Terus dari Email.
Saya melihat debat malam tadi menerusi siaran ulangan di TV3. Terus terang saya katakan bahawa melihat kepada hujah Menteri Penerangan ini beliau adalah orang yang 'agak pandai' berhujah dan mengalihkan isu. Namun, berhadapan dengan 'superior debator' yang penuh pengalaman sebagai bekas Menteri Kewangan dan Timbalan PM seperti DSAI bukan berhadapan dengan PM sekarang yang 'tak tau ke hala'. Rupa-rupanya Ahmad Shabery tidak mengenali DSAI. Beliau yang kononnya tersenyum, ternyata agak kegugupan bila DSAI bertanya berulangkali bertanya "dari mana beliau mendapat fakta ..." Ternyata Ahmad Shabery sendiri belum bersedia dengan fakta yang cukup, tetapi terus menipu rakyat Malaysia dengan fakta-fakta dangkal dan terlalu 'bodoh'. Beliau yang kononnya cuba membandingkan inflasi di Malaysia dengan Venenzuela, Iran dan sebagainya yang seolah-olah tahu benar keadaan di negara itu, terpaksa tersengeh-sengeh bila DSAI menghujah bahawa di sana harga minyak rendah, inflasi tinggi...sedangkan di Malaysia harga minyak tingi dan inflasi tinggi.
Tidak ada fakta dan hujahan Ahmad Shabery yang tidak dijawab oleh DSAI tetapi berbakul-bakul fakta dan sindiran-sindiran DSAI yang tidak dijawabnya. Beliau yang terus-terusan menyerang peribadi DSAI lebih dimalukan oleh DSAI dengan pukulan 'knock-down' bila DSAI dengan profesional menjawab bahawa itu bukan forumnya untuk serangan peribadi. Alahai Ahmad Shabery... anda masih belum layak menjadi Naib Presiden UMNO. Anda belum layak untuk menjadi juara untuk UMNO dan kerajaan BN. Anda salah pilih isu. Strategi anda mengadakan debat ini yang kononnya akan memalukan DSAI ternyata memalukan anda sendiri.
Taniah DSAI, anda sememangnya cukup merendah diri untuk berdebat dengan 'budak kerajaan' itu. Sememangnya anda adalah "the most influential person in Malaysia and among the best in the world". Anda adalah waiting PM yang sangat dinantikan oleh golongan marhaen.
Sekian.
Not happy with your email address?
Get the one you really want - millions of new email addresses available now at Yahoo!
No comments:
Post a Comment