Pengumuman

Saturday, July 26, 2008

Rebat - Penipuan Senyap Pak Lah Rupanya

(Dari Emel)

Pak Lah and his cronies screwed us again!

16 06 2008


ECM Libra FInancial Group Berhad has a stake in Pos Malaysia Berhad (PMB) through it's acquisition of Avenue Capital Resources in 2006. That deal left a bitter taste in the mouths of those knowledgeable in the financial world as it was a clear case of insider's trading. Note that Khairy Jamaluddin was a Director of Investment in ECM Libra in 2004 before he tendered his resignation after this infamous debacle. However, Pak Lah's closest crony, Dato' Seri Kalimullah is currently the Chairman and Chief Executive Officer of ECM Libra.


Recently, PMB was given the job of giving out the cash rebates to replace of fuel subsidy. It is quite odd on why JPJ was not given this role but instead it was given to a postal service company. Instead of the more efficient and more relevant job function of the JPJ, these cash handouts responsibility were thrusted into the already mountainous variety of services PMB had to handle. The only defence that Pak Lah might see the appropriateness of this move is the many branches of post offices nationwide which the public can easily have access.


But now, let's see how Pak Lah and his cronies get extra money out of this purportedly 'for the rakyat' act of selflessness.     


For every transaction, PMB will get 10 sen commission on every RM10 of that RM625 and RM150 (for cars and motorcycles respectively) . That means, for every transaction, PMB will get RM6.25 for cars and RM1.50 for motorcycles in the form of transaction fees.


There is about 11 million cars and 8 million motorcycles in this country at the moment. Let's do the math :

 

RM6.25 x 11 millions = RM68.8 million (for cars)

RM1.50 x 8 millions = RM12 million (for motorcycles)

 

A cool total of RM81 million for the whole exercise per year. Even if we use pareto principle and apply the 80/20 ratio, RM65 million (80% out of RM82 million) would still fall in their hands. And this does not include the commission from RM200 subsidy to be given to each fishermen in the country!   


With RM117 million already paid out during the first day, I wonder how much PMB will collect by March 2009. This role was given to PMB and not JPJ because PMB is a public listed company (read: profit oriented) while JPJ is government owned entity (read : no cost to public). It's even funnier that those who own cars 2,000cc and above were told to claim their RM200 rebate from the JPJ, not PMB. Why is this? Well, there are not many people with cars above 2,000cc in Malaysia anyway. And JPJ do not impose any fees.


This cunning way of trying to 'help' the poor while at the same time enriching one self is very much prevalent in Pak Lah's administration. What's worse, they are emptying the nation's coffers (from the Treasury) in the form of cash rebates and transfer a percentage of it into their own pockets (through fees paid into PMB and ultimately into ECM's bank accounts). 


And that my friends is how the poor get screwed to help the rich get even richer! (Orang kaya menjadi bertambah kaya kerana orang miskin).



Not happy with your email address?
Get the one you really want - millions of new email addresses available now at Yahoo!

Wednesday, July 16, 2008

Debat : Terus Menipu, Cubaan Menteri Untuk Naik Pangkat?

Terus dari Email.

Saya melihat debat malam tadi menerusi siaran ulangan di TV3. Terus terang saya katakan bahawa melihat kepada hujah Menteri Penerangan ini beliau adalah orang yang 'agak pandai' berhujah dan mengalihkan isu. Namun, berhadapan dengan 'superior debator' yang penuh pengalaman sebagai bekas Menteri Kewangan dan Timbalan PM seperti DSAI bukan berhadapan dengan PM sekarang yang 'tak tau ke hala'. Rupa-rupanya Ahmad Shabery tidak mengenali DSAI. Beliau yang kononnya tersenyum, ternyata agak kegugupan bila DSAI bertanya berulangkali bertanya "dari mana beliau mendapat fakta ..." Ternyata Ahmad Shabery sendiri belum bersedia dengan fakta yang cukup, tetapi terus menipu rakyat Malaysia dengan fakta-fakta dangkal dan terlalu 'bodoh'. Beliau yang kononnya cuba membandingkan inflasi di Malaysia dengan Venenzuela, Iran dan sebagainya yang seolah-olah tahu benar keadaan di negara itu, terpaksa tersengeh-sengeh bila DSAI menghujah bahawa di sana harga minyak rendah, inflasi tinggi...sedangkan di Malaysia harga minyak tingi dan inflasi tinggi.
 
