam PRU12 lalu, namun kes ini tidak lagi disebut selepas pilihanraya.

“Pembiayaan dari sumber-sumber mencurigakan menjadi isu besar di Sabah, hinggakan BPR direkah untuk menahan individu-individu yang dipercayai terbabit, namun kes ini telah ditutup begitu sahaja. Orang-orang inilah yang membiayai jentera pilihanraya BN,” tegas Ansari.

Polis Jangan Berat Sebelah

Bercakap selepas memfailkan laporan polis, Dr Hiew menggesa polis untuk tidak berat-sebelah dan menangguh-nangguhkan siasatan keatas Musa Aman. Dalam masa yang sama, polis juga diminta merampas passport Musa supaya Ketua Menteri Sabah itu tidak kemana-mana dan membantu siasatan berhubung penyeludupan RM16 juta ini.

“Kita persoalkan dari mana sumber wang ini - dari mana, dan untuk apa wang itu akan digunakan,” kata Ahli Parlimen Kota Kinabalu itu lagi.

“Rakyat Sabah antara rakyat yang termiskin di negara in, tetapi kita ada laporan menyatakan Ketua Menteri memiliki wang RM16 juta, ini tentunya sekali merosakkan imej negeri Sabah di mata rakyat di Semenanjung,” keluh Hiew.

Najib Bersumpah Dalam Kuil Hindu

(http://kerajaanrakyat.com)

Kamu ni Dollah betul-betul menyusahkan dan menyesatkan rakyatlah. Apalah nak jadi dengan kamu ni Dol?. Harta rakyat kamu rembat. Cakap kamu takde yang betul, dok menipu sana sini. Nafsu kamu tak reti nak kawal, kamu dok meraba sana merapu sini. Aku pun jadi binggunglah Dol, kalau aku cakap kamu ni pekong mangkok berayun, nanti kamu marah. Aku tak cakap, kamu menjadi-jadi mengenyamnya.

Hello Dol, dengar sini, kamu tu presiden UMNO, elok-eloklah sikit perangai kamu tu. Dol, aku nak minta tolong sikit, kamu tolong tunjal sikit kepala si Najib tu kalau betullah cerita kat bawah ini.

Apakah ini satu lagi kesesatan fahaman yang dianjurkan oleh Hadhari yang diimamkan oleh presiden UMNO, Abdullah Badawi?. Hello Datuk Seri Dollah Badawi, tolong ulas tentang hal ini.

Saya sudah lama dengar kes ini tetapi tiada siapa yang berani menyatakannya. Terima kasih RPK dan tahniah Thagarajoo kerana mendedahkan hal ini.

Mungkin sekarang berlori-lori ‘bomoh’ berkeliaran di Permatang Pauh menjampi serapah dan mentera untuk kemenangan calon Barisan Nasional dari UMNO, Datuk Arif Shah Omar Shah.

Kalau ternampaklah bomoh Hindu di Permatang Pauh cuba tanya dia kenal tak Datuk Seri Najib? Saya agak bomoh tu akan jawab, itu oranglah hantar sama saya sini.

Mr. Thagarajoo dari Bandar Kinrara Puchong, Selangor yang pernah berkhidmat dengan Datuk KS Nallakaruppan dan kemudiannya berkerja sebagai pemandu kepada Datuk Kenneth Eswaran telah mendedahkan bahawa Datuk Seri Najib dan Datin Seri Rosmah Mansor telah menjadikan berbomoh (bomoh Hindu) sebagai amalan mereka.

Datuk Kenneth Eswaran adalah rakan akrab kepada Datuk Seri Najib Razak

Antara apa yang dinyatakan oleh Thagarajoo dalam ‘akuan bersumpah’nya ialah:

  • Beliau sendiri (atas arahan Datuk Kenneth) yang membawa bomoh bernama Mr. Ji berbangsa India dan beragama Hindu ke rumah Datuk Seri Najib untuk upacara berbomoh mengikut amalan Hindu. Bomoh tersebut didatangkan khas dari Kerala, India.
  • Bomoh tersebut bukan sekali ke rumah Najib tetapi banyak kali.
  • Antara kaedah berbomoh yang dilakukan di dalam rumah Najib termasuklah yang memerlukan Najib dan Rosmah duduk di tengah-tengah sementara Mr. Ji menjalankan upacara menteranya (mungkin dengan berjampi mengelilingi Najib dan Rosmah) yang menggunakan segala peralatan berunsur kepercayaan agama Hindu. Kemudiannya Najib dan Rosmah akan dimandikan dengan susu lembu oleh bomoh tersebut.
  • Menurut Thagarajoo, setiap kali amalan Hindu ini dilakukan ke atas Najib dan Rosmah, beliau hadir sama.
  • Semasa pilihanraya kecil Ijok pada tahun 2007, Thagarajoo telah memandu Mr. Ji ke Pusat Pembuangan undi untuk menjalankan aktiviti menteranya bagi menjamin kemenangan calon Barisan Nasional dari MIC, K. Partiban.
  • Thagarajoo penuh yakin amalan berbomoh Hindu ini masih diteruskan oleh Najib dan Rosmah. Malahan beliau yakin Mr. Ji turut dibawa ke Permatang Pauh.
  • Datin Seri Rosmah pernah meluahkan rasa bimbangnya kepada Datuk Kenneth sekiranya Datuk Seri Abdullah Badawi berkahwin dengan Jeanne. Datuk Kenneth kemudiannya memberi jaminan dia akan meminta bantuan bomoh Hindu itu untuk menghalang perkahwinan Abdullah dengan Jeanne.