Tidak ada fakta dan hujahan Ahmad Shabery yang tidak dijawab oleh DSAI tetapi berbakul-bakul fakta dan sindiran-sindiran DSAI yang tidak dijawabnya. Beliau yang terus-terusan menyerang peribadi DSAI lebih dimalukan oleh DSAI dengan pukulan 'knock-down' bila DSAI dengan profesional menjawab bahawa itu bukan forumnya untuk serangan peribadi. Alahai Ahmad Shabery... anda masih belum layak menjadi Naib Presiden UMNO. Anda belum layak untuk menjadi juara untuk UMNO dan kerajaan BN. Anda salah pilih isu. Strategi anda mengadakan debat ini yang kononnya akan memalukan DSAI ternyata memalukan anda sendiri.
 
Taniah DSAI, anda sememangnya cukup merendah diri untuk berdebat dengan 'budak kerajaan' itu. Sememangnya anda adalah "the most influential person in Malaysia and among the best in the world". Anda adalah waiting PM yang sangat dinantikan oleh golongan marhaen.
 
Sekian.


Not happy with your email address?
Get the one you really want - millions of new email addresses available now at Yahoo!

Monday, July 7, 2008

Ceramah Anwar - Protes 1 Juta Kelana Jaya

Anwar akan bersumpah!

HJ - Sebagai seorang Islam, kita memang percaya dan yakin bahawa penyelesaian terhadap isu 'fitnah' ini amat mudah. Dan mereka yang cuba untuk mencipta-cipta tuduhan akan dapat disangkal dengan mudah. Kaedah bersumpah ini adalah salah satu cara yang sangat berkesan. Apabila bersumpah dengan cara Islam dengan menyebut Wallahi, Wabillahi dan Watallahi...maka bersumpahlah. Diikuti dengan 'rangkap sumpah' itu dengan menyebut bahawa sekiranya saya berbohong, saya akan celaka, ditimpa bala dan sebagainya. Tidak kira seseorang itu percaya dengan Islam ke atau tak percaya dengan Islam ke, mereka akanmenerima akibatnya. Itulah janji Allah. Maka dalam kemelut liwat yang dihadapi oleh Anwar ini, ianya dapat ditepis cukup mudah sekiranya Anwar bersumpah. Selepas beliau bersumpah...Nah! kita lihat si Saiful Bukhari pula akan bersumpah. Beranikah sesiapa yang berbohong bersumpah? Tetapi dalam kes ini, tak mungkin kedua-duanya bercakap benar... Oleh itu Anwar, buktikan kredibiliti anda sebagai bakal PM Malaysia dan bakal menjadi Bapa Penyelamat Malaysia. Kami rakyat jelata akan mengirimu dengan doa...

Harakahdaily

Mon | Jul 07, 08 | 7:10:58 am MYT

KUALA LUMPUR, 7 Julai (Hrkh) - "Jika mahu saya bersumpah dengan nama Allah, insya-Allah saya akan lakukan,"demikian kata Ketua Umum KeADILan, Dato' Seri Anwar Ibrahim yang dilaporkan oleh Malaysiakini sewaktu berceramah di hadapan lebih 30,000 orang di Stadium MPPJ, Kelana Jaya malam tadi.

Menurutnya, beliau sanggup bersumpah dan dibicarakan di mahkamah syariah terhadap tuduhan liwat terhadapnya, dengan syarat ia mengikut undang-undang syariah sepenuhnya.