Hello tamby Najib,

Kalau benarlah semua perkara yang dinyatakan ini, saya cadangkan kamu, Najib anak lelaki Razak agar pilih satu antara dua perkara berikut:

  1. Kamu bertaubat kepada ALLAH, atau
  2. Kamu Bersumpah dalam Kuil Hindu. Nauzubillah himinzaliq

Ya ALLAH yang maha mengetahui, kami bermohon kepada MU wahai ALLAH, peliharakanlah hamba MU, rakyat Malaysia daripada segala kekejaman dan kezaliman pemerintahan regim UMNO dan Barisan Nasional.

Ya ALLAH, kami bermohon kepada MU wahai ALLAH, laknatilah dan turunkanlah bala dan pembalasan azab MU kepada pemimpin UMNO dan Barisan Nasional yang telah mengkhianati amanah MU agar menjadi pentadbir yang telus kepada rakyat Malaysia.

Ya ALLAH, kami bermohon kepada MU wahai ALLAH, kurniakanlah kekuatan, ketabahan, kemenangan dan hidayah MU kepada seluruh rakyat Malaysia yang telah dizalimi oleh pemimpin UMNO dan Barisan Nasional.

Ya ALLAH, kami bermohon kepada MU wahai ALLAH, bukakanlah pintu hati seluruh penduduk dan pengundi di Permatang Pauh agar memilih dan memberi undian mereka kepada hamba MU, Anwar bin Ibrahim dalam pilihanraya kecil Permatang Pauh pada 24 hb Syaaban 1429 Hijrah ini.

Selawat dan salam ke atas junjungan kami Rasulullah sallallahu alaihi wassalam, kaum keluarga serta para sahabat.

Amin ya Rabbal’alamin.

Wednesday, August 20, 2008

Mengundi Membabitkan Dosa Dan Pahala - Dato’ Dr. Harun Din

(Dari Emel)

Meskipun hari mengundi dan suasana pilihanraya baru saja berlalu, namun mengundi merupakan proses yang berterusan selagi negara mengamalkan proses demokrasi. Kita juga seringkali dihadapkan dengan pertanyaan-pertanyaan yang tidak mudah untuk dijawab berkaitan hal-hal mengundi ini. Oleh itu, di bawah disertakan soal-jawab ilmu bersama Al-Fadhil Dato' Harun Din untuk kita kongsikan bersama yang dihantar melalui emel oleh Sdr. Zulmd.

Soalan

Memilih atau mengundi mana-mana calon pada pilihanraya adalah salah satu proses demokrasi. Seseorang itu boleh dan bebas memilih sesiapa yang dia suka. Ini adalah perkara dunia yang tidak ada kena mengena dengan dosa dan pahala. Hal sebegini pernah disebut oleh banyak orang terutamanya orang politik. Apakah benar ia tiada kaitan dengan akhirat ? Apakah pandangan Dato’ ?

Ahli Jemaah T
Seri Petaling

Jawapan

Tanggapan sedemikian adalah sesuatu yang dimomokkan sebilangan orang terutamanya mereka yang mengasaskan dasar politik mereka diatas dasar sekular. Tambahan pula media masa di negara kita sememangnya memihak kepada apa yang saudara dakwakan.

Rakyat disajikan terus menerus mengenai gagasan yang memisahkan antara politik dan agama dari penghidupan. Kebetulan di neara kita parti politik yang memperolehi kuasa atas nama demokrasi tidak berteraskan Islam. Malah kadangkala semacam memusuhi politik Islam.

Oleh kerana itu ia mencetuskan persepsi sebagaimana yang saudara sebutkan iaitu menafikan kerja-kerja pilihanraya dengan belanja dan tenaga yang besar, dinafikan ia mendatangkan apa apa pahala.

Islam pada hakikatnya tidak sekali-kali akan terpisah denga penghidupan secara total. Islam itu adalah segala-galanya dalam kehidupan muslim. Mahu tidak mahu sebagai umat Islam, kita mesti menerima hakikat bahawa Islam itu adalah cara hidup yang lengkap.