"Saya mencabar mereka memberikan bukti-bukti sebelum menuduh dan mengaitkan saya.

"Saya sedia menerima apa sahaja hukuman jika dibuat mengikut undang-undang yang adil.

"Saya akan tunduk jika mereka boleh memberikan bukti tuduhan terhadap saya.

"Jika mahu saya bersumpah dengan nama Allah, insya-Allah saya akan lakukan," tegasnya diikuti tepukan gemuruh para hadirin.

Malaysia mesti diselamatkan

ImageUcapan beliau malam tadi merupakan acara kemuncak perhimpunan rakyat membantah kenaikan harga minyak semalam.

Menurut Anwar lagi, pada 1998, katanya, beliau dituduh dengan kes yang hampir sama.

"Saya telah bertanya kepada ulama-ulama, mereka melarang saya bersumpah.

"Tetapi saya tetap bersumpah, namun saya dipukul dan dipenjarakan.

"Mengapa kes ini dibangkitkan sekarang? Kerana kita maju ke depan. Kamu main drama 'Sivaji The Boss', kita main drama 'Sivaji The Boss'.

"Malaysia mesti diselamatkan, Malaysia mesti diselamatkan, Malaysia mesti diselamatkan," ulang Anwar sambil disambut temukan gemuruh dan laungan reformasi.

Pada 28 Jun lalu, pembantu khas Anwar, Saiful Bukhari Azlan membuat laporan polis mendakwa mantan timbalan perdana menteri itu meliwatnya di Kondominium Desa Damansara, beberapa kali sekitar bulan Jun lalu.

Sebelum ini, Mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin mencadangkan supaya isu liwat yang mengaibkan itu diselesaikan secara mubahalah atau "sumpah" sekiranya ia tidak dapat diselesaikan secara perundangan dunia.

Manakala, Pergerakan Pemuda Umno Terengganu meminta mufti Perlis itu tampil sebagai orang tengah bagi membawa mereka yang terbabit dalam mubahalah dengan alasan Dr Mohd Asri tidak dipengaruhi mana-mana badan politik.

Dan semalam, Dr Mohd Asri mencadangkan Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat menjadi orang tengah yang akan membawa Anwar dan Saiful untuk "mubahalah" atau 'bersumpah' sebagai jalan penyelesaian isu liwat yang kini menjadi tumpuan nasional.

Saya akan bongkar habis-habisan

ImageDalam ceramahnya juga, Anwar mendakwa beliau tidak mahu isu tuduhan liwat ini menjadi isu peribadi beliau.

"Tetapi (ia) diulang dengan jahat dan (dengan) fitnah yang kejam. Kita tidak terima ini.

"Saya akan bongkar habis-habisan. Siasatan polis tidak seteruk tahun 1998-1999 tetapi akan beri kerjasama penuh untuk siasatan," kata Anwar lagi.

Anwar berkata, jika beliau dipukul, ditangkap dan dipenjarakan lagi, ia tidak akan menyelesaikan masalah.

Beliau bertanya selama enam tahun beliau di dalam penjara, adakah politik baik, rasuah turun dan harga minyak turun?

Anwar menambah, politik sudah tidak terkawal dan kerajaan Pakatan Rakyat mahu memulihkan keyakinan pelabur.

Mengenai dakwaan Menteri Dalam Negeri, Dato' Seri Hamid Albar bahawa beliau memberi maklumat kepada Amerika Syarikat, Anwar berkata:

"Kalau ada bukti saya telefon dan surat yang saya hantar kepada Amerika Syarikat, saya boleh diambil tindakan.

"Jika tidak saya akan saman kamu," katanya disambut tepukan gemuruh pada hadirin.

Anwar juga berkata, beliau sedia berdebat dengan Menteri Penerangan, Dato' Ahmad Shabery Cheek pada 15 Julai ini berhubung isu kenaikan harga minyak.

Bagaimanapun, katanya, lebih baik debat itu dengan Perdana Menteri, Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi atau Timbalannya, Dato' Seri Najib Tun Razak. - mks._

Sunday, July 6, 2008

Apakah Najib Tak Tahu Apa Yang Dilakukan Oleh Rosmah?

HJ - Begitu yakinnya Najib dalam menghadapi tuduhan seks dan pembunuhan ala samseng Nazi terhadap Antantuya. Beliau cuba meyakinkan pengikutnya bahawa beliau innocent. Beliau lupa bahawa 2 kenyataan beliau yang cukup meragukan tentang Saiful Bukhari masih perlukan penjelasan. Apakah beliau benar-benar innocent? Kita tidak akan menuduh... semoga Allah benar-benar akan menzahirkan kebenaran... Kita tunggu dan berdoa...

‘Saya tidak gentar’
Oleh SITI MARIAM MD. ZAIN
Dari TKO

PEKAN 5 Julai – Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, beliau tidak gentar menghadapi dugaan termasuk fitnah yang dilemparkan kepadanya kerana yakin kebenaran akan muncul jua.

Menurut Timbalan Perdana Menteri, beliau dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor akan menghadapi segala tuduhan dengan sabar dan tenang.

‘‘Saya tidak gentar menghadapi dugaan, saya tidak takut menghadapi fitnah kerana kebenaran tetap akan muncul nanti. Saya dan isteri akan menghadapi segala-galanya.

‘‘Saya tahu kebenaran tetap akan timbul dan yang hak akan mengatasi yang batil. Allah sahajalah yang menentukan mana yang benar, Allah juga yang akan membalas (kejahatan) kalau tidak di dunia ini, di akhirat. Silap-silapnya tak payah di akhirat, di dunia pun dah dapat balasannya,” katanya.

Najib berkata demikian ketika berucap merasmikan Persidangan Berkelompok Tahunan UMNO Bahagian Pekan di sini hari ini.

Menurut beliau, sebagai hamba Allah, apa yang harus dilakukan sekarang ialah meneruskan perjuangan bagi memastikan agenda rakyat dapat direalisasikan segera.

‘‘Saya akan terus berjuang dan berbakti untuk kepentingan rakyat sama ada di kawasan Pekan mahupun di seluruh negara. Saya akan teruskan apa yang saya buat.

‘‘Saya akan terima orang yang datang ke rumah saya, setakat mana saya mampu melayani mereka. Setakat mana yang saya boleh (penuhi permintaan) tandatangan surat, saya tandatangan surat. Minta saya tenyeh, saya tenyeh.

‘‘Minta tolong saya, sekadar saya mampu tolong, saya tolong. Saya akan buat... akan berbakti kerana itu amanah dan tanggungjawab saya. Tetapi tuan-tuan dan puan- puan pun ada tanggungjawab. Tanggungjawab memastikan UMNO terus kuat,” katanya.

Dalam hal ini, beliau menggesa pemimpin parti pelbagai peringkat membantu memberi penjelasan kepada rakyat tentang apa yang berlaku di dalam negara dan bukan hanya pandai mengkritik pucuk pimpinan.

Najib turut mengingatkan mereka yang telah dipilih sebagai wakil rakyat pada pilihan raya umum lalu, agar bekerja keras untuk terus memenangi hati rakyat.

‘‘Ini kita duduk di kedai kopi, di situ kita kritik pemimpin, semua tidak betul, walhal kita lebih banyak tidak betul, lebih banyak tidak buat kerja, lebih banyak melunjur kaki daripada berjuang dan berjihad untuk parti, bangsa, negara dan agama.

‘‘Buat kerja. Ini bukannya masa untuk kita berbalah sesama sendiri. Bukan masa untuk kita berkerumun, berlonggok sana, berlonggok sini mengata orang. Ini masa pastikan kegemilangan UMNO akan timbul balik di kawasan kita dan negara,” kata beliau.