Inilah maksud sebenar dari firman Allah ( mafhumNya ):

“…Pada hari ini ( hari Nabi Muhammad mengerjakan haji wada’) , Aku (Allah) telah sempurnakan bagi kamu agama kamu ( Islam) dan telah Aku cukupkan nikmat-Ku dan Aku reda Islam itu menjadi agama kamu…”
(Al-Maidah : 3)

Inilah ayat yang menyimpulkan Islam itu sebagai satu cara hidup. Jika Islam itu terpisah dari politik , bagaimana kita hendak memahami kesempurnaan Islam ?

Rasulullah SAW sendiri menghayati erti kesempurnaan Islam itu dengan baginda sendiri menjadi pemerintah negara dengan melaksanakan semua perintah Allah. Bagaimana mungkin segala perintah Allah boleh dilaksanakan jika kuasa pemerintahan tidak ada di tangan baginda ? Dan bagaimana mungkin umat Islam hari ini hendak melaksanakan perintah-perintah Allah jika kuasa peperintahan tidak berada ditangan orang orang Islam ?

Memerintah negara seperti yang dilakukan oleh Rasullah SAW di Madinah adalah suatu realiti yang wajib diimani bahawa itulah Islam yang sempurna. Islam yang syumul disandarkan kepada kuasa politik untuk kepentingan Islam itu sendiri.

Sebaik sahaja Rasullah dipanggil pulang oleh Allah SWT (wafat), belumpun sempat disempurnakan jenazah baginda, sahabat besar berkumpul dan berhempas-pulas untuk menyelesaikan masalah besar ummah iaitu mencari pemimpin untuk meneruskan pemerintahan Islam yang ditinggalkan oleh Rasullah SAW.

Para sahabat bermuafakat untuk mencari pengganti . Ini adalah urusan politik yang mesti dibereskan terlebih dahulu. Sahabat berpendapat urusan politik untuk meneruskan pemerintahan demi kepentingan ummah lebih penting dari menyegerakan pengebumian Rasulullah SAW.

Akhirnya mereka memilih Abu Bakar As-Siddiq r.a. sebagai ketua negara memenuhkan kekosongan yang ditinggalkan oleh Rasulullah SAW.

Politik Islam asasnya suci murni memegang kuasa untuk memimpin ummah bagi menuju keredhaan Allah. Islam menjadi juara politik di zaman silam. Pemeritahan Islam terus menerus menerajui ummah, seluruh penduduk dalam masyarakat majmuk , silih berganti berada dalam keadaan aman damai sepanjang hayat.

Sehinggalah pada awal kurun ke-20 atau lebih khusus lagi sehinga kejatuhan pemerintahan UthmaniyyahTurki pada tahun 1924, Mustafa Kamal Attarturk mengubah pemerintahan kepada dasar sekular.

Bagi orang yang faham ilmu politik dan memahami hukum Islam tentulah mengetahui kaitannya dengan dosa dan pahala. Dalam amalan kehidupan seharian, Allah memerintah manusia dengan yang makruf untuk diberikan pahala manakala yang melakukan mungkar akan memperolehi dosa.

Membuat kebaikan walaupun membuang seketul batu di jalanan yang menghalang laluan orang ramai nampaknya enteng tidak ada apa-apa, namun jika ia dibuat kerana Allah , ia adalah salah satu dari cabang iman yang akan diberikan pahala yang besar.

Begitu juga menegur dan menasihati orang agar tidak melakukan sesuatu yang tidak baik dan menggalakannya berbuat baik, sudah tentu mendapat pahala yang besar. Inikan pula kerja mengundi dan bekerja dalam pilihanraya dengan tenaga dan wang yang banyak yang merupakan kerja yang sangat besar.

Dengan mengundi kita dapat menukar kerajaan yang melakukan kemungkaran kepada sebuah kerajaan yang baru. Sekiranya yang dijatuhkan itu adalah sebuah kerajaan yang tidak Islam, ditukar kepada kerajaan yang mendaulatkan Islam, bayangkan betapa banyaknya ganjaran yang diperolehi.

Bagaimana hendak dinafikan mengundi tidak ada kena mengena dengan dosa dan pahala sedangkan ianya tidak terkeluar dari “irradatul insan” .

Amal manusia sekecil mana sekalipun akan diberi balasan. Insan yang berniat untuk berbuat sesuatu kebaikan, sudahpun dianugerahkan satu pahala. Melaksanakan niat itu dibalas Allah dengan sepuluh pahala.