Beliau mahu setiap pemimpin yang diberi amanah memastikan semua rakyat di kawasan masing-masing berpuas hati dengan perkhidmatan mereka.

‘‘Maknanya, jangan jaga penyokong kita sahaja, saudara mara kita sahaja, puak-puak kita sahaja (tetapi) semua orang iaitu ahli UMNO, yang bakal menjadi ahli UMNO, bakal menyokong Barisan Nasional, semuanya mesti di bawah naungan UMNO,” katanya.

Beliau percaya, segala usaha dan bakti tersebut jika dilakukan dengan hati yang ikhlas, akan menjadi benteng serta perisai kepada mereka sendiri dalam berhadapan dengan segala dugaan dan cabaran.

Bercakap kepada pemberita selepas merasmikan Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Peramu Jaya 3 di padang awam Peramu Jaya di sini pula, Najib berkata, beliau tidak bercadang memohon perintah injunksi bagi menghalang mana-mana pihak daripada memfitnahnya dengan kes pembunuhan wanita Mongolia, Altantuya Shaariibuu.

Baginya langkah itu tidak perlu terutama selepas penyiasat persendirian, P. Balasubramaniam yang menuduh kononnya beliau ada hubungan dengan wanita Mongolia itu sendiri menarik balik akuan bersumpahnya.

Tegas beliau, penarikan balik akuan bersumpah itu sekali gus membuktikan dirinya tidak ada kaitan dengan Altantuya.

‘‘Buat apa saya hendak dapatkan perintah injunksi kerana dia (Balasubramaniam) telah menarik balik akuan bersumpah yang pertama itu,” tegasnya.

Najib memberitahu, pihaknya bagaimanapun menyerahkan kepada pihak berkuasa untuk menjalankan siasatan terhadap Balasubramaniam berhubung akuan bersumpahnya itu.

‘‘Saya tidak mahu berlindung di sebalik perintah injunksi. Saya perlu membuat penafian sekeras-kerasnya terlebih dahulu tetapi sebelum saya mengambil tindakan selanjutnya, dia (Balasubramaniam) telah menarik balik,” katanya.

Najib menjelaskan, tindakannya membuat penafian terhadap tuduhan yang terkandung dalam akuan bersumpah pertama Balasubramaniam itu kerana pembangkang telah mempolitikkan kes pembunuhan Altantuya yang sedang dibicarakan di mahkamah.

Mengulas sama ada perkembangan terbaru itu menggugat kestabilan UMNO, Najib yang juga Timbalan Presiden parti yakin ahli semakin matang dalam menilai segala yang berlaku.

Laporan polis kehilangan Bala

Andrew Ong | Jul 5, 08 7:49pm - Malaysiakini

Penyiasat persendirian P Subramaniam yang membuat akuan berkanun yang mengaitkan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dengan Altantuya Shaariibuu - dan menariknya balik sehari selepas itu - kini tidak dapat dihubungi.

Turut hilang ialah isterinya dan tiga orang anaknya.

Ekoran itu, anak saudaranya, R Kumaresan membuat laporan polis hari ini berhubung kehilangan Balasubramaniam serta isteri dan anak-anaknya itu.

balasubramaniam nephew 050708 reportKumaresan, 27, yang ditemani seorang peguam, membuat laporan 'orang hilang' di balai polis Brickfields pada 5 petang tadi.

Semalam Balasubramaniam membuat akuan berkanun kedua, tanpa bahagian yang merujuk kepada pembabitan Najib dalam kes Altantuya.

Dalam akuan berkanun pertamanya, Balasubramaniam mendakwa Najib mempunyai seksual dengan wanita Mongolia tersebut.

Peguam N Surendran, yang mewakili Kumaresan, memberitahu pemberita bahawa pelanggannya itu "amat rapat" dengan keluarga Balasubramaniam dan membuat laporan polis itu kerana bimbangkan keselamatan mereka.

Surendran, yang menegaskan beliau tiada kaitan dengan PKR, berkata Balasubramaniam telah keluar dari rumahnya di Rawang dan membiarkan dua ekor anjingnya di situ tanpa memaklumkannya pada sesiapa.

"Balasubramaniam (dan keluarganya) tiba-tiba hilang begitu sahaja," kata Surendran.

Menjawab soalan pemberita, Kumaresan menafikan kemungkinan Balasubramaniam sedang bersembunyi.

Katanya, kali terakhir dia bercakap dengan Balasubramaniam adalah selepas penyiasat persendirian itu membuat akuan berkanun pertamanya pada 1 Julai.

"Beliau menyerahkan satu salinan kenyataan asalnya kepada adik saya, Segar, untuk disimpan," katanya, sambil menambah, beliau tahu yang bapa saudaranya akan mengumumkan dokumen tersebut dalam satu sidang akhbar.

Kumaresan berkata, dia dapat bercakap dengan isteri Balasubramaniam pada malam Khamis selepas sidang akhbar bersama Datuk Seri Anwar Ibrahim dan menurutnya, tiada apa yang tidak kena pada masa itu.

Bagaimanapun, Kumaresan percaya Balasubramaniam dan keluarganya hilang pada pagi berikutnya, pada hari akuan kedua dibuat, dan tidak dapat dihubungi lagi selepas itu.

Kumaresan memberitahu pemberita bahawa agak luar biasa bagi
Balasubramaniam dan keluarganya berbuat demikian kerana ia tidak pernah berlaku sebelum ini.

"Jika beliau ditahan, kami mahu polis memberitahu kami. Saya tidak fikir beliau sedang bersembunyi," tegasnya, sambil menambah, Balasubramaniam tidak pernah menyatakan dia dalam bahaya.

Sementara itu, ahli Parlimen Batu, Tian Chua yang tiba di balai polis tersebut kemudiannya, memberitahu pemberita bahawa PKR bimbang dengan keselamatan Balasubramaniam.

Tegasnya, inilah yang akan berlaku jika tidak ada undang-undang untuk melindungi saksi atau pemberi maklumat.

Chua adalah antara tiga ahi Parlimen Pakatan Rakyat yang turut berada di balai polis Brickfields untuk memberi sokongan kepada Balasubramaniam.

Friday, July 4, 2008

Bukti baru Najib terbabit dalam pembunuhan Altantuya

Akuan Bersumpah Baru: Najib Tun Razakpun Dituduh Liwat Dengan Altantuya?


By AZAMIN AMIN

PENYIASAT persendirian Abdul Razak Baginda, Balasubramaniam Perumal telah membuat pendedahan mengejutkan melalui satu surat akuan bersumpah berkaitan hubungan di antara Timbalan Perdana Menteri Dato' Seri Najib dan Altantuya Sharibuu.

Surat Akuan bersumpah yang dibuat pada 1 Julai lalu di hadapan Pesuruhjaya Sumpah di Jalan Tun Razak, Kuala Lumpur itu turut menyatakan secara terperinci perbincangan di antara Bala dengan Razak tentang Altantuya dan hubungannya dengan Najib sebelum terjadinya pembunuhan pada malam itu.

Pendedahan itu dibuat dalam sidang media bersama Dato' Seri Anwar Ibrahim, di ibu pejabat KeADILan, Petaling Jaya tengah hari ini tadi dan hadir sama dalam sidang media itu pemimpin KeADILan, Tian Chua, Sivarasah, Saifuddin Nasition, Azmin Ali serta kelihatan bersama-sama pihak media ialah Raja Petra Kamaruddin.

Dakwaan-dakwaan tersebut terkandung dalam akaun berkanun yang dicetak dalam bahasa Inggeris setebal 16 halaman itu turut diedarkan kepada wartawan dalam dan luar negara.

Antara dakwaan Bala dalam surat akuan itu ialah, Razak telah memaklumkan kepadanya bahawa Najib telah memperkenalkan Altantuya yang dikenali sebagai 'Aminah' kepada Razak di Pameran Berlian di Singapura.

Selain itu Najib didakwa telah memberitahu Razak bahawa beliau telah melakukan hubungan seks dengan Altantuya dan memberitahu Bala bahawa ketiga-tiga mereka, Najib, Razak dan Altantuya telah bersama-sama menghadiri makan malam di Paris.

Dalam surat akuan itu juga, Altantuya juga dikatakan telah meminta wang sebanyak 500,000.00 dollar Amreika sebagai komisen terhadap perjanjian Kapal Selam di Paris.

Bala yang berpangalaman sebagai anggota polis semenjak tahun 1981 telah ditahan polis di awal siasatan kes berprofil tinggi itu dan mendakwa keterangannya mengenai Najib telah tidak dimasukkan dalam kenyataan beramarannya.

Tujuan akuan bersumpah itu dibuat adalah kerana beliau kecewa dan tidak berpuas hati dengan tahap penyiasatan yang dikendalikan oleh pihak berkuasa dalam berkaitan pembunuhannya itu dan butiran-butiran termasuk hubungan Najib-Altantuya yang disebut adalam akuan terbabit tidak pernah dibangkitkan dalam perbicaraan kes tersebut, kata Bala.

"Kenapa saya di tahan di dalam lokap pada awalnya selama tujuh hari sedang sepatutnya mereka hanya perlu mengambil kenyataannya saya sahaja malah saya di dakwa atas seksyen penal code 302 ?" katanya yang turut ditemani oleh peguammnya.

Ketika di tanya sama ada beberapa dakwaan yang di sebut itu adalah benar, peguam beliau menjawab bahawa apa yang terkandung dalam akuan bersumpah itu antaranya adalah percakapan atau maklumat yang disampaikan oleh Razak Baginda kepada Bala.

"Bala tidak boleh menentukan bahawa apa yang dikatakan oleh Razak itu benar atau sebaliknya. Perkara itu hanya boleh ditentukan di mahkamah," katanya.

Sementara itu Bala juga mendedahkan bahawa Najib telah memberitahu Abdul Razak bahawa Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan akan "menguruskan" kes bunuh yang membabitkan rakan rapatnya.

Beliau juga mendedahkan bahawa Abdul Razak telah menghantar SMS kepada Najib pada hari beliau ditahan berhubung siasatan pembunuhan Altantuya dan telah menerima jawapan daripada Najib yang menyatakan "beliau telah bercakap dengan ketua polis negara".

Balasubramaniam berkata, dalam jawapannya itu, Najib telah memberitahu Abdul Razak bahawa "perkara itu akan diuruskan oleh ketua polis negara".

Pegawai penyiasat itu juga mendedahkan bahawa beliau telah memberitahu semua itu kepada polis ketika mereka mengambil kenyataannya, tetapi terperanjat kerana semua bahagian yang membabitkan Najib, tidak dimasukkan dalam kenyataan tersebut.

Anwar dalam sidang media itu turut menyatakan bahawa terdapat arahan daripada pihak-pihak tertentu supaya pihak media tidak membangkitkan nama 'Najib' dalam pemberitaan mereka.

"Saya dapat tahu, media arus perdana di arahkan untuk tidak menyiarkan berita yang ada hubung kait dengan Najib," kata Anwar.

Anwar juga menyatakan bahawa Najib menganggap bahawa beliau dan Raja Petra sedang merancang untuk menjatuhkan karier politik beliau sedangkan perkara itu tidak berlaku malah ianya bukanlah satu serangan peribadi atau pembalasan dendam.