Ada hadis yang diriwayatkan oleh Sayyidina Umar Al-Khattab (mafhumnya):

“Sesungguhnya segala perbuatan itu bergantung dengan niat, seseorang itu akan dianugerahkan pahala mengikut niatnya “

Apakah niat saudara ketika mengundi? Adalah tidak masuk akal jika saudara tidak ada niat. Jika niat saudara mengundi seseorang calon bagi mendapat habuan di dunia, saudara akan memperolehi habuan tersebut. Sebaliknya jika saudara berniat untuk mendapat habuan di akhirat, saudara akan mendapat habuannya di akhirat.

Allah berfirman (mafhumnya):

“ Sesiapa yang menghendaki (dengan amal usahanya) faedah di akhirat, Kami akan memberinya tambahan faedah yang dikehendakkinya; dan sesiapa yang menghendaki kebaikan di dunia semata-mata, Kami akan berikannya kebaikan dunia dan ia tidak akan beroleh sesuatu bahagian pun di akhirat kelak “ (Assyuara:20 )

Ayat ini dan banyak lagi ayat yang seumpama dengannya meletakkan sesuatu gagasan yang nyata bahawa amal amal manusia akan dibalas oleh Allah diatas kebaikan atau keburukkannya.

Allah memerintahkan kita dalam suatu ayat yang mayshur (mafhumnya):

“Dan bertolong-tolonglah kamu dalam perkara menegakkan yang makruf dan janganlah bertolong-tolongan dalam menegakkan kemungkaran “ (Al-Maidah:2)

Menegakkan yang baik akan diberi pahala dan menolong melakukan sesuatu yang jahat akan dibalas dengan dosa. Atas itulah maka apa yang kita lihat dalam hal mengundi dan kerja-kerja pilihanraya adalah suatu pekerjaan yang besar, pasti akan dibalas Allah SWT ganjaran yang setimpal dengan apa yang kita niatkan.

Wallahua'lam.

Tuesday, August 19, 2008

Rupa-Rupanya Agenda Daily Pro Umno!

(Dari Emel)

Aku meminati Agenda Daily sebab beritanya yang updated. Dalam melaporkan berita ia tidak begitu condong kepada mana-mana fahaman. Ia aku lihat telus berbanding dengan akhbar web 'perdana' yang lain. Minatku bertambah apabila Agenda Daily menganjurkan debat antara DSAI dan Menteri Penerangan, Shabery. Jadi, aku selalu ternanti-nanti sentuhannya yang memaparkan berita-berita panas yang telus. Aku percaya apa yang disampaikannya. Dan memang itulah prinsipnyapun... Suatu hari aku melihat artikel yang menyatakan tidak puas hatinya kepada DSAI. Tulisan wartawan itu agak memihak dan ada rasa dendam kepada DSAI. Bermula dari itu aku lihat laporan Agenda Daily lebih memihak kepada kerajaan. Hari ini, aku membuat sedikit penyelidikan siapakah di belakang Agenda Daily. Sah! Ia adalah Pro -UMNO. Patutlah ia kena serang oleh DSAI... Ingatlah Agenda Daily, kembalilah kepada prinsip mu. Laporlah berita dengan adil. Kalau orang macam akupun boleh rasa tidak senang dan melabelkan anda Pro-UMNO, orang lain yang lebih terkedepan apatah lagi. Masa depan anda sama dengan akhbar Pro-Kerajaan yang mengampu. Rakyat tidak suka dengan laporanmu kini. Kepuasasn seorang wartawan apabila dapat mendedahkan penyelewengan, dapat membuat liputan yang membela marhaen, tapi sekiranya anda mempunyai kepentingan dengan penindas rakyat, UMNO, maka anda akan dibenci oleh masyarakat pembaca yang rata-ratanya inginkan kebenaran.

Jiwa Suci.

Friday, August 8, 2008

Debat Guan Eng - Su Koon

(Agendadaily)

Pejabat Ketua Menteri Pulau Pinang mahu tajuk debat anjuran Agendadaily.com fokus pada isu dakwaan penyelewengan tanah di negeri itu.Seorang pegawai Ketua Menteri Lim Guan Eng yang hubungi Agendadaily pagi Khamis kata mereka mahu kepastian itu sebelum putuskan setuju tak setuju sertai debat yang dicadangkan diadakan 20 Ogos itu.Beliau menjelaskan ini kerana tempoh waktu sejam debat itu tentu tak cukup untuk berhujah mengenai segala isu lain di Pulau Pinang.Bekas Ketua Menteri Pulau Pinang, Tan Sri Koh Tsu Koon secara dasarnya sudah bersetuju berdebat dengan Guan Eng.Debat itu akan disiar secara langsung oleh stesyen TV milik Media Prima.Debat antara Penasihat Parti Keadilan Rakyat,Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Menteri Penerangan Datuk Ahmad Shabery Cheek pada 15 Julai lalu disiarkan secara langsung oleh TV9,Astro Awani dan Bernama TV manakala TV3 buat siaran tertunda malam itu juga.– 7/8/2